Jangan Clik

Monday, August 23, 2010

'Peraduan Blog dan Menang'-Manggaonline-Iklan Nokia, Dell dan Admax

Aku mengetahui mengenai Manggaonline ni melalui sebuah akhbar berbahasa Melayu iaitu akhbar Kosmo ,iaitu mengenai komuniti blogger ini di mana dalam keratan akhbar tersebut ada menulis mengenai salah seorang blogger yang telah menyertai komuniti Manggaonline ni. Aku pun agak tertarik la dengan komuniti tersebut memandangkan aku pun belum join mana-mana komuniti blogger sepanjang menjadi blogger hampir 3 tahun . Dan tanpa membuang masa dan sampah merata-rata aku pun join la dengan penuh taksub sekali sambil menghirup oksigen yang berkeliaran.
Selain boleh menjadi pendapatan dengan iklan-iklan yang ditawarkan dalam blog kita, tujuan utama aku menyertai komuniti ini adalah disebabkan aku boleh berkongsi posting-posting dalam blog aku dengan lebih meluas lagi kerana tujuan utama aku mewujudkan blog ini dulu pun adalah untuk berkongsi dengan orang ramai dan rakan-rakan mengenai pengalaman dan pendapat aku, dan boleh juga menambah kenalan di kalangan rakan maya melalui facebook, blogger yang lain dan blogger dari akaun twitter bak kata orang tua-tua berkawan biar beribu berkasih biar berjuta wahwahwah...gigolo tak aku.

Memandangkan zaman sekarang ni zaman dunia tanpa sempadan maka pengiklanan melalui ruang cyber merupakan salah satu cabang pemasaran yang paling berkesan dan boleh diakses oleh pengguna di mana-mana jua serata pelusuk dunia (di tempat yang ada talian internet la dan kepada pengguna talian internet yang belum tertungak bil bulanannya) antara contoh iklan yang menarik minat aku adalah iklan Nokia, satu jenama kalau nak dibandingkan dengan kereta boleh dikira tahap kereta jenis Mercedes la, memang tip top. Aku pun dari dulu dari zaman Nokia 3310 sampai la enset yang aku pakai la ni Nokia Mini N 97 semua aku pakai Nokia, walaupun rasanya dah 4 kali aku tukaq handset. Sebab utama aku pilih Nokia adalah kerana penggunaan dia yang mudah dan senang difahami serta mesra pengguna. Aplikasi yang ditawarkan pun up to date mengikut peredaran zaman dengan kita boleh mengakses internet dengan hanya menggunakan handset serta mempunyai GPRS. Rekaan yang cantik serta mudah dibawa, harga yang berpatutan, tahan lama, kos pembaikan yang rendah serta alat ganti yang mudah didapati merupakan antara ciri-ciri yang membuatkan aku payah nak guna handset lain selain Nokia ni. Memandangkan zaman la ni terdapat lambakan handset klon buatan China yang dibuat sebijik macam Nokia original aku ada satu tips untuk mengelakkkan anda tertipu, tipsnya apabila anda hendak membeli handset tersebut, tak kira la jenama apa anda perlu tekan *#06# dan akan tertera No IMEI kat handset tersebut, jikalau no yang ke tujuh dan kelapan tertera 02, sah-sahla bahawa handset tersebut buatan China, klu no ketujuh dan kelapan no IMEI tersebut lain dari 02 macam 00 ka, 01, 03 atau 04 itu mmg yang ori.
Mengenai Komputer Riba jenama Dell ni (bukan Dell Akhbar Khan bekas Setiausaha FAM tu ya, harap maklum) memang merupakan antara pengeluar pasaran komputer yang berkualiti selain dari jenama lain macam Acer, Compaq dan lain-lain. Penggunaan komputer riba sememangnya tak asing bagi warga pelajar dan juga warga pekerja sebab ia mudah dibawa ke mana-mana sahaja waima ke bilik air sekalipun. Dengan rekaan yang menarik serta perisian yang terkini Dell sering tampil dengan model keluarannya yang terbaru seiring dengan peredaran zaman dan kecanggihan teknologi cyber zaman sekarang. Menariknya semua pakej tersebut hanya datang dengan harga yang sangat berpatutan dan mampu milik bagi semua golongan kerana dengan adanya komputer riba Dell ni la kita boleh akses ke blog kita dan blog rakan yang lain serta mengetahui apa jua maklumat terkini dalam dan luar negara kerana tanpa Dell siapalah komputer riba dok gitu...
Mengenai Admax ni bagi aku dia merupakan salah satu syarikat pengiklanan macam Manggaonline ni jugak cuma pasaran dia lebih kepada Asia Tenggara dan bagi mana-mana peniaga dan usahawan yang ingin mengiklankan barangan atau perkhidmatan mereka melalui alam maya boleh la menggunakan Admax tersebut kerana bak kata saya di awal tadi pengiklanan di ruang cyber adalah kaedah pemasaran yang paling berkesan sekali kerana ia boleh diakses dimana jua kerana dunia sekarang adalah dunia tanpa sempadan dan dengan hanya satu klik, maklumat dapat disalurkan kepada anda hanya dalam beberapa saat sahaja.

7 comments:

  1. kami daftar dh mangga tu tapi x reti la ....x berapa paham

    ReplyDelete
  2. klu tak silap asrul, earning rm yg kita dapat dlam akaun mangga ads tu adalah berdasarkan berapa yg pengguna blog ida klik kat paparan iklan di blog. jd bila banyak klik banyak la earning kita. jd cuba ieda komersialkan blog ida cthnya di facebook ka, laman forum mana2 ka, supaya aliran trafik pengguna blog ieda bertambah, mungkin yg klik kat iklan tu pun bertambah

    ReplyDelete
  3. I see thanks untuk info dari maco juga..hehe^^

    ReplyDelete
  4. trima kasih, rezeki bulan Ramadhan, sila-silalah berkunjung ke blog saya lagi.

    ReplyDelete