Jangan Clik

Monday, August 18, 2025

Tiada siapa yang mampu mengubah diri kita melainkan kita sendiri

 


Di atas atas adalah salah sebuah video yang viral di laman tiktok dimana menunjukkan wakil2 rakyat sedang menari keriangan ketika diumumkan kenaikan gaji bagi para perwakilan rakyat sebanyak 100 juta rupiah sebulan iaitu bersamaan dengan Rm 26 ribu per bulan.
Kejadian bukan berlaku di Msia tetapi berlaku di negara jiran iaitu Indonesia ketika viral video yang diunggah memaparkan para perwakilan DPR (Dewan Perwakilan Rakyat) atau di negara kita adalah Wakil Rakyat yang seronok menari keriangan atas kenaikan gaji sedangkan suasana ekonomi negara meraka  yang sedang tenat dan rakyat kebanyakan yang terkena tempias tersebut bergelumang dengan perit jerit dalam mengayuh hidup tetapi wakil2 rakyat menari keriangan atas kesusahan yang menimpa rakyat sedangkan prestasi mereka dalam membela rakyat  dipertikaikan banyak pihak. Dan kalau perwakilan tu dipilih atas kebolehan atau kelulusan mereka ok lagi, tapi kalau ada perwakilan tu yang naik adalah disebabkan kabel atau nepotisme mmg membuatkan ia layak dikritik para netizen.
Apa yang aku nak tunjuk itulah yang akan berlaku pada kita jika kita terlalu bergantung pada bantuan kerajaan kerana apabila berlaku sesuatu yang terkena dampaknya adalah kita, rakyat marhein. Sebab itulah kita sendiri perlu berusaha untuk keluar dari kelompok ini sebab tiada sesiapa yang mampu bawa kita keluar selain dari kita sendiri. walaupun kerajaan kita sering bertukar ganti tetapi subsidi yang diberikan kerajaan banyak memberi kebaikan pada rakyat dalam suasana ekonomi global yang tak menentu kini, tetapi kita kena harus beringat, bayangkan suatu hari nanti subsidi dihapuskan? yang menerima kesan paling besar adalah rakyat2 yang hidup di bawah paras kemiskinan atau sedang2 ni. Sebab itu kita kena sediakan payung sebelum hujan, ubah nasib generasi kita wpun tak dapat bermula dari mak ayah kita, kita usahakan ia bermula dari generasi kita supaya generasi kita seterusnya tak terjerumus dalam dampak kesan tersebut.
Antara inisiatif kerajaan yang aku puji sekarang adalah agihan subsidi bersasar sekarang seperti STR (Sumbangan Tunai Rahmah) SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dan MyKasih yang mana hanya warganegara Msia yang layak sahaja menerima bantuan tersebut. Lain pula berkaitan subsidi minyak dimana semua golongan dapat selain bukan warganegara juga bole menikmati subsidi tersebut yang sepatutnya dinikmati warganegara saja, jadi kerajaan sekarang tengah berusaha mengurangkan pemberian subsidi secara berperingkat supaya perbelanjaan kerajaan dapat digunakan ke arah yang lebih utama dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat.
Jadi sebagai rakyat kita kena bersedia sekiranya suatu hari nanti apabila tiba saat dan ketikanya kerajaan memberhentikan pemberian subsidi kita sebagai rakyat kurang merasai kesan impaknya jika kita berjaya keluar dari kepompong paras kemiskinan. 
Untuk aku yang tak layak menerima bantuan STR, SARA, Mykasih ni bila suatu hari nanti kerajaan memberhentikan pemberian subsidi tersebut tidaklah ketara merasai kesannya kerana dah terbiasa dan mampu merancang kewangan sedia ada, berbanding individu yang menerima bantuan subsidi tersebut yang memungkinkan perancangan kewangan beliau sedikit terjejas. Jadi sebagai manusia yang diberi akal sediakanlah payung sebelum hujan menimpa.

Sunday, July 27, 2025

Hina sangatkah PPKI?

