Percutian 3 hari 2 malam aku bersama rakan2 opis ke Phuket dan Krabi pada 5,6 & 7 Julai 2013 ari tu. Perjalanan ke Phuket dan Krabi memerlukan kita buat Pasport w'pun dilahirkan di sempadan negara Thailand sebab Border Pass hanya dibenarkan pergi sampai Wilayah Songkhla sahaja. Selesai isi white card (borang yg perlu diisi bg pemegang pasport yg ingin memasuki Thailand) di CTC Bukit Kayu hitam dan tukaq duit RM ke Baht kami pun meneruskan perjalan ke Phuket yg mengambil masa kira2 7 hingga 8 jam. Memandangkan Bulan Ramadhan dah tak lama dah menjelma jadi banyak banner2 sambut kedatangan Ramadhan digantung, photo kat atas tu aku ambik kat Pekan Sadao, Pastu berenti pemeriksaan oleh polis Thai dan sempat la jugak snap lori yg ada 2 compartment tu yg mmg menjadi pemandangan biasa di sini, belah kita tak bleh, nti kna saman dgan JPJ w'pun tokwan kita nama Wan Mat Saman hahahah...apa yg aku merapu pun tak tau.
Berenti sat di stesen Minyak di Rathathum utk meruah sebelum naik highway ke Pathalung yg mmg takdak tol. Sempat snap geng2 Bikers Kentut eh silap plak...Biker Kental dari Malaysia, yg mungkin menghala ke Krabi gamaknya akibat didorong filem Biker Kental dan juga kemungkinan nak cari gadis Siam bernama Saiya Sukaphorn.....dan aku tgok muka depa pun mmg peminat filem porn hahahaha...Mmg kita sedia maklum highway belah Thailand ni takdak R&R mcm highway belah kita , tapi stesen2 minyak depa mmg menyediakan tandas yg free dan bersih serta kedai2 barang runcit utk pengguna lebuhraya nih. Selain kedai runcit dia juga sediakan mesin top up utk line Thailand dan jugak mesin jual sarung jari yg takdak kuku sebagai pelindung jari lelaki yg satu tu kalau2 terbekenan ngan gadis Thai yg banyak menawar diri utk ditiduri di sini hehehehe....
Singgahan pertama adalah di Kedai kek di daerah Trang yg nama tempat nih diambil dari Bahasa Melayu "Terang". Sini bukan sahaja jual kek tetapi juga menyediakan kedai makan muslim, surau, tandas, dan juga mesin urut kaki kot lengguh dok tekan pedal minyak. Di sini kita kena ambik maklum bahawa kalau nak makan nasik campoq, dia tak macam budaya kita, klu dekat2 dgan Hatyai ok lg sebab tak jauh dri M'sia dan depa faham budaya kita, kat sini klu nak makan nasik campoq, satu lauk dicaj Rm 4.00 dan klu tambahan lauk lain dikenakan Rm 1.50 atau Rm 2.00. Bukan apa kna ambik tau satgi tiba2 mai tang nak bayaq kna sampai berbelas ringgit, naya ja. Nak mudah makan juadah yg siap harga dia cam nasik goreng, koteaw sup, mee sup dll.
Selepas tu kita akan menysuri ladang2 kelapa sawit, pokok getah dan jugak sawah padi, sawah padi di sini kebanyakan diusahakan untuk kegunaan sendiri. Kita akan melalui daerah Pahnga atau dlm bahasa Melayu nya "Pak Ngah" dan juga antara destinasi pelancongan yg menarik kat Thailand ni iaitu Koh Lanta. Kat Thailand ni tangki2 ayaq yg kaler biru tu dan bersaiz sederhana ni merupakan pemandangan wajib kat sini dan juga ada berbagai corak.
Kalau la sesapa yg rasa takut pungkoq menanah, atau takut buasir tak kering 3 bulan ble la naik flight ke Krabi atau Phuket, sebab mmg ada penerbangan melalui Air Asia ke sini, cepat sikit berbanding jalan darat nih. Tapi kalau nak rasa dan tgok pemandangan landskap Thailand nih elok la guna jln darat. Kat atas belah kiri tu merupakan Airport Krabi dan gambaq atas sebelah kanan tu jambatan yg menghubungkan tanah besaq dan Pulau Phuket, kecik ja sungai dia. Sebelum memasuki Phuket kita kna melalui dulu Pusat Pemeriksaan Imegresen Wilayah Phuket, tapi jangan risau, kita tak payah turun pun, just lalu ja, dlm wilayah2 Thailand hanya Phuket ja yg ada Pusat Pemeriksaan Imegresen sendiri, mungkin sebab depa antara wilayah terkaya kot dlm Thailand jadi kemasukan pelancong dari dalam atau luaq kna periksa jugak.
