Jangan Clik

Wednesday, February 4, 2009

Makan-makan @ ngap

Post kali ni aku nak bercerita mengenai aktiviti paberet aku ngan wive aku kalu pi mana2 iaitu aktiviti MAKAN. Aceli aku ngan wive suka merasa makanan sesuatu tempat tu yalah tak rasa maka tak kenyang wakakakaka...gambaq di atas ni masa aku bawak mentua aku ngan abang ipaq aku makan bihun sup kat Tasik Melati, saja bawak depa mai jalan2 sini lagipun dekat ngan rumah org tua aku, tambahan plak pak mentua aku tak penah mai sini.
ni masa makan kat food court tesco aloq staq, mengidam betoi bini aku ngan hot plate noodle, sebab rasa hot plat sini sedap sama ngan rasa hot plate noodle kat giant shah alam sek. 13 masa belajaq dulu, dah 5 taun bini aku tak merasa hot plate sedap mcm tu, apalagi qadha balik la masa yg terlepaih tu. setiap kali pi tesco bini aku musti ajak aku makan hot plate, aku tak kisah janji konyang.
aku plak order chiken rice hot plate, bole tahan gak, mee2 ni aku kurang skit, aku selalu bantai nasik ja. ramai org suka makan kat gerai hot plate ni sampai beratoq la tgu. (klu sedap sapa pun sanggup tunggu, mcm makan kat kedai pak nan koteaw jejawi, w'pun lambat tapi org tetap tunggu)

ni aku ngan wive first time makan kat secret recipe, saja nak rasa apa yg spesel sgat kat sini, wive aku order chicken grill aku plak order lamb chop, ok gak dia sertakan sekali ngan nasik, kenyang gilo sampai bini aku tak habih mkn, apalagi aku la yg tolong perabihkan, rugi woooo bayaq mahai2 makan tak habih, tu perut aku sama boroi ngan bini aku yg mgandung 8 bulan tu, apa yg dia makan tak habih aku plak yg kna sentai. bbbrrruuuppp... alhamdulilah kenyanngg

bini aku makan kopok free sampai juih mulut2, ka anak dok tendang dalam perut

nampak ja muka ganaih tapi order minum susu wakakaka malu nyaa, tapi susu kan baguih tu yg aku order tu, sedap gak rasanya, lemak berkrim disukai ramai hhhmmmmm.

Tuesday, February 3, 2009

Romah baru

Ni ruang malaih di mana aku ngan bini slalu melandingkan diri takala ada masa terluang atau cuti, memandangkan la ni bini aku makin sarat ngan kandungan, dia lg banyak menguasai bahagian ini dari aku, ruang ni simple ja sesuai la utk 2 org. kecik sket ruang tamu dia sampai aku nak ltak coffe table aku pun tak celuih, alih2 aku ltak kat tepi ja la. bole landing2 kat tgah tu
depan peti aih tu pun ruang makan untuk adik beradik mai, meja makan tak beli lg, bajet tak cukup, nti2 la lpas anak aku kluaq baru bole bli kot.

ni ruang dapoq tempat bini aku masak dan tempat aku ngap, seb baik rumah guru ni dah ada semua kabinet dapoq, tak gaduh la nak beli.


Memandangkan wive aku la kna mgajaq kat Sek. Men. Keb Seberang Perak, aloq Staq, Kedah, maka terpaksalah kami pindah mai dok sini, w'pun aku dah beli rumah kat perlih takpalah bekorban skit. aku la dok kuarter guru dalam sekolah, ok la sebab sekolah ni takdak asrama klu tidak mampoih bini aku kna jd warden, leceh jaga bebudak asrama ni. Mula2 cadang tu nak sewa ja umah aku kat Perlih nu tapi sayang plak, bli baru nti nak duduk takut kotoq, comot sana sini kalu lpas org sewa ( ni pengalaman kakak ipaq aku la yg bg umah dia sewa kat org, bila dia nak duduk masuk umah tu, habih dinding kna contiang, paku kat dinding merata2, jem la masa beli baru lg, bila bg org sewa abih kotoq) pastu aku pikiaq balik, biaq dulu la rumah tu kosong dan la kumpul duit nak buat kabinet dapoq ngan bilik ayaq nti, cuti2 sekolah atau bila2 balik kg aku ble la pi dok situ. ok berbalik rumah guru yg aku dok la ni, adala 2,3 keping gambaq aku snap utk tatapan semua kat atih tu. Merasa la duduk berdua ni susah senang bersama, makan pun takat mana yg ada. Kesimpulannya duduklah berdua, jangan duduk berlapan belas tau.

Kangar Vs Cangkat Jering 25 Dis 2008

Cuti krismas aritu aku sekeluarga mengikut rombongan meminang sepupuku yg memilih org cangkat jering perak sebagai tunangannya jadi bergeraklah segerombolan orang perlih vs cangkat jering. para hadirin yg mengenter frame kan diri masa singgah makan sat kat r&r gurun, kelihatan wive ku yg masih memenuhkan perutnya w'pun itu merupakan pinggan yg ke tiga
berangkat semula ke cangkat jering selepas semua temolok pakat diisi, ligan masa nak sampai sebelum lohoq. (nampaknya sepupuku cucuq angin dari belakang ke atas keta ku yg mendahului, cucuk belakang takpa jangan cucuk pungkoq hua hua hua)

ni berenti sat masa nak sampai umah pihak pompuan, nak tgu semua berkumpul sekali sebelum gerak pi umah pihak pompuan, ada 2 rombongan satu dari perlih satu lagi dari ipoh

kalangan org2 tua yg sedang berunding ttg hantaran, tentu tarikh kenduri dan berbagai lagilah, inilah hidup masyarakat yg penuh adat di mana dimulakan dengan cara elok dan diakhiri dengan benda yg elok untuk mendirikan masjid ni


semasa upacara menyarung cincin tanda rasmi dah bertunang, disarungkan oleh opah sepupuku yg didatangkan khas dari simpang pulei, ipoh mari, kontrol senyium opah nu 3 org dara pingitan dok amik gambaq

aksi manja wive aku ngan bakal sepupu hua hua ayang nampak pendek la , tapi tetap manten cun ( takut wive aku baca mampoih kna tarik tlinga, jd capang sbelah nti)


aik mak ngan anak serupa ja aksi, pakat kot

nilah pasangan yg bertunang tu, dua2 bercintun masa blajaq kat kolej perubatan dalam bidang teknologi makmal perubatan di Kl nu, la pakat keja dah, sorang dok ospital banting selangoq, sorang lg dok ospital aloq staq. jauh tu wei. cepat2 le nikoh klu nak dok sekali, dua kali pun takpa. (aik baru bertunang anak dah dua dah, advanced)