 


Sedikit perkongsian tentang skeptikal pemikiran netizen M'sia tentang sesuatu perkara yang masih menganggap sesuatu perkara sebagai second class mindset. Sebagai contoh bila sesorang itu bergelar guru, org akan tanya mengajar sekolah menengah atau sekolah rendah? sebab apa, bg mereka guru yang mengajar sekolah rendah lebih rendah gred dari guru sekolah menengah sedangkan hakikatnya sekarang semua guru tak kira la di menengah atau rendah gred adalah sama iaitu bermula dengan gred DG 9. Jadi guru2 sekolah rendah sering dipandang sebagai guru second class.

Begitu juga apabila seorang guru dinilai berdasarkan subjek apa yang depa ajar, guru2 yang mengajar PPKI atau Pendidikan Khas Integrasi dipandang sebagai guru yang level rendah dari guru2 yang mengajar subjek perdana. Isteri aku adalah seorang guru PPKI jadi benda2 pandangan skeptikal masyarakat sekeliling ni sering berlaku kerana mereka beranggapan untuk menjadi guru pendidikan khas ni tak sesusah seperti menjadi guru2 subjek perdana spt guru BI, BM, Sains, Biologi. Tapi di kalangan guru2 Pendidikan Khas juga terdapat ramai daripada mereka yang lepasan Sekolah Berasrama Penuh, MRSM dan ada yang mampunyai kelayakan diploma dalam bidang Perakaunan, Sains , B.Inggeris. Sebabnya dulu ramai terjadi lambakan guru jadi mana2 guru aliran perdana yang tak dapat posting tu diserapkan menjadi guru Pendidikan Khas. Dan ada juga guru2 dari aliran perdana yang menukar option menjadi guru Pendidikan Khas sebab workload guru aliran perdana disamping tekanan memenuhi KPI yang dikehendaki Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah menyebabkan ramai guru aliran perdana menukar option ke pendidikan khas.

Selain itu ada juga sindiran dari org sekeliling terdekat bila tau yang wife aku mengajar Pendidikan Khas , "Oh ang mengajaq budak2 cacat" ujar si polan hehehehe... wpun kedengaran agak kasar perkataan cacat sebab masyarakat la ni diajar untuk menggunakan perkataan OKU berbanding cacat. Tapi realitinya kalau org yang ada kenalan terdekat yang mengajar Pendidikan Khas integrasi iaitu Pendidikan Khas di sekolah2 biasa dan bukan di sekolah2 Khas Pendidikan Khas baru depa tau yang ramai pelajar2 tersebut adalah sempurna sifatnya dan ramai adalah dari kalangan oku pembelajaran akibat didiagnos menghidap slow learner, autism, ADHD, disleksia, sindrom down dan sangat kurang dari oku fizikal. Sebabnya ada pelajar2 wife aku penah mai beraya di rumah aku dan jiran2 aku penah tanya, kawan2 anak aku ka, aku jawab bukan, tu student wife saya, dan jiran kata bukan wife mengajaq budak2 pendidikan khas tapi saya tengok semua normal ja, pastu aku terang la yg budak2 tu pendidikan khas masalah pembelajaran baru la dia tau sbb dia ingat semua budak2 pendidikan khas ni budak2 yang mengalami kecacatan fizikal macam kudung, bisu, pekak dan buta, rupanya banyak kategori OKU ni.

Aku juga tak salahkan depa, sebab kadang2 org luaq ni tak terdedah lagi dengan  pendidikan khas selagi tiada org terdekat yang terbabit. Tak salah kalau tak tau tapi cuba memahami yg salahnya kalau tau tapi ayat seolah2 menyindir tu yang tak sedap dengar. Yang si polan yang kata wife aku mengajar budak2 cacat tu last2 baru tau yg menantu dia berapa kali dah cuba apply jadi cikgu pendidikan khas tapi tak pernah berjaya, walaupun ada org terdekat yang selalu sindir walaupun dengan niat untuk melawak tapi kadang2 berbekas juga di hati wife aku macam dok sebut "patut la ajaq budak2 pendidikan khas, level pun sama dengan budak2 tu ja hahaha.." walaupun niat melawak tapi kalau la benda tu jd kat anak cucu depa baru tau la kot. 

