Jangan Clik
Sunday, July 27, 2025
Hina sangatkah PPKI?
Thursday, July 17, 2025
Perubahan teknologi dalam pengambaran video/filem dahulu dan sekarang
Ni contoh kamera Beta yang aku try guna masa Pengambaran Drama Fakulti kat Air Terjun Ulu Yam arahan Prof Madya Razak Mohideen.
Masa zaman aku tu masih pakai tape jadi kalau nak edit tu wajib kena ada digital Betacam Video Tape transfer ni, untuk transfer jadi digital ke komputer untuk edit.
Masa zaman aku dulu yang paling leceh adalah kena angkut lighting, berat seketoi-seketoi lighting masa tu berat gila, tambah2 yg watt tinggi, nak pasang tu punyala seriau takut tak pasang betoi2, terbalik lampu tu jahanam nak kena ganti balik. Tambah2 nak angkat dan pasang kat tempat lain lepas habih2 satu2 scene, dah la panas, berat plak tu, mmg satu kerja yg ramai budak2 tak mau terlibat, pastu klu nak dapatkan kesan lighting yg smooth kena letak sugar paper depan lampu lighting tu dan kepit dengan pengepit baju. Tapi dengan perubahan teknologi, lighting sekarang dicipta hanya menggunakan mentol led ja yg lebih ringan, lebih terang, lebih senang ejas kecerahan lampu ,lebih jimat penggunaaan elektrik dan kalau takdak suis elektrik hanya perlu caj dengan powerbank ja, jd memudahkan segala urusan krew2 bila nak ubah sana-sini.
Peralatan ni kami panggil Dolly, ia digunakan untuk membolehkan rakaman dapat diambil dengan lebih smooth dan lancar. Kalau dulu nak pasang track dolly dah macam pekerja zaman buruh paksa yg kena pasang landasan keretapi zaman jepun hahahhaa... sebab track dia ble tahan berat dan nak usung satu2 pun renyah. Pastu nak kena tolak kameraman yang dok atas dack dolly tu, klu kena kameraman yg kurus untung la, kena kameraman yang saiz gorilla afrika timur, mau keluaq buasir nak kena tolak kakakakakaka....
Ni masa projek pengambaran aku ngan abang2 senior yang kacak (masa kat u mmg wajib panggil depa dengan gelaran ni hahaha...), masa ni depa tengah pasang track dolly utk scene dlm opis, aku tengah tunggu giliran depa panggil utk apa2 pertolongan, biasa la budak2 junior kakakaka.... kat seluaq aku tu penuh penyepit baju utk guna letak sugar paper kat lighting, dan maskin tape kat tangan tu utk lekat kat clapperboard bg senang nak tulis scene2 dan take yang ke berapa. Ok clapper board dulu utk shoot scene dan take ke berapa kena tulis, tapi la dah mudah, semua clapperboard semua dah digital tinggal setting ja utk scene ke berapa dan take ke berapa.
Sapa2 dulu yang kena tugas pegang mic boom sahih komplen sebab lenguh tangan kena pegang mic boom lama2 hahahaha... tapi la mudah, ramai pelakon2 pakai wireless mic, sembunyi dalam baju, tugas mic boom dah takdak, jimat belanja upah utk krew dan sound audio pun jelas.
Ni mic boom yang aku karaoke dalam hutan dengan lagu "cek mek molek" hahahaha...besaq mic ni, ya la nak tangkap audio tambah2 dlm hutan mmg terpaksa guna mic boom yg berkualiti.
Monitor untuk pengarah dulu ble tahan gedabak nak usung ke sana, ke mari, klu kena scene tengah panas jenuh balut ngan kertas hitam sebab pengarah silau nak tengok skrin kat monitor. La ni dah mudah, monitor pun dah nipis, senang nak usung, silau pun dah kurang sebab guna skrin led berbanding dulu guna skrin kaca.
Yang atas tu jib Arm crane yg digunakan Pengarah Prof Razak Mohideen dalam Filem Anak Mami the Movie. Tengok dia punya besar siap ada tempat untuk pengarah dan kameraman duduk, sebenaqnya ada jib arm yang kecil sikit saiz dia, maybe yg Prof Razak guna ni lebih sesuai untuk filem, untuk drama ada yang saiz kecil sikit utk kamera Beta tapi jenuh jugak kameraman nak kontrol, dan merupakan salah satu shoot rakaman yang digemari pengarah Rasyid Sibir. Yang bawah tu jib crane yang depa guna la ni, lagi canggih , kameraman kontrol kat bawah ja tak payah follow kamera, skrin ngan shoot ble ejas kat bawah, mudah banyak, senang kirija hahahaha...
Monday, July 7, 2025
"Kos mascomm, teater, muzik bodoh" Dm Islam
Rasanya masih belum terlambat aku nak ulas isu yg pernah panas suatu ketika dahulu terutama untuk student2 yg sedang belajar atau lepasan 3 course yang diperkatakan oleh influencer ni. Isu yang beliau katakan itu mengundang reaksi negatif dari ramai bekas2 pelajar,artis , pensyarah2 dan juga masyarakat umum. Di mana dalam video tersebut , influencer tersebut dengan nada menyindir bahawa pelajar mascomm dan teater hanya ingin enjoy dengan joget2, dan melabelkan jurusan tersebut sebagai course bodoh sekaligus mencetuskan kemarahan ramai netizen.