Sesampainya di Patong,Phuket singahan pertama kami adalah di Masjid Nurul Islam utk buat Solat Jamak dan juga menjamu selera di mana banyak restoran2 Muslim berada di hadapan Masjid ni.
Restoran yg kami singgah utk nyam nyam adalah restoran org dari Pattani dan makanan dia mmg mabeles, aku order nasi goreng sefod, dan belah Siam nih dia punya tata hiasan utk makanan mmg gojes tu yg tambah selera nak makan tu, siap boh ulam daun bawang lagi. Tapi rega dia mahai sikit la dlm Rm 5.50 sepinggan. Kat sini juga disediakan perkhidmatan dobi yg dikenakan bayaran hanya rm 3.00 utk mesin basuh kecik dan rm 5.00 utk mesin basuh berkapasiti tenuk himalaya.
Hotel tempat kami menginap adalah di Aloha Villa Hotel di Pantai Patong yg tak jauh dari nadi kehidupan tumpuan pelancong dunia iaitu Bang La Road. hanya 20 langkah ja berjalan kaki. Hotel nih mmg terbaik la bg aku, bilik cantik, WiFi free hanya di ruang lobi dan kita boleh beli perkhidmatan internet jika nak guna kat bilik iaitu sebanyak RM 10.00 utk 1 jam. Memang dlm post aku mengenai bilik hotel mmg kna ada model, model tu didatangkan khas dari Sarkas Uganda Selatan tajaan Mek Som Automotive dan ubat cirit Pil Chi Kit Meon.
Peringatan aku kalau nak mai sini jgan lupa bawak International Soket sebab soket kat sini tak sama macam negara kita, nti tak pasai2 bateri hanset, tablet, kamera kong. Mai sini jgan terkena kejutan budaya plak sebab kat Phuket ni depa bang tak ikut waktu, sat sat 'bang", sat sat 'bang massage bang" hahahahaha...Sini ada jugak restoran sefod yg makanan sefod dia mmg fresh, tapi bila tgok rega lobster tu rm 30.00 utk 100 gram, kensel la, aku beli jajan perasa udang ja utk megantikan keinginan merasa makanan sefod tu, janji rasa udang sudah. Lepas mengudangkan diri aku pun berserta rakan2 gigoloku berjalan2 sambil bukak dada tanda tough w;pun hakikatnya perut pi dulu, tapi tak kesah sebab ramai gadis2 kat Bang La road manis2 belaka, tapi tgok2 sama kot2 kna gadis berhalkum plak hahaha..
Pompuan Siam nih mmg aku puji, bukan saja pandai masaj org ja, depa pun pandai masaj tiang, aku tgok sepanjang jalan Bangla Road nih, merelit habih tiang2 tu depa masaj, mmg best la depa nih.Kalau la sesapa mai sini berkeluarga, aku tak galakkan bawak budak mai sini, takut rosak budak tu nti sebab sini show2 depa open, tak sesuai la utk depa.Antara tempat hiburan femes kat sini adalah Tiger Bar, ni baru tiger show betoi selain Thai Girl show, kat sini ramai promoter akan promote kat anda tarian2 tanpa baju dan seluaq, juga ditawarkan masaj ping pong, masaj ragbi dan juga masaj bola lisut hahahah...aku pun heran jugak mcmana tempat ni dinamakan Bangla Road sebab takdak sekoq pun bangla aku jumpa selain dari aku la yg iras2 sikit nih. Yg ramai mat saleh la, tapi rupa rupanya mmg ramai pun bangla kat sini kalau kita melalui jalan di seberang pantai Patong, depa pakat dok keja jd jurujual kat bazar yg bercambah sepanjang jalan.
Pantai Patong nih penah musnah teruk dilanda Tsunami tahun 2004 dulu, dan aku tau pasai pa tempat nih kna bala dari Allah. Dikepalai Inche Bob pala tau , kami berjalan2 pusing pekan Patong nih jalan kaki, sempat singgah di Cafe Batu Keras (Hard Rock Cafe) dan Pasaraya Jungceylon Phuket mcm gambar di atas sebelah kanan. Penat berjalan kami lepak kat gerai muslim sebelah hotel yg jual sotong, ayam, sosej, fishball , jagung bakaq dll. Kat sini kalau penat nak bejalan kaki, mmg banyak perkhidmatan tuk tuk yg menawarkan khidmat beserta bayaran klu nak round2 pusing pantai Patong.
Pagi breakfast disediakan pihak hotel dan macam biasa la ,aku makan lauk saja, baru rasa cam mat salleh hehehehe. Destinasi berikutnya ke Pantai Patong, mmc cantik view pantai nih, patut la ramai mat salleh mai mandi sini, pagi2 pun dah ada dok berendam dah, apalagi pakai spek mata hitam la, kaver pandangan mata nih hauhauhau....