Jadi kadang2 aku tenangkan wife aku dengan habaq kat dia abaikan ja kata2 tu, apa yang penting niat kita untuk mengajar tu iklas kerana Allah, dan dengan rezeki mengajar kanak-kanak pendidikan khas la kita mampu membesarkan anak-anak dengan serba selesa cukup makan pakai semua, kalau tidak takkan Arwah Nurly Shahirah huffaz Al-Quran  yang meninggal dalam nahas bas pelajar UPSI di Gerik bercita-cita menjadi Guru Pendidikan Khas dan ingin melahirkan hafiz dan hafizah Al-Quran dari kalangan pelajar2 dari Pendidikan Khas, betapa besar pahala yang mengalir apabila kita mengajar anak-anak pendidikan khas.

Thursday, July 17, 2025

Perubahan teknologi dalam pengambaran video/filem dahulu dan sekarang


Terdetik aku nak kongsikan kenangan-kenangan ni lepas aku tertonton program di belakang tabir sebuah drama di tv3 yang mana aku agak terkejut sebab untuk sesetengah scene krew yang terlibat sangat sedikit dan peralatan pengambaran yang digunakan saiz semua sangat comel dan mudah untuk dibawa. Sangat-sangat berbeza berbanding zaman aku belajar dulu di fakulti , tapi ya la tu cerita 20 tahun sudah, kompom2 banyak teknologi yang bersifat baru merubah dengan waktu. Sebagai contoh kamera Beta ni, dulu nak angkat kamera ni bole tahan jugak dlm 15 kg, dan klu nak tgok view kena guna viewfinder sampai terpaksa guna pembantu klu kena view POV. La ni kameraman senang ja nak ambik shoot sbb kamera terkini dah canggih , ringgan dan senang nak guna, nak tgok view ble ja tgok dari screen tanpa guna viewfinder.
Ni contoh kamera Beta yang aku try guna masa Pengambaran Drama Fakulti kat Air Terjun Ulu Yam arahan Prof Madya Razak Mohideen.
Masa zaman aku tu masih pakai tape jadi kalau nak edit tu wajib kena ada digital Betacam Video Tape transfer ni, untuk transfer jadi digital ke komputer untuk edit.
Masa zaman aku dulu yang paling leceh adalah kena angkut lighting, berat seketoi-seketoi lighting masa tu berat gila, tambah2 yg watt tinggi, nak pasang tu punyala seriau takut tak pasang betoi2, terbalik lampu tu jahanam nak kena ganti balik. Tambah2 nak angkat dan pasang kat tempat lain lepas habih2 satu2 scene, dah la panas, berat plak tu, mmg satu kerja yg ramai budak2 tak mau terlibat, pastu klu nak dapatkan kesan lighting yg smooth kena letak sugar paper depan lampu lighting tu dan kepit dengan pengepit baju. Tapi dengan perubahan teknologi, lighting sekarang dicipta hanya menggunakan mentol led ja yg lebih ringan, lebih terang, lebih senang ejas kecerahan lampu ,lebih jimat penggunaaan elektrik dan kalau takdak suis elektrik hanya perlu caj dengan powerbank ja, jd memudahkan segala urusan krew2 bila nak ubah sana-sini.
Peralatan ni kami panggil Dolly, ia digunakan untuk membolehkan  rakaman dapat diambil dengan lebih smooth dan lancar. Kalau dulu nak pasang track dolly dah macam pekerja zaman buruh paksa yg kena pasang landasan keretapi zaman jepun hahahhaa... sebab track dia ble tahan berat dan nak usung satu2 pun renyah. Pastu nak kena tolak kameraman yang dok atas dack dolly tu, klu kena kameraman yg kurus untung la, kena kameraman yang saiz gorilla afrika timur, mau keluaq buasir nak kena tolak kakakakakaka....
Ni masa projek pengambaran aku ngan abang2 senior yang kacak (masa kat u mmg wajib panggil depa dengan gelaran ni hahaha...), masa ni depa tengah pasang track dolly utk scene dlm opis, aku tengah tunggu giliran depa panggil utk apa2 pertolongan, biasa la budak2 junior kakakaka.... kat seluaq aku tu penuh penyepit baju utk guna letak sugar paper kat lighting, dan maskin tape kat tangan tu utk  lekat   kat clapperboard bg senang nak tulis scene2 dan take yang ke berapa. Ok clapper board dulu utk shoot scene dan take ke berapa kena tulis, tapi la dah mudah, semua clapperboard semua dah digital tinggal setting ja utk scene ke berapa dan take ke berapa.
Sapa2 dulu yang kena tugas pegang mic boom sahih komplen sebab lenguh tangan kena pegang mic boom lama2 hahahaha... tapi la mudah, ramai pelakon2 pakai wireless mic, sembunyi dalam baju, tugas mic boom dah takdak, jimat belanja upah utk krew dan sound audio pun jelas.
Ni mic boom yang aku karaoke dalam hutan dengan lagu "cek mek molek" hahahaha...besaq mic ni, ya la nak tangkap audio tambah2 dlm hutan mmg terpaksa guna mic boom yg berkualiti.
Monitor untuk pengarah dulu ble tahan gedabak nak usung ke sana, ke mari, klu kena scene tengah panas jenuh balut ngan kertas hitam sebab pengarah silau nak tengok skrin kat monitor. La ni dah mudah, monitor pun dah nipis, senang nak usung, silau pun dah kurang sebab guna skrin led berbanding dulu guna skrin kaca.
Yang atas tu jib Arm crane yg digunakan Pengarah Prof Razak Mohideen dalam Filem Anak Mami the Movie. Tengok dia punya besar siap ada tempat untuk pengarah dan kameraman duduk, sebenaqnya ada jib arm yang kecil sikit saiz dia, maybe yg Prof Razak guna ni lebih sesuai untuk filem, untuk drama ada yang saiz kecil sikit utk kamera Beta tapi jenuh jugak kameraman nak kontrol, dan merupakan salah satu shoot rakaman yang digemari pengarah Rasyid Sibir. Yang bawah tu jib crane yang depa guna la ni, lagi canggih , kameraman kontrol kat bawah ja tak payah follow  kamera, skrin ngan shoot ble ejas kat bawah, mudah banyak, senang kirija hahahaha...

