Jangan Clik

Thursday, October 27, 2011

Akhirnya... Rumah Manis Rumah (Home Sweet Home)

Setelah 2 taun tak berpenghuni akhirnya dapat jugak aku duduk kat rumah yg aku beli dari taun 2007 nih. Ada hikmah jugak la kn menyewa dok luaq selama 2 taun, dan la himpun duit beli perabot ngan tambah rumah sikit2, repair ngan deko sikit2, klu nak cari seketoi mana mampu.

Rumah aku ni dgan pejabat aku dah tak jauh mana dlm 5 minit ja, lega sikit dapatla jimat duit minyak dalam ekonomi negara yg tak menentu ni, klu dulu minyak moto Rm 5.00 dua hari ja, la Rm 5.00 untuk seminggu. Memang la org akan kata ada lg org yg berulang lg jauh, tapi bagi aku semua tu masalah masing2, jadi apa kita buat bila kita ada masalah? kita selesaikan la. La aku dah berjaya selesaikan masalah aku yg berulang jauh ni dan aku berharap depa pun dapat selesaikan masalah berulang jauh depa tu ;). Minyak keta plak klu dulu Rm 50.00 untuk seminggu la rm 50.00 utk 2 minggu, dapatla berjimat sikit. Yang boleh pindah mai sini ni sebab wife aku dah dapat tukaq mengajaq kat Sek.Men.Keb Arau dari Sek.Men.Keb. Seberang Perak Aloq staq bulan 6 ari tu selepas beberapa taun mtak tukaq akhirnya syukur berjaya jgak. Alhamdulilah rezeki anak2 sebab masuk pindah mai sini sama hari ngan wife aku melahirkan anak kedua.

Dekat 4 taun kawin la bru ble lekat gambaq tu, ya la bukan apa dah dok umah sewa nak buat cantik2 pun rumah org, baik buat kat rumah sendiri lg puas. Ruang makan tak besaq mana , klu enam org ble lg la makan kat meja, klu lebih jawabnya kna hampaq tikaq makan kat bawah la hihihihi..Ok la yg penting anak aku seronok dok sini, luas sikit tempat nak main berbanding kat umah sewa dulu.

dapoq berteraboq lagi takdan nak kemaih, whiteboard tu saja aku ltak kat situ snang nak buat reminder benda2 penting yg slalu aku terlepas pandang macam renew lesen, road tax, jemputan kenduri , bil-bil, appoinment dan mcm2 lg la, maklumla otak pun dah lama tak format lain hahahaa.

Dah nama pun keja ngan Jabatan Bomba & Penyelamat jadi kna ada alat2 pencegah kebakaran ni iaitu Fire Blanket untuk elak api dapoq dan Fire extiguisher untuk pemadaman kebakaran guna debu kering. Ada satu alat lg aku tak bubuh iaitu Smoke Detector, sebab alat ni sensitip sangat, kna asap sikit ja musti bunyi, hingaq satgi anak aku takdan nak lena plak.

2 comments:

  1. bilalah kami nk dpt menjengah ke home sweet home depa....kami ni asyik x dan ja ....balik kg mcm wau putus tali.........

    ReplyDelete
  2. raya ni mai la kami buat makan2 skit

    ReplyDelete