Bagi aku sebagai bekas pelajar lepasan Penulisan Seni Layar Fakulti Seni Kreatif, Filem dan Teater kalau yang dahulunya dikenali Fakulti Seni Persembahan UiTM Shah Alam, apa yang diperkatakan beliau ada yang betul dan ada yang kurang aku sokong. Yang aku kurang sokong adalah tindakan beliau itu aku bole sifatkan sebagai tidak beradab dan merendahkan ilmu serta profesion org lain sedangkan tak semua pelajar2 yang menimba ilmu jurusan tu sekadar ingin enjoy. Contohnya sepanjang aku menimba ilmu di fakulti ni , minat aku untuk menonton filem art atau filem yg berat lebih menarik minat aku berbanding filem yang sarat dengan aksi dan dengan pendedahan dari pensyarah2 yang mahir ilmu perfileman aku lebih memahami dengan lebih mendalam teknik penceritaan sesebuah filem tersebut berbanding sebelum ini sebagai contoh masa aku di sekolah menengah abang kawan aku pernah kata filem "The Sixth Sense" filem yang membosankan sebab banyak bercakap, dan aku pun tak tonton la filem tu sbb beliau kata boring tambahan beliau cikgu TESL jd bg aku mungkin betoi pandangan dia sbb dia lebih mahir berbahasa inggeris berbanding aku,tapi lepas aku melanjutkan pengajian ke baru aku tau yg filem The Sixth Sense termasuk dalam list 100 filem yang wajib di tonton dan menang banyak award di anugerah Oscar, lepas aku tonton baru aku tau filem tu mmg antara filem terbaik pernah dihasilkan, jadi apa yang aku belajar adalah citarasa setiap org yang berbeza, ada yg suka filem aksi, komedi ,cinta dan ada yang suka filem art berat menyebabkan kepelbagaian pendapat dan minat aku tu diasah semasa aku melanjutkan pengajian dalam bidang tersebut di universiti..
Dan ramai di kalangan sahabat aku satu batch atau batch yg lain ada yang dah berjaya dengan profesion masing2 sama ada bekerjaya dalam bidang yang selari dengan jurusan yang diambil ataupun lari bidang.Sebagai contoh ramai di kalangan rakan sebatch yang berjaya menjadi guru termasuk wife aku, mmg lari bidang tapi dengan ilmu yang ditimba di Fakulti berjaya jugak depa serapkan pengalaman tersebut dalam bidang perguruan di sekolah seperti persembahan tarian, nyanyian, rakaman audio dan juga fotoshoot. Dan wife aku juga menggunakan Diploma yg diperolehi di Fakulti utk menyambung ke peringkat Ijazah pendidikan di USM. Ada juga yang berjaya menjadi pegawai dalam pasukan beruniform Polis dan tak kurang juga yang meneruskan kerjaya dalam bidang yang dipelajari yg mana ramai bekerja di RTM, menjadi freelance utk produksi tempatan dan juga menjadi pegawai di Jabatan Kebudayaan dengan ada yg berjaya menjawat jawatan Pengarah Jabatan Kebudayaan negeri serta Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan Negeri. Ada juga yang berjaya menjadi Pensyarah di Universiti2 tempatan dan dilantik menjadi Dekan Fakulti.
Jadi pendapat aku apa course yang kita ambil waima course yang nampak main2 tapi yang menentukan rezeki kita tu adalah Allah swt. Aku juga tak nafikan ada yang masuk belajar hanya untuk berseronok, jauh dari kawalan pada mak ayah, dapat menghabiskan duit pinjaman PTPTN dengan membeli ikut kemahuan sendiri,mai dari kampung sopan bertudung litup pastu sikit2 tudung pun hilang, rambut mula diwarnakan, telingga ditindik 2,3 subang dan bibir tak lekang dari hembusan asap rokok, ada yg bersekedudukan asbab ingin mengikuti arus kemodenan kota walaupun apa yang diikuti adalah sesuatu yang dilarang keras dalam agama. Tapi yang aku nampak hal sebegitu bukan sahaja berlaku budak fakulti mascomm, teater ja, budak2 fakulti lain juga ada yang terjebak malah masalah ni juga menular ke pelajar lain di institusi2 pengajian tinggi seluruh negara menyebabkan ada yang tercicir dalam pelajaran.
Walaupun begitu apa yang penting adalah atas diri kita ,macamana kita menjaga batas pergaulan dan bersahabat di kalangan rakan2 yang betul2 datang dengan nawaitu untuk belajar dan menghabiskan pengajian dari terjebak dengan benda2 yang lagha sebab itulah yang akan menentukan corak perjalanan kita pada masa hadapan.
Tuesday, July 1, 2025
Generasi Sandwich terakhir
Isu yang aku nak share arini adalah berkaitan video perkongsian seorang doktor yang lalu kat akaun tik tok aku yang aku dapati isu dia amat menarik dan dekat dengan apa yang aku dan wife alami dan cuba praktikkan. Sebenarnya video tik tok ni dah lama aku simpan sebelum isu Generasi Sandwich ni jadi popular apabila dipetik oleh anak PM iaitu Nurul Izzah dalam ucapannya pada pemilihan Timbalan Presiden Parti PKR tempoh hari.