Tapi ni perkongsian aku yang dah lama tinggal bidang ni sebab bekerja luar bidang, bagi rakan2 atau org lain yang bekerja dalam bidang ni mungkin tak terasa sangat perubahan teknologi dalam bidang penyiaran ni dan dari masa ke semasa segala teknologi yang dicipta kini makin memudahkan urusan gerak kerja manusia, dan sedikit demi sedikit peluang kerja manusia diambil alih oleh ciptaan teknologi dan kesan2 pengganguran akan banyak memberi impak pada generasi anak cucu kita kelak jika mereka tak kuasai bidang teknologi maklumat dan AI.

Monday, July 7, 2025

"Kos mascomm, teater, muzik bodoh" Dm Islam


https://ohbulan.com/video-dma-islam-bikin-panas-anggap-masscomm-teater-sebagai-course-bdoh-mereka-nak-enjoy-ja/

Rasanya masih belum terlambat aku nak ulas isu yg pernah panas suatu ketika dahulu terutama untuk student2 yg sedang belajar atau lepasan 3 course yang diperkatakan oleh influencer ni. Isu yang beliau katakan itu mengundang reaksi negatif dari ramai bekas2 pelajar,artis , pensyarah2 dan juga masyarakat umum. Di mana dalam video tersebut , influencer tersebut dengan nada menyindir bahawa pelajar mascomm dan teater hanya ingin enjoy dengan joget2, dan melabelkan jurusan tersebut sebagai course bodoh sekaligus mencetuskan kemarahan ramai netizen.

