Jangan Clik

Monday, January 17, 2011

Lawatan Kerja Ke Kelantan

Dua minggu lepaih seramai 44 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Perlis bertolak ke Negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan untuk lawatan kerja selama 2 hari sambil makan oksigen dan makan kepok gete. Aksi2 manja para kakitangan jantan sebelum bas bertolak diketuai oleh inche Razak Bahadur Gurung yg didatangkan khas dari Selatan Nepal.
On way ke sana kami singah sat dekat Kulim untuk menghadiri majlis kenduri bekas staf jabatan iaitu kak yuzi dan pasangannya abg madi, lpas beramah mesra, makan2, bergambaq manja dan serahan hadiah kami pun berangkat semula ke destinasi yg dituju. Dan ucapan yg sungguh best dari kami untuk Kak Yuzi , semoga berbahagian ke anak cucu, cicit, ciut, piut, miut, tiut,riut, siut dlll.
Sebelum menempuh perjalanan yg agak panjang di atas bukit melalui Lebuh raya Timur-Barat kami berenti singgah di Hentian Perah, Grik, Perak untuk solat dan menjamu mata dan selera sambil sembang-sembang muhong. Masa kami berenti kat sini banyak jugakla rakyat2 dari Pantai Timur yg berangkat pulang ke negeri masing2 selepas bercuti di Pantai Barat, ramai yg bila ditanya depa bru balik dari Pulau Langkawi. Adat la bila bercuti ni, orang dari Pantai Timur mai sebelah Barat, yang Selatan ke Utara dan begitu la sebaliknya.

Kalau melalui Lebuhraya ni adatla klu terserempak ngan lori2 balak yg banyak melalui kawasan ni. Kadang2 sakit mata tgok banyak kawasan yg telah gondol akibat dari pembalakan tersebut. Klu hutan habih depa tebang tang mana orang utan nak duduk kan, eh...orang utan mana ada kat semenajung, klu kat zoo ada la, org utan kan dok kat kepulauan Borneo. Ni gambaq kami ambik kat hentian Puncak Titiwangsa. Hentian ni berada di puncak Banjaran Titiwangsa, mmg sejuk kat sini, ramai gak la yg berenti pi tandas, maklum la jauh gak perjalanan sebelum sampai hentian ni. Yang laku kat hentian ni apalagi klu bukan burger, tak menang tangan brader burger tu dok penuhi permintaan pelanggan. Boring jugak lalu di lebuhraya ni, dah la jauh kiri kanan nampak hutan ja, berbukit bukau, yg bestnya bila sampai kat Tasik banding, seronok gak la tgok Tasik semulajadi yg agak luas tu di kiri kanan lebuhraya. tapi yg menjadi persoalan aku betapa aku respek kat org2 yg membina lebuhraya ni, yg rentang wayar2 elektrik merentasi banjaran dan gunung2, musti tough gila kerja depa, tambahan dekat pedalaman plak tu. Tak tau la macamana depa tahan dgan situasi kerja dengan persekitaran cenggitu.
Kami sampai malam di Kelantan, tempat pertama yg kami pi adalah ke Wakaf Che Yeh, sebuah pasar yang jual macam2 dan dibuka hanya pada waktu sebelah malam hingga pagi. Pasar jualan barang2 dibuka dari pukoi 7 mlm dan apabila melewati tgah malam gerai2 jualan sayoq dan barangan basah akan ambik alih plak hingga dinihari.

Pasar ni macam pasar malam biasa cuma kawasan dia agak luas dan pelbagai jenis jualan dari pakaian, jersi bola,kacamata, jam, kain pasang hinggalah ke tempahan kunci disediakan di sini. Pasar ni klu bagi rakyat yg terletak agak jauh dari sempadan Siam mmg syurga bg depa la sebab banyak barangan yg dijual di sini kebanyakan dari Thailand, bg kami biasa2 ja sebab barangan tersebut bila2 masa saja kami ble pi bli kat Padang Besar. Yang aku respek rakyat Kelantan ni, ianya berbeza sikit dari negeri2 lain yg penah aku pi sebab bila sampai di pekan2 atau bandar2nya kebanyakan para peniaga dan kedai dimonopoli oleh kaum Melayu berbanding kaum Tionghua yg mmg cukup sinonim dengan bidang perniagaan kalau di lain2 negeri.

