Jangan Clik

Monday, December 19, 2016

Bercuti ke Krabi

Eerr..lama gak la tak update blog, hehehe...lagipun takdak aktiviti menarik sgat lagi satu aku dok kalut ngan hobi satu lg, main Myclub Pes 2017 Ps4 heheheh....Ok kali ni aku nak kongsi percutian aku sekeluarga pada cuti hujung tahun ini adalah ke daerah Krabi, Thailand. Sebenaqnya perancangan ni dibuat bersama keluarga biras aku selepas trip ke Pak Bara , Satun tempoh hari sebab tgok jalan ke Pak Bara dan ke Krabi menggunakan laluan yang sama jd kami rasa tak jauh mana klu kmi travel berkereta ke sana. Bagi mana2 traveller yang ingin jimat dan pi berkumpulan cadangan aku eloklah buat pasport berkumpulan sebab pasport group ni murah sikit Rm 200.00 untuk satu group dimana minima ahli adalah seramai 5 orang dan maksima 20 org. Jadi macam aku sekeluarga 5 beranak jd cukupla syarat nak buat pasport ni, bayangkan kalau aku nak buat sorang2 pasport mau makan modai Rm 1000.00. Cuma pasport group ni hanya bole digunakan sekali perjalanan sahaja dan hanya boleh digunakan untuk ke negara Thailand dan Singapore. Peringatan utk semua, pasport group ni siap dalam tempoh 5 hari bekerja, jgn la kita nak pi esok lusa , ari ni bru pi buat, mmg takdan la. Kita kna pi buat seminggu atau dua minggu lebih awai di Imigresen.
Lagi satu kalau kita buat perancangan melancong atau bercuti ke mana2 seeloknya kita tgok dulu keadaan cuaca pada tarikh kita bercuti tersebut, ia bagi mengelakkan percutian kita jd kelam kabut sebab cuaca la ni tak menentu tambahan kalau percutian kita dibuat hujung tahun yang sinonim dengan musim tengkujuh. Kita boleh cek ramalan cuaca di tempat2 yang kita plan nak pi tu dgan apps accuweather ni. Sebab aku tulis peringatan ni kerana seminggu sebelum tarikh percutian aku ke Krabi menggunakan jalan darat, terdapat beberapa tempat di daerah di Trang, Phatalung dan Krabi dilanda banjir besar, hal ni penting sebab aku berkereta ke sana, jadi aku takut ada beberapa jalan yang ditutup akibat dari bencana alam ni. Jadi sebelum pi, mmg aku bertanya beberapa pelancong yang ke sana dan dapatkan maklumat di media masa keadaan di sana. Alhamdulilah keadaan cuaca di Krabi baik dan makluman dri geng konvoi kereta ke sana pun memaklumkan jalan ke Krabi lancar, cuma terdapat beberapa jalan ja ditutup akibat banjir tetapi bole dilalui dan ada jalan alternatif lain ke Krabi.
Ok tips untuk pemilihan hotel kat sana pun penting jugak, maklum la cuti sekolah, klu tak book awai2 mmg penuh hotel terutama di pantai Ao Nang. Saranan aku kalau nak menginap di sana carilah hotel2 yang berdekatan dengan pantai (boleh rujuk di maps di atas), sebab tempat tumpuan pelancong banyak berada di sekitar pantai. Lagi satu kalau kita book hotel yang jauh pada pantai, yg menyebabkan kita terpaksa jalan kaki agak jauh (kurang sesuai untuk pelancong dengan anak2 kecil) dan berkereta ke pantai, takut takdak parking, sbb tepi pantai mmg pack dgan kereta dan kenderaan Thailand, kalau nak book hotel yg jauh sikit pd pantai pun takpa, tp kna kluaq bajet sikit la naik tuktuk klu takmau jalan kaki, tapi mcm aku dgan anak kecik yg tak tentu waktu nak ke pantai jenuh sikit la klu nak jalan kaki dgan jarak yg jauh ataupun nek tuktuk. Masa aku pi Krabi aritu aku book di Hotel Aonang Smile Hotel di laman Agoda.com sebab tgok banyak good review dri treveller tambahan hotel tersebut terletak hanya 5 minit berjalan kaki ke pantai, dan berada di tengah2 tempat tumpuan pelancong yakni tempat shopping serta dekat dengan kedai makan halal dan yang penting harga pun berpatutan.Review tentang hotel tersebut akan aku terangkan di bawah.