Bagi aku sebagai bekas pelajar lepasan Penulisan Seni Layar Fakulti Seni Kreatif, Filem dan Teater kalau yang dahulunya dikenali Fakulti Seni Persembahan UiTM Shah Alam, apa yang diperkatakan beliau ada yang betul dan ada yang kurang aku sokong. Yang aku kurang sokong adalah tindakan beliau itu aku bole sifatkan sebagai tidak beradab dan merendahkan ilmu serta profesion org lain sedangkan tak semua pelajar2 yang menimba ilmu jurusan tu sekadar ingin enjoy. Contohnya sepanjang aku menimba ilmu di fakulti ni , minat aku untuk menonton filem art atau filem yg berat lebih menarik minat aku berbanding filem yang sarat dengan aksi dan dengan pendedahan dari pensyarah2 yang mahir ilmu perfileman aku lebih memahami dengan lebih mendalam teknik penceritaan sesebuah filem tersebut berbanding sebelum ini sebagai contoh masa aku di sekolah menengah abang kawan aku pernah kata filem "The Sixth Sense" filem yang membosankan sebab banyak bercakap, dan aku pun tak tonton la filem tu sbb beliau kata boring tambahan beliau cikgu TESL jd bg aku mungkin betoi pandangan dia sbb dia lebih mahir berbahasa inggeris berbanding aku,tapi lepas aku melanjutkan pengajian ke baru aku tau yg filem The Sixth Sense termasuk dalam list 100 filem yang wajib di tonton dan menang banyak award di anugerah Oscar, lepas aku tonton baru aku tau filem tu mmg antara filem terbaik pernah dihasilkan, jadi apa yang aku belajar adalah citarasa setiap org yang berbeza, ada yg suka filem aksi, komedi ,cinta dan ada yang suka filem art berat menyebabkan kepelbagaian pendapat dan minat aku tu diasah semasa aku melanjutkan pengajian dalam bidang tersebut di universiti..

Dan ramai di kalangan sahabat aku satu batch atau batch yg lain ada yang dah berjaya dengan profesion masing2 sama ada bekerjaya dalam bidang yang selari dengan jurusan yang diambil ataupun lari bidang.Sebagai contoh ramai di kalangan rakan sebatch yang berjaya menjadi guru termasuk wife aku, mmg lari bidang tapi dengan ilmu yang ditimba di Fakulti berjaya jugak depa serapkan pengalaman tersebut dalam bidang perguruan di sekolah seperti persembahan tarian, nyanyian, rakaman audio dan juga fotoshoot. Dan wife aku juga menggunakan Diploma yg diperolehi di Fakulti utk menyambung ke peringkat Ijazah pendidikan di USM. Ada juga yang berjaya menjadi pegawai dalam pasukan beruniform Polis dan tak kurang juga yang meneruskan kerjaya dalam bidang yang dipelajari yg mana ramai bekerja di RTM, menjadi freelance utk produksi tempatan dan juga menjadi pegawai di Jabatan Kebudayaan dengan ada yg berjaya menjawat jawatan Pengarah Jabatan Kebudayaan negeri serta Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan Negeri. Ada juga yang berjaya menjadi Pensyarah di Universiti2 tempatan dan  dilantik menjadi Dekan Fakulti.

Jadi pendapat aku apa course yang kita ambil waima course yang nampak main2 tapi yang menentukan rezeki kita tu adalah Allah swt. Aku juga tak nafikan ada yang masuk belajar hanya untuk berseronok, jauh dari kawalan pada mak ayah, dapat menghabiskan duit pinjaman PTPTN dengan membeli ikut kemahuan sendiri,mai dari kampung sopan bertudung litup pastu sikit2 tudung pun hilang, rambut mula diwarnakan, telingga ditindik 2,3 subang dan bibir tak lekang dari hembusan asap rokok, ada yg bersekedudukan  asbab ingin mengikuti arus kemodenan kota walaupun apa yang diikuti adalah sesuatu yang dilarang keras dalam agama. Tapi yang aku nampak hal sebegitu bukan sahaja berlaku budak fakulti mascomm, teater ja, budak2 fakulti lain juga ada yang terjebak malah masalah ni juga menular ke pelajar lain di institusi2 pengajian tinggi seluruh negara menyebabkan ada yang tercicir dalam pelajaran.

Walaupun begitu apa yang penting adalah atas diri kita ,macamana kita menjaga batas pergaulan dan bersahabat di kalangan rakan2 yang betul2 datang dengan nawaitu untuk belajar dan menghabiskan pengajian dari terjebak dengan benda2 yang lagha sebab itulah yang akan menentukan corak perjalanan kita pada masa hadapan.

Tuesday, July 1, 2025

Generasi Sandwich terakhir


 Isu yang aku nak share arini adalah berkaitan video perkongsian seorang doktor yang lalu kat akaun tik tok aku yang aku dapati isu dia amat menarik dan dekat dengan apa yang aku dan wife alami dan cuba praktikkan. Sebenarnya video tik tok ni dah lama aku simpan sebelum isu Generasi Sandwich ni jadi popular apabila dipetik oleh anak PM iaitu Nurul Izzah dalam ucapannya pada pemilihan Timbalan Presiden Parti PKR tempoh hari.

Isunya adalah berkaitan tentang Generasi Sandwich, ok sebelum aku kupas lebih lanjut tentang isu ini , aku terangkan dulu definisi generasi sandwich ni dahulu. Generasi Sandwich ni adalah bermaksud " Satu Generasi yang berasal dari keluarga yang kurang senang dan tiada pendapatan tetap dan apabila mereka sudah berkerjaya dan mempunyai pendapatan, selain dari menghidupi diri sendiri serta keluarganya iaitu roti sandwich bawah , dia juga perlu menanggung kehidupan kedua org tua kerana apabila mereka memasuki usia tua disebabkan keterbatasan dalam melakukan pekerjaan menyebabkan mereka tiada pendapatan dan menjadi tanggungjawab anak2 generasi sandwich untuk menafkahi mereka yakni roti sandwich di bahagian atas. Jadi Generasi ni diibaratkan seperti "sandwich" kerana terhimpit di antara dua tanggungjawab besar ini   yg mana keluarga sendiri perlu dinafkahi dan kedua org tua juga perlu dinafkahi. Jadi ini akan menambah beban sedia ada kepada komitmen generasi tersebut akibat himpitan tersebut.


Tapi dari pendapat aku sebagai anak sudah menjadi kewajipan kita untuk berbakti pada org tua mengikut kemampuan kita sebab itu tanggungjawab kita sebagai anak. Tetapi sebagai ibu bapa kita juga seboleh-bolehnya jangan terlalu menyusahkan anak2 dan tentu nak tengok anak2 kita berjaya menguruskan hidup mereka tanpa terbeban oleh ibu bapa.

Ok berbalik perkongsian dari Doktor ni adalah apabila beliau dan suami ingin membeli rumah kedai dari seorang Uncle ni yg usia dah 80 an something, dan Uncle tu maklum hasil jual rumah kedai tu adalah untuk simpanan hari tua dia nanti bersama isteri, jd Dr tu pun tanya la, Uncle tak ada anak ka yg uruskan penjualan ni sbb nampak macam dia urus 100% penjualan rumah kedai ni? Uncle tu jawab ada, ada 2 org , seorang dah berkerjaya sebagai Doktor, dan seorang lg masih bujang dan tinggal dengan dia . Uncle tu kata dia takmau menyusahkan anak2 apabila datang hari tua kelak jd dengan duit jualan rumah kedai tu mampu la tampung kehidupan dia dan isteri serta kos2 rawatan di hospital kelak kerana tugas beliau sebagai ibu bapa kepada anak-anaknya telah dia penuhi iaitu dengan memberi pendidikan, menjaga keperluan diri, kesihatan dan juga keselamatan anak-anak ketika membesar. Jadi Dr tu baru paham bahawa Uncle tu menjadi generasi sandwich terakhir generasinya supaya anak2 beliau mampu mencapai kemajuan dalam hidup tanpa ada apa2 limit. Tak macam generasi sandwich yg terperangkap dari segi kewangan kerana perlu menafkahi 2 keluarga, keluarganya sendiri dan juga ibu bapa.