Paginya kami dibawa oleh Pegawai Bomba dari Pengkalan Kubor ke kilang membuat keropok Lekor di Tumpat, apalagi pakat borong sakanla, maklum la keropok baru direbus bak susu segar dari ladang. baguih jugakla dapat bertandang kat sini, dapat jugakla kita tau macamana cara membuat kepok lekor ni, sebab seblm ni yg kita tau makan saja.
Tgok bos Bahagian Kejuruteraan Jabatan pun nak try uli kepok leko, takyah la Enche Saipul wei, tangan tu dok besa pegang enjin ngan jentera nak uli kepok, mana nak jadi hahahaha... sbenaqnya tu eksyen ja, nak masuk dalam gambar buletin katakan. Kepok lekor soooo....kuoh banjir weehhh...Lagi satu sepanjang perjalan kami ke sini banyak betoi aku tgok rumah2 di Kelantan ni (bukan semuanya la) ada depa buat satu tempat letak tangki ayaq kat luaq rumah. Klu org kaya tu dia buat menara tangki ayaq tu elok sikit, klu org biasa ni, biasa saja la depa buat. Aku ada tanya la kat salah sorang kakitangan jabatan yg mentua dia org Kelantan, pasaipa depa wat tangki tu, dia kata sebab kat Kelantan banyak kawasan yg ayaq dia pressure tak kuat, tu yg depa buat tangki asing tu.Ooooo patutla, tapi nampak macam trademark plak bila mai sini, sebab banyak gak la rumah yg ada tangki kat luaq berbanding di negeri belah Utara yg jarang2 kita jumpa.
Seterusnya kami pi tempat yg wajib dikunjungi kalau ke Negeri Kelate iaitu Pasar Siti Khatijah.
kami bergambar dulu kat bekas Istana bersebelahan Pasar Siti Khatijah.
Ni bukan pintu ke Pasar Siti Khatijah atau pintu ke syurga ya, ini pintu utama ke bekas istana tersebut. Besaq jugak pintu dia, musti kunci dia pun besaq jugak kan, jenuh nak cari pedal ayam klu pintu besaq lagu nih.

Yang menarik di Pasar siti Khatijah ni para peniaga majoritinya dari kaum hawa. Aras bawah dibuat pasar basah, aras satu kedai2 rempah ratus dan medan selera dan aras tiga tempat jual kain baju dan kain pasang. Dapat jugak la merasa kuih akok dan jala mas yg depa jual kat bawah ni. Manih kuih dia semanis org yg jual tu hahahaha...ada jugak la kelaku gigolo tu

yg murah kat sini kain batik, kain pasang ngan telekung la. Aku ada jugak borong kaftan kat bini aku, kain telekung ada jugak aku beli, aku bli kat wife, mak mentua ngan mak aku sebab harga dia murah la sikit dari kat Kedah atau Perlih nuu. Kat hero aku, aku beli baju otromen kat dia. Kemain suka baju otromen dia klu ble dia nak pakai hari2, mana ble yang oii.. dah la aktif ,busuk la baju tersebut nti. Abg jgan risau nanti babah beli baju otromen sekilo, hahahaha pakai buang ja baju tu. (hihihi saja ja tulih, anak aku bukan leh baca pun, tapi klu dia tau lingkup aku kna penuhi permintaan beliau tersebut)
Last sekali apalagi setelah penat pusing2 pasar ni kami pun pi la dengan penuh ketaksuban ke medan selera untuk menjamu selera. Unik gerai2 makan kat sini, payah nak jumpa kat tempat lain, stail dia macam restoran Jepun, tempat letak juadah dia berdepan dengan tempat duduk kita, lebih kurang macam dekat bar tempat duduk dia, makanan diletakkan di depan kita, klu rasa nak tambah lauk lain, pakai sauk ja. Setelah itu kami meninggalkan Negeri Kelantan untuk balik ke tempat bertugas dengan serangkap pantun dari kami 'Buah kedekak, buah kedekik, lain tahun kami datang lagik". Selamat tinggal, selamat jale, w'pun semeta jah singgoh, tapi ambo raso berbesar hati nok maghi lagi. Buke oghe lain sik2 kito jugok..

2 comments:

  1. 15 hari berjalan di Everest Base Camp



    •Details
    Mencabar diri sendiri! Alam semulajadi adalah milik anda turun di sini untuk Gunung Everest
    Kagum melihat pemandangan dari Gunung Everest,
    Melawat Tengboche Monastery lama monastery di Lembah Khumbu
    Di Namche Bazar, 3,440 m pintu masuk ke Everest Base Camp
    Rehat di pangkalan Everest kem 1 jam
    Sampai ke Kalapathar, titik pandangan untuk melihat dunia tertinggi puncak Gunung Everest 8,848 m
    Ketersediaan:
    •15 hari trek di Everest Base Camp
    Panduan hidup: Bahasa Inggeris
    Tempoh: 15 hari, lawatan swasta, langkau baris / masuk Fast Track
    Satu orang kos AS$ 1190.00
    Description/kawalan:
    Gunung Everest Base Camp merupakan destinasi yang paling popular untuk trekkers di Nepal. Popularitinya telah berkembang sejak ekspedisi pertama sebelah Nepal Everest pada 1950-an.
    Trek Everest Base Camp, trek Gunung sangat terkenal, bermula dari Lukla (2804m) dan mengikut Lembah Dudh Kosi yang dipanjat sehingga ibu dengan Namche, bazar sibuk itulah sebuah persimpangan trekkers, dengan tempatan dan Kumpulan ekspedisi.
    Sepanjang bahagian denai, Kampung-Kampung selangi dengan hutan-hutan indah rhododendron, magnolia dan firs gergasi. Dalam awal musim luruh dan musim bunga lewat, bunga-bunga ini sebahagian Tim membuat ia jenis berjalan kaki anda akan ingat untuk jangka masa yang panjang, panjang.

    Trek tersebut mengambil masa dari Lukla. Pertama kita perlu mengambil masa 30 minit penerbangan pagi dari Kathmandu Lukla dan kami tanah yang kecil pada landasan kapal terbang Lukla kemudian kami mula trek ke wilayah Khumbu. Tim mengikuti laluan Lembah Dudh Kosi dengan pendakian untuk sehingga ibu dengan Namche Bazaar. Dari Namche, anda susur di sepanjang laluan yang tinggi dari di mana anda mempunyai pandangan baik pertama Everest. Anda menuju ke arah Thyangboche Monastery terletak di atas rabung gunung dan kemudian turun Imja Khola dan terus Pangboche dan Pheriche. Selepas itu anda tiba glasier Khumbu. Trek melalui glasier yang akan membawa anda pertama ke Lobuche dan kemudian ke Gorak Shep, di mana anda akhirnya sampai ke destinasi anda, Everest Base Camp di kaki Gunung ais Khumbu jatuh.

    http://nepalguideinfo.com/Everest-Base-Camp-trek/
    http://nepalguideinfo.com/

    http://www.hikehimalayas.com/trekking-in-Nepal/trekking-Region/Everest-Region/Everest-Base-Camp.htm
    http://www.nepalguideinfo.com/
    https://www.Facebook.com/Independenttrekkinguidenepal

    ReplyDelete
  2. This phrase indicates a professional trip or excursion to the state of Kelantan, Malaysia. Why Suspended Game It suggests that the purpose of the visit is related to business, official duties, or professional activities in this particular region.

    ReplyDelete