Di kejiranan tempat aku terdapat dua buah bazar Ramadhan yang terletak agak dekat iaitu bazar ramadhan Ayaq Hitam (gambaq di atas) ngan bazar Ramadhan Kerpan. Kemarin aku pi kedua-dua bazar ramadhan muahahahaha tamak tak.... first aku pi pasar ramadhan Ayaq Hitam aku beli Sate ngan ayaq soya lengkong untuk makan lpas balik tarawikh nti.
Tgok.... ramai dak org, yg oknya bazar ramadhan ayaq Hitam ni juadah dia ada yang berlainan ngan juadah di bazar Ramadhan Kerpan contohnya Oblong dan sate kat bazar ramadhan ayaq hitam ja ada, kat bazar kerpan takdak.
Haa... ni bazar ramadhan Kerpan, selalunya aku mai sini sebab Abang Ipaq ngan Mak mentua aku menjual kat sini, bazar kat sini termasuk pasar basah sebab sebelah market, pagi petang ada orang jual sayoq, ikan, daging dan ayam mentah. Bole buat pilihan antara nak beli yang dah masak dah kat bazar ramadhan atau nak balik masak beli kat market sebelah bazar. Sini time petang sure jem sebab ramai pakat org nak berenti beli juadah berbuka lpas balik kerja.
Ni gerai spesel abang ipaq aku (yang pakai kopiah bendera Malaysia tu) orang pangey Mat E, dia jual Tepung Talam dan Pulut Sekaya yang dimasak mengunakan dapoq Apollo (tu yang bertingkat sebelah abang ipaq aku tu) tapi masa aku pi dah abih lapan talam dah org beli. Dapoq Apollo biasanya fames kat kenduri kendara sebelah negeri utara ni, bentuknya macam roket apollo yang pi bulan nuu..senang kukus guna dapoq ni, tak berkerak nasik mahupun tepung talam. Tempat len takdak, hanya di Gerai Mat E saja ada Tepung Talam ngan Pulut Sekaya Apollo ni
( promote tak berbayaq), selain tu abang ipaq aku ada jugak jual beraneka jenih ayaq dari Lai Chi Kang, Ayaq Jagung, Teh Bunga, Sirap Bandung dan Oren... mai...mai...beli rega berpatutan, beli satu percuma plastik satu wahahahahaha...memandangkan saban tahun abang ipaq aku tak menang tangan dia juga mengimport Bang Ey (ismail) kak teh dari lana bulu utk join dia sama
( duduk berkopiah putih) letih nampak bang Ey takpa masuk waktu nti kita pakat pekena Kopi Janda baru lega...bukan nak mengoda tapi nak berniaga huahuahua...bergelora. Bazar sini yang spesel sup daging kat Restoran Ahmad sebelah bazar murah rm 2 ja, banyak gak daging dia, yong tau foo gerai belakang gerai abang ipaq aku dan Ayam golek yang dijual Pak Tam aku berhampiran market, sapa beli ayam golek dia pasti mengolek sebab sodap...hingga menjilat pelipat Accapan.
No comments:
Post a Comment