Untuk pemahaman semua bg yang memberi nafkah pada ibu bapa mengikut kemampuan diri sendiri ni bukan tergolong dlm generasi sandwich, yg tergolong dlm generasi sandwich ni adalah bg seseorang yg selain menanggung komitmen keluarganya atau dirinya sendiri, dia juga perlu menanggung komitmen ibu bapa spt bil2 utiliti, hutang rumah/kereta, makan pakai dan sebagainya. Contoh lebih mudah, anak2 dipaksa menanggung kos ibu bapa pi umrah 100%, dipaksa menanggung ya bukan dihadiahkan atau dibelanja oleh anak2.

Berbalik pada penerangan Dr tu beliau memaklumkan bahawa beliau juga tergolong dlm generasi sandwich tersebut yang mana selain menanggung anak2 beliau juga terpaksa menanggung ibu bapa di kg. Jadi seboleh2nya kata beliau , beliau ingin menjadi generasi sandwich terakhir supaya anak2 mampu maju ke hadapan kerana kehidupan mereka masih panjang dan masih banyak kemajuan yang perlu digapai.

Macam aku pernah kongsikan dlm penulisan blog aku ni dulu ttg parent kawan aku yg mak ayah beli kat depa rumah sorang sebijik utk diwarisi pada 3 org anak supaya bila dah dewasa depa dah ada rumah, jd terpulang pada depa nak menginap atau sewakan jd bole tambah pendapatan takpun mampu mengurangkan beban kewangan sebab dah tak perlu menambah komitmen beli rumah.

Macam tu jugak la apa yg aku dan wife usahakan supaya aku menjadi generasi sandwich terakhir dan mana2 aset yang tinggal selepas kami tiada tulah menjadi aset warisan pada depa. Dan diakhir-akhir perkhidmatan kami ni, kami cuba mengurangkan bebanan hutang supaya pencen yang kami perolehi selepas bersara nanti mampu menanggung kehidupan kami di usia2 tua tanpa perlu menyusahkan pendapatan anak2 . Dimana rumah yang aku beli dan tengah disewakan alhamdullilah akan habis bila usia aku 50 tahun nanti, termasuk hutang ptptn, dan hutang2 lain juga cuba diselesaikan sebelum memasuki usia bersara 60 tahun nanti InsyaAllah. Dan aku bersyukur mak abah aku tak kisah pun berapa nafkah yg aku bg tiap2 bulan, siap dia bg balik nafkah yg aku bg tu kat anak2 aku sbb mak abah aku masih dapat hasil dari tanaman padi dan harum manis yg ditanam di kg. Dan nafkah kat depa tetap aku bg tiap2 bulan sbb membalas jasa depa membesarkan aku dan memberi didikan sehingga aku mampu membina hidup sendiri. 

Jadi pada parent yang berusaha menjadikan diri mereka Generasi Sandwich terakhir tu jangan la dikecam, depa dah cuba jd yg terbaik walaupun pengakhiran tidak memberi result seperti yang dirancang jadi tak perlu la perli2 kalau parent tu nak beli 2, 3 rumah kat anak2 kerana anak2 kita tak diminta untuk dilahirkan dalam keadaan susah jd tanggungjawab kita untuk keluar daripada kepompong kesusahan dan tidak terbelenggu dengan stigma Generasi Sandwich.