Jangan Clik

Tuesday, June 11, 2024

Lagi bukti hidup skim pelaburan kesukaan umat Melayu


 

SUNGAI PETANI - Seorang pengarah sebuah syarikat pelaburan, isteri dan bekas pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sungai Petani atas pertuduhan menerima deposit tanpa lesen sah bernilai RM49,386 tiga tahun lalu.

Tertuduh, Suchart Ee@Quah, 57, bersama isteri sebagai kerani kewangan, Kamontip Chu@Chim, 49, dan Mohammad Nahur Azad Ibrahim, 41, didakwa di Mahkamah Sesyen 1 dengan tiga pertuduhan menerima deposit daripada seorang individu sejak Mac 2020.

Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri dan Mohammad Nahur Azad yang kini telah meletak jawatan dari syarikat itu, bersama-sama pada 9 Mac, 15 Jun dan 30 September 2020 didapati menerima wang deposit sebanyak RM11,385, RM6,000 dan RM15,000 daripada Teng Li Fong, 38, tanpa suatu lesen yang sah bawah Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta758).

Perbuatan itu dilakukan di sebuah lokasi di Jalan Perdana Height 1/10 Perdana Height Sungai Petani. Oleh demikian, tertuduh telah melakukan kesalahan bawah Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan boleh dihukum bawah Seksyen 137(2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50 juta atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfadzly Hassan manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam, Ummi Kalthum Zakaria.

Hakim Roslan Hamid bagaimanapun membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 setiap seorang dengan seorang penjamin selain syarat tambahan melapor diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) terdekat setiap bulan dan paspot diserahkan sehingga tamat perbicaraan.

(PETIKAN DARI AKHBAR SINAR HARIAN)

 

Pagi ni menerima perkhabaran mengejutkan dari memba aku , yg mana aku ada gak tertanya tanya perihal kehidupan sahabat kami yg sorang lagi tu sebab dekat setahun pesbuk beliau sunyi tanpa sebarang update yg mana dulu beliau rancak update post berkongsi ttg biz yg di ceburi lepas dia berhenti dari kerja kerajaan, dlm group wasap pun tak berbalas wpun ada yg tag.

Kalau mengikut firasat aku yg mana mempunyai memba2 yg penah terjebak biz mlm, pelaburan atau biz yg seangkatan dengannya, bila media sosial depa sunyi dari sebarang update pasti sesuatu sedang atau tengah berlaku.

Dan tekaan aku tepat, bilamana aku jumpa memba aku yg dulu agak rapat dengan dia memaklumkan yg sahabat aku tu dah ditahan polis dan sedang meringkuk dalam penjara menunggu perbicaraan asbab biz yang dia buat tu.Dan biz yg dia buat tu macam petikan akhbar di atas. Yang mana semua pelaburan yang penah dia terang kat aku dan cuba ajak aku join tu semua adalah pelaburan yang palsu wpun pada peringkat awalnya nampak macam legit sbb macam2 aktiviti yg depa update kat medsos, buat perasmian opis yg grand,  bukak banyak cawangan kat negeri2 lain, buat usahasama dengan kerajaan negeri, bagi sumbangan dekat PIBG sekolah dan macam2 lagi la aktiviti siap buat mesorat dan perjumpaan dengan vvip dalam usaha menarik minat org ramai utk join dan melabur dengan sykt depa.

Dan sahabat aku tu depa lantik jadi pangkat pengarah eksekutif mmg terkejut gak la. Sbb lepas beliau join biz tu ada dia dok jumpa aku tu beliau berpakaian kemas setiap masa, pakai keta honda ketam dan kerap belanja memba2. Dan modal dia kat aku ajak join biasa la , "ang tak mau pakai Honda ka? cam aku. Jom la join". Hahahaha...cuma yang dia tak tau aku ni dah ada pengalaman kawan2 sebagai bukti hidup kena sontot skim pelaburan cam ni yg ramai dah terkena, cuma aku tak cerita kat dia ja, ya la masa ni kawan tengah rancak jana income ribu riban mana nak pakai dah nasihat kita yg mana dah dibutakan mata dengan wang ringgit. Tapi lepas tu aku hanya tau cerita berkenaan beliau kat medsos ja la sehingga la medsos dia sunyi sepi dekat setahun lebih baru la aku teringat balik apa jadi kat dia takut jadi senasib memba2 aku yg lain yg pernah tersontot pakat deactive medsos masing2 takpun buat akaun baru. Bila dapat perkhabaran tu aku harap beliau dan keluarga tabah la sebab punca jadi semua ni bukan salah org lain, salah kita jugak sebab tersilap langkah, demi mengejar kemewahan yang sementara cuma.. kita tolak tepi habis akal dan fikiran.

No comments:

Post a Comment