Bagi pelancong2 muslim jangan risau tentang tempat makan halal di Krabi, sebab banyak tempat makan halal di sana kerana di sekitar kawasan Ao Nang ramai penduduk Muslim. Dekat pantai Aonang ni ada masjid, jadi banyak gerai2 halal ada di sekitar masjid tersebut.Kalau para pembaca nak tau lebih lanjut tentang tempat2 makan halal ni bole la rujuk maps kat atas lebih mudah. Maps tempat2 makanan halal ni aku ambik dari blogger lain untuk kemudahan semua. Credit untuk beliau.
Kalau nak ke Thailand aku sarankan bertolak la awal pagi sebab pasti akan berlaku kesesakan di Border Imigresen sebelah Thailand terutama musim cuti sekolah ni tak kiralah pintu masuk Wang Kelian, Padang Besar, Rantau Panjang, Bukit Kayu Hitam, Durian Burung, Pengkalan Hulu dan lain2 pintu masuk . Masa aku pi beratoq kat laluan Masuk sempadan Wang Kelian tu dia punya line sampai nak dekat border imigresen malaysia, sebab banyak geng2 konvoi dan bas persiaran masuk ikut situ sebab laluan dari Wang Kelian ke Krabi dekat sedikit berbanding laluan masuk ikut Bukit Kayu Hitam. Jarak perjalanan ke Krabi ikut Wang Kelian mengambil masa sekitar 4 jam 41 minit dengan jarak 288 km berbanding laluan masuk Bukit Kayu Hitam iaitu 5 jam 25 minit dengan jarak 345 km  (ikut gaya pemanduan masing2, lagi laju lg la cepat sampai). Memandangkan Krabi ni jarak dia jauh sedikit, untuk langkah penjimatan elokla kita bawak minyak spare dalam satu tong 20 liter ke sana sebab minyak Ron 95 kat Thailand harga lebih kurang Rm 2.70 seliter berbanding kat Malaysia Rm 1.90 seliter. Sebelum sampai border Wang Kelian ada satu stesen minyak Caltex, jd kepada pelancong yg mai dari luar Perlis bole la isi full tank minyak kat situ sebelum masuk Thailand. Aku ngan biras bawak satu tong tu mmg cukup2 untuk drive pergi dan balik ke Malaysia (kalau tak ronda banyak2 la ngan kereta masa kat Krabi). lagi satu makesure kereta diservis secukupnya sebelum masuk Thailand sebab kalau berlaku sesuatu susah sikit la sbb kebanyakan orang Thai kurang fasih berbahasa Melayu atau Inggeris. Tetapi jika berlaku kerosakan boleh la try telefon no ni  +666 2972 8939 abang Johari sebab beliau fasih berbahasa Thai dan Melayu ataupun anda bole dapatkan maklumat di group facebook Kumpulan Adventuring sebab ramai admin group tersebut berasal dari Thailand, jadi jika berlaku sebarang kecemasan bole la try hubungi depa. Lagi satu peringatan untuk pelancong yang bawak kenderaan sendiri ke Thailand, ambiklah insuran kenderaan yang mahal sedikit kalu tak salah berjumlah Rm 45.00 sahaja yang kaver penumpang dan juga kereta sebab saya tgok ramai yang ambik insuran Rm 18.00  sebab insuran tersebut hanya syarat sah untuk masuk Thailand sahaja dan jika terjadi apa2 kemalangan semua atas tanggungan yang empunya diri tu sendiri. Lagi satu ambik lah Insuran Kembara di mana2 ajen insuran untuk perlindungan seiisi keluarga sebab kos perubatan untuk pelancong asing adalah amat tinggi di Thailand
Setelah melewati Imigresen Thailand aku sekeluarga pun singgah sarapan di Pekan Cina, Satun. Restoran tersebut terletak di persimpangan ke Pak Bara dan berdekatan kedai 7E. Jadi lepas bersarapan tu kalau nak bawak bekalan makanan bole la beli kat sini sebab ada gerai yang menjual pulut ayam, buah, minuman dan makanan ringan kat sini. Ayaq mineral dan minuman lain juga bole didapati di kedai 7E sebelum menempuh perjalanan ke Krabi selama 4 jam.
Sepanjang perjalanan ke Krabi kita akan menempuh jalