Jangan Clik

Wednesday, March 28, 2012

Jersi bolasepak yang tidak digalakkan memakainya.



Memandangkan musim demam bolasepak Euro 2012 makin hampir, pasti peminat-peminat bolasepak di seluruh dunia termasuk di Malaysia tak sabaq2 nak pi beli jersi terbaru pasukan negara atau kelab kegemaran masing2 tak kiralah kat pasar malam ka, kat Padang Besaq ka, kat Chow kit ka atau kat mana2 tapi harus diingat, masih ramai lagi peminat Islam di malaysia khususnya tak berapa nak ambik berat tentang perkara ni , iaitu jersi bola sepak yang terpampang lambang salib, penaja dari minuman arak, penaja dari syarikat judi dan juga lambang setan.Aku jugak antara peminat yg minat kumpul jersi bola tak kira la dari negara atau kelab, janji cantik, tapi la ni kna berhati-hati la sikit. Kerana menurut Penasihat Majlis Agama Islam Johor Dato' Noh Gadot berkata perkara tersebut ditegah oleh Islam dan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh menjurus umat Islam ke arah syirik.Pemakaian jersi bola sepak atau pakaian lain yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik. Beliau berkata memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain. Jadi kepada semua peminat bolasepak berhati-hatilah ketika membeli jersi pasukan kegemaran masing-masing takut dapat dosa kering ja termasuk la aku huhuhuhu....pakai jersi perlih dgan Malaysia cukup la kot. Antara gambaq jersi2 negara dan kelab di atas yang dilarang pemakaiannya kerana:-


Jersi Portugal - dah teserlah gambaq salib kat baju dia dan terutama kat lambang.

Jersi Barcelona - ada gambaq lambang salib kat logo kelab

Jersi Sweden- juga ada lambang salib kat logo negara

Jersi Brazil - ada lambang salib kat logo negara

Jersi Ac Milan- ada lambang salib kat logo kelab

Jersi Manchester United - ada gambaq setan kat logo kelab

Jersi Aston Villa- ada lambang penaja dari syarikat judi

Jersi Parma- dari dulu jersi parma mmg dikenali dgan lambang salib yg besaq kat jersi dia, kesian kalau ada pemain Islam kna main kat Parma, tak pasai2 kna pakai baju ni.

Jersi Everton - ada lambang penaja minuman arak gajah sondoi

Jersi Real Madrid - ada lambang salib kat mahkota di logo kelab (w'pun kecik tapi kira ada jugak la)


Yang terniat nak tulis ni sebab tadi aku nampak mamat tu pakai jersi England, w'pun takdak lambang salib tapi kat belakang jersi ada 4 titik yg menyerupai salib. Kadang2 sebagai peminat kita ni tak perasan sangat tambah2 klu lambang kecik atau ada lambang tersembunyi, dan mungkin pelbagai alasan akan diberikan oleh si pemakai dengan alasan bukan untuk masuk agama Kristian pun hanya suka2 ja, bukan nampak pun lambang tu. Tapi itu semua pendapat memasing, pandai2 la pikiaq....tepuk dada tanya sama itu hud..hud.

No comments:

Post a Comment