Dari Phuket Town nak ke Pantai Patong nih kita kena melalui bukit yg agak curam, cam bukit nak pi Wang Kelian Perlis. Dan nama tempat Patong ni diambil nama dari bukit ni la yg bermaksud "Bukit Daun Pisang". Kalau sapa2 penah sampai sini , kat puncak bukit ni ada satu kuil dan ikut kepercayaan depa sapa yg lalu situ kena bunyikan hon tanda hormat kat kuil tu. Kami singgah di Kilang Jangguih atau gajus ikut loghat Mendailing di mana kat sini kita bole beli biji jangguih yg bermacam perisa dari tomyam, bawang putih, madu, BBQ dan macam2 lagi dgan harga yg berpatutan, di sini juga kita bole merasa ayaq yg dibuat dari biji jangguin nih, sedap gak cuma bergas sikit. Kat sini juga ditunjukkan cara mcamna nak kupas biji jangguih sebelum digoreng yg mana aku terpaksa ambik alih tugasan tersebut setelah aku tertempeleng makcik tersebut sehingga pengsan selama 5 minit hanya kerana beliau mengatakan rupa aku terlalu kacak umpama Aaron Aziz .
Pastu kami menyinggah di Premium Outlet, ala shop lot yang ada berbagai jenama yg terkenal cam nike, adidas, puma, levi's dan bermacam lagi la, tempat ni pun masih baru sebab tgok masih ada kerja pembaikan dibuat. Harga barang2 kat sini agak mahal lebih kurang sama macam harga kat tempat kita ja.
Asyik singgah tempat shoping ja, apakata kita singgah tempat isi perut dulu yg keja dok nyanyi lagu Lai Krathong ja dari td. Aku n the gang makan kat satu gerai makcik muslim nih, nama kedai apa pun tak tau, yg speselnya makcik ni jual Nasi Itik...haaaaa...klu kat M'sia ada Nasik Ayam, kat sini ada nasi itik, apalagi order sorang sepinggan la w'pun bahasa kami ngan makcik tu pun cam ayam dan itik heheheheh....seronok mai tempat org nih bole merasa makanan yg lain dri tempat kita, hidangan biasa ja tapi rasa dia mmg lazat 6 kuasa kuda, Nasi tak payah dok kata apa la mmg guna beras siam yg sedap tu, dia bubuh itik panggang, sawi yg diceloq, teloq ayam dan sayoq manih halia serta ulam-ulaman yg beraneka termasuk la daun bawang.Rega dia lebih kurang RM 4.50 shj.
Lepaih tu kami pi Kilang Cetak Baju yg ownernya keturunan Indonesia dan telah menetap lama kat sini, besaq kedai dia dalam 5 pintu, ada bermacam corak yg boleh pilih dan semestinya yg popular adalah baju corak Hard Rock Cafe Phuket yg ada bermacam design dan harga dia mmg jauh lebih murah dari yg dijual di gerai2 pekan Phuket. Sebelum beli baju kita akan diberi penerangan serba sedikit oleh owner kedai yg boleh berbahasa Melayu .Seeloknya beli borong kat sini sebab kalau kita beli dlm kuantiti 10 akan diberi percuma 1. Aku beli bermacam pattern kat sini lbih kurang 20 pasang lebih utk aku anak beranak dan juga famili mak abah aku dan mentua aku. Mcm2 pattern ada cuma antara segan dgan tak ja kalau nak pakai. Merupakan salah satu destinasi wajib kalau mai ke Phuket.
Usai memperabihkan duit kat Kilang Cetak Baju kami bertolak ke Kilang Batu Permata, cantik tempat dia siap ada akuarium bela ikan lagi. Dalam tu kita akan dibawa menaiki keretapi yg mana kita akan diterangkan serba sedikit sejarah batu permata dan juga cara pembuatannya. Keretapi ni dilengkapi audio pelbagai bahasa sebab sini juga merupakan salah satu tempat kunjungan pelancong dari pelbagai negara, pelancong M'sia digalakkan pi waktu petang sebab sebelah paginya ramai pelancong dari China dan Russia.
Nak cuci mata bole la mai sini, rega satu2 barang dkat riban-riban jugak, mano ado pitih kawe, habih beli baju takdi doh. Kat sini jugak kita bole tgok para pekerja kilang memproses batu permata utk dijadikan barangan hiasan, tertarik dgan batu permata pun tertarik jugak, tapi aku lebih tertarik dgan ukiran kayu yg dibuat hiasan dlm premis nih, mmg kreatif dan memerlukan masa yg lama utk buat ukiran tu, musti mahai rega dia kan, ya la dah ukir guna kayu, klu ukir guna plastisin mungkin la murah ya dak. Sampai kat sini saja singgahan kami di Phuket dan kami bertolak pulak utk ke destinasi selanjutnya iaitu Krabi.
No comments:
Post a Comment