Sehari sebelum kami pi Pesta Konvo nih dikejutkan dengan kematian seorang juruterbang TUDM semasa melakukan aksi pertunjukkan penerbangan semasa perasmian Pesta Konvo ni, ucapan takziah untuk keluarga beliau. W'pun warga UUM masih terkejut dengan insiden tersebut tapi Pesta Konvo tetap diteruskan macam biasa. Parking pun senang sini sebab luas, jd takdak masalah la klu nak cari tempat parking.
Banyak gerai dibuka taun nih, di mana gerai yang menyediakan juadah makan diletakkan di tapak pasar malam sebelah padang hoki berhampiran stadium, dan gerai-gerai jualan lain di tempat letak kereta di belakang Pusat Kesihatan UUM. Gerai-gerai di tapak letak kereta banyak la jugak dan luas senang aku bg lepas Qazrin berjalan-jalan, menonong ja dia pi seronok tempat luas, org pun ramai, lg suka la dia. Tapi aku dok kawal la dia takut jatuh satgi. Jatuh ataih jalan takpa, takut jatuh hati kat para siswi jenuh aku nak kena bagi alamat Facebook Qazrin kat depa plak sebab Qazrin cakap pun tak teruih lagi...alih2 aku bg Facebook aku la senang skit hihihihi (merela sikit apa salahnya kukikukik)
Letih berjalan rehat sat kat gerai jualan makanan, bermacam-macam jenis makanan yg ada, dri makanan malaysia hingga ke makanan western, buleh cuba, harga pun berpatutan. Aku anak beranak makan nasi ayam madu ngan char koew teaw ja, sebab yg tu nampak sedap skit.
Kami memborong tak banyak mana pun sebab kebanyakan gerai kat sini jual aksesori wanita, jadi bersorak rianglah wife aku, bole beli tudung dan segala macam lg, maklumla gaji baru masuk time tuh. Kat Qazrin selain beli makanan kat dia aku beli toys bg dia main, kemain suka lagi siap ajak aku main dekat stadium sebab luas dan org pun tak ramai, tapi bila ada siswi2 lalu dia berenti ligan toys dia, dok perati siswi tu plak hhhmmmm... ikut perangai babah tak habih-habih. Ralit dok main toys dia, nak dekat Maghrib baru la ble btolak balik, klu ikut Qazrin alamatnya sampai malam la nak main kat situ, tapi aku tak mau sebab nanti ramai plak siswi yang terpikat kat aku plak bila lalu kot situ dan aku ambik keputusan balik sebelum maghrib atau sebelum aku dilanyak oleh wife aku sebab dok wat mata keranjang kat sini huahuaghua...
No comments:
Post a Comment