Aku ada menerima jemputan perkahwinan dari memba lama aku di FSP Uitm Shah Alam. Depa ni couple lama dah dari zaman dip. lagi sampai la disatukan sekarang. Jadi kepada sapa2 yang masih mengenali Hafiz (Jin) atau yani beliau mewakilkan aku menjemput semua kengkawan FSP dulu ke majlis kenduri perkahwinan beliau. Kenduri sebelah pihak perempuan akan diadakan esok pada 26 hb September 2009 (Sabtu) di Pahang dan bagi sebelah pihak pengantin lelaki pula akan diadakan pada 1 hb November 2009 (Ahad) di Bukit Rambai, Melaka. Aku sekeluarga mengucapkan selamat pengantin baru dan berkekalan hingga ke anak cucu, cicit, piut, miut, tiut, tuuttt...
Jangan Clik
Thursday, September 24, 2009
Jemputan Kenduri Perkahwinan Hafiz (Jin) dan Yani
Aku ada menerima jemputan perkahwinan dari memba lama aku di FSP Uitm Shah Alam. Depa ni couple lama dah dari zaman dip. lagi sampai la disatukan sekarang. Jadi kepada sapa2 yang masih mengenali Hafiz (Jin) atau yani beliau mewakilkan aku menjemput semua kengkawan FSP dulu ke majlis kenduri perkahwinan beliau. Kenduri sebelah pihak perempuan akan diadakan esok pada 26 hb September 2009 (Sabtu) di Pahang dan bagi sebelah pihak pengantin lelaki pula akan diadakan pada 1 hb November 2009 (Ahad) di Bukit Rambai, Melaka. Aku sekeluarga mengucapkan selamat pengantin baru dan berkekalan hingga ke anak cucu, cicit, piut, miut, tiut, tuuttt...
Tuesday, September 8, 2009
Secubit Kenangan di Tanjung Dawai, Kedah
Pekan Tanjung Dawai dah banyak berubah, restoran Ikan Bakaq bercambah terutama yg dekat dengan pantai tu, dulu ada 2, 3 gerai kecik ja seingat aku masa tu, nama pantai tu pantai Tolak bala, sebab dulu ramai yg pi situ pakat dok tolak bala, dok hanyutkan buah nyok la, bekas abu la dan mcm2 lagi, mak aku selalu marah kalau aku dok pi main kat situ. La org dah tak buat benda2 kurafat tu, la ramai orang pakat pi makan ikan bakaq ngan beli hasil laut yang segaq.Memba aku pun bukak satu restoran ikan bakaq kat tu, Mat topui aku panggil dia, sebab dulu dia gemuk, gerai dia hujung sekali nama kedai dia, kedai mak lang kot sempena gelaran utk mak dia. sambil-sambil tu aku singgah la kat Sek. Rendah Tanjung dawai, sekolah aku dulu dari darjah satu sampai darjah enam. gambaq kelas kat ataih tak payah la dok perembang mata cari aku sebab tu gambaq kelas adik aku, gambaq aku kat sekolah ni ilang tah pi mana. Gambaq tu rasanya tahun 1993 cikgu kelas nama Cikgu Hamid, cengey ooo cikgu ni selalu kutey aku sampai pedih tak pun tarik sight ben..
Gambaq umah sewa famili aku dulu kat Kampung Sg Pial, rumah batu peninggalan seorang bekas Polis yang la ni dah arwah duduk kat Taman Jati, Sungai Petani. Nama tuan rumah ni Tok Embi aku panggil. Gambaq ni diambil masa pakcik aku mai umah aku dalam tahun 1991, dari kiri pak cik aku, adik aku, aku, adik ipaq pak cik aku, manja. dari Felda Chuping. rumah ni org panggil rumah kelawaq sebab bentuk bumbung mcm huruf 'M' dan seakan2 kelawaq, pastu dok paling hujung kampung. tapi masa aku dok takdak perkara yg tak dingini berlaku, nampak macam angker tapi rumah ni ok.
Ni satu lagi gambaq diambil di halaman rumah, gambaq adik aku yg buat muka cam roti canai tak siap tu bersama gerek racing dia. Yang nampak pondok peninjau belakang tu merupakan kolam udang, yang masih berfungsi sampai sekarang.Tuesday, September 1, 2009
Bazar Ramadhan
( promote tak berbayaq), selain tu abang ipaq aku ada jugak jual beraneka jenih ayaq dari Lai Chi Kang, Ayaq Jagung, Teh Bunga, Sirap Bandung dan Oren... mai...mai...beli rega berpatutan, beli satu percuma plastik satu wahahahahaha...memandangkan saban tahun abang ipaq aku tak menang tangan dia juga mengimport Bang Ey (ismail) kak teh dari lana bulu utk join dia sama
( duduk berkopiah putih) letih nampak bang Ey takpa masuk waktu nti kita pakat pekena Kopi Janda baru lega...bukan nak mengoda tapi nak berniaga huahuahua...bergelora. Bazar sini yang spesel sup daging kat Restoran Ahmad sebelah bazar murah rm 2 ja, banyak gak daging dia, yong tau foo gerai belakang gerai abang ipaq aku dan Ayam golek yang dijual Pak Tam aku berhampiran market, sapa beli ayam golek dia pasti mengolek sebab sodap...hingga menjilat pelipat Accapan.
Subscribe to:
Comments (Atom)