Yang mai pun cuma famili adik ngan kakak bini ku sahaja sebab famili2 len ada hal masing2, nti2 la kami belanja depa plak.
Kami tak penah mai restoran ni, tapi dah org kata sedap tu yg kami try mai rasa makanan kat sini, ok jugak rasa makanan kira berpatutan la dengan harga, banyak yg lebih plak tu, siap bawak bungkuih bwak balik nyam nyam kat umah.
Ramai org mai restoran ni maklumla baru lpas dapat gaji, kami order ikan siakap 3 rasa 2 ekoq, kailan ikan masin, tomyam ayam, teloq dadar, sambal belacan, ulam-ulaman dan ayaq yg berbagai jenis. Bini aku dok pujuk anak aku dok dendiam dalam stroller sebab dia dah tak sabaq nak kokak ikan yg terhidang depan mata umpama memerang amazon yg kelaparan lagaknya.
No comments:
Post a Comment