Jangan Clik

Sunday, December 19, 2010

Langkawi lagi

Gambaq ni kalau diibaratkan makanan dah lama basi dah, bulan 10 aritu cerita nih. Tapi sebab laptop dimasuki virus e-coli saiz D cup jadi hari ni bru leh upload gambaq dalam blog. Masa ni aku kna jadi babysitter sebab kna ikut rombongan kelas wife aku pi lawatan di pulau langkawi. Wife aku takdan sgat nak mgasuh sebab terikat dgan aktiviti dan tugas yg dia kna buat, jadi aku dengan berbesar hati, limpa, serta rektum sudi menjadi pengasuh separuh masa.Masa ni baru sampai kat Makam Mahsuri, eksyen kat pintu masuk sebelum berkejaran bersama hero Tamil yg berbaju merah tersebut kat dalam pulak satgi.
Haahahahaha...wife aku w'pun pakai kasut tumit tinggi, tapi tak dapat menyamai ketinggian laki dia yg segak bergaya ini. Gambaq kat depan rumah Mahsuri
Lepas tu kami langsung ke Kereta Kabel, tapi tak naik pun sebab dah agak petang dan ramai yg masih beratuq nak bli tiket. Aku amik keputusan kami pusing2 ja sekitar kawasan tu sambil minum sirap dan makan papadom perasa hidung itik. Tgok heroku mata dah stim, musti ngantuk sebab berjalan banyak sangat.
Ni bergambaq kat Beras Terbakaq, seingat aku masa aku mai sini kecik2 dulu kawasan Beraih yg kna bakar ni tak berpagar, kita boleh dengan selamba badak ayaq nak ambik banyak mana pun beraih yg terbakaq tu. Tapi la ni kawasan tu depa dah buat pagar dah, rasanya takut tingalan2 beras yg terbakar tu habih org kutip nti takdak plak org nak mai tgok.
Kami menginap di Pantai Chenang, jadi pagi2 lpas sarap main ayaq laut ngan pasiaq la. Harap para pembaca tidak meniru aksi tidak senonoh dua beranak ini di khalayak umum dimana mereka telah melepaskan kentut yg agak melugai sambil kaver korek pasiaq kununnya.
Masuk dalam Underwaterworld Langkawi heroku sempat mengepau aku sebutir belon untuk digunakan megorek hidung beliau seperti aksi di atas. Apa ni Qazrin malu babah tauu...
Qazrin membuat aksi kuda laut walhal menatang yg berada dalam kandang tersebut adalah burung merak di Langkawi Wildlife Park Ji Sung...aik mai mana nama player MU mata sepet nih..tu la taip laju sangat sampai terpaksa menggunakan hidung...kan dah salah taip. Seb baik tak pi Lorong Haji Taib.
Pejam celik, pejam celik dah sampai masanya kami bertolak balik ke Kedah dengan poketku yg agak rabak sebab kunjungan biniku ke Idaman Suri kerisauan suami....utk membeli set pinggan mangkuk beserta coklat yg diborong heroku huhuhuhu.....tgok depa dua ceria tak sangga, aku takdak dalam gambaq sebab dok pujuk hati yg bergelora ini bersama gadis2 manis, bukan apa sebab dok pikiaq jenuh nak berangkut barangan tersebut pabila sampai jeti kola kedah nti.

No comments:

Post a Comment