Hari ke 3 dan merupakan hari check out famili aku dri Hatyai. Pagi-pagi lg lepaih mangkit semua hero-heroku, kami pi sarap dekat Hamid Restoran dan menu sarapan pagi sini memang sedap jugak la, aku macam biasa makan makanan ruji dri India iaitu Roti Canai Teloq bersama Teh tarik dan wife aku order nasi lemak la , biasa la org Melayu tak kena nasik tak sah lain la cam aku yg Pan Asia nih kuhehkuhehkuheh...
Memandangkan ada lagi saki baki duit tertera gambaq Raja Siam Raja Bhumibol Adulyadej dalam walet aku jd aku sebulat suara dan sebulat badan dengan wife merangkap Bendahari ku utk memborong sedikit lagi keperluan nafsu diri. Gambaq kat ataih tu ada gambaq Rumah Urut, kat depan Lee Garden nih bercambah tempat massage cuma aku tak pi try sebab aku ni geli sikit satgi dia urut tapak kaki lekat plak cop tapak kaki aki tu kat rusuk dia hehehe geli tahap extreme. Sebelah tu dvd2 yg berbagai jenis yg halal pun ada yg haram jadah pun ada hahaha yg haram tu aku tgok ja tak beli pun yg aku beli hanya cerita katun robot siam , Amazing Spiderman utk Syakirin dan Extreamely Loud & close, ok la kualiti gambaq dia dan yg penting ada subtitle English. Kat sebelah tu Kacang Chiang Mai, sedap rasanya dan aku beli sebab kacang nih takdak jual kat Padang Besaq. Satu rm 10.00 dan rasanya cam koci tapi bersaiz besaq.Sempat senap konvoi motosikal berkuasa kuda eh silap plak...berkuasa tinggi dari Malaysia. Geng2 konvoi mmg slalu berkonvoi ke Thailand. Mungkin ada yg menarik bg depa kot hehehehe.
Di Hatyai ni kebanyakan Lif hotel takdak ditunjukkan tingkat 2, mcm kat malaysia la lif jarang ada no 4 sebab bagi kepercayaan kaum Cina ia membawa maksud 'mati', tapi kat Hatyai di sebenaqnya Tingkat dua mempunyai jalan shortcut ke neraka hahaha...bg lelaki berhidung belang tau la apa yg ada kat tingkat 2....seb baik aku hidung kembang, klu hidung belang sahih dah aku jd ahli membership tingkat 2 tu ahaks....
Selepas menempuh pengalaman baru membawa kenderaan sendiri ke Thailand, jd tibalah masanya untuk touch down bumi Perlih plak. Usai packing apa yg patut, sua tip sikit kat bell boy sebab sudi angkut barang hasil borongan yg banyak tu ke keta. Jadi kami pun berangkat la blik dengan seribu satu kenangan manis di negeri orang. Wife aku bru setel sign balik buku dan borang di kaunter Car Declaration Imegresen Thai Padang Basar utk pengesahan keluar kereta dari Thailand. Masuk Malaysia dan lg pi Emas Kerajang Duty Free bli coklat dan pi Arked Padang Besaq bli apa yg patut pastu balik makan Kenduri yg bercambah jemputan musim cuti sekolah nih. Kesimpulan yg aku boleh buat,seronok mana pun negeri org, lima bintang aku bg kat negeri sendiri. Ceepatt...nak balik rumah nak tgok Maharaja Lawak Mega yg aku terlepaih (tgok ulangan ja la)
No comments:
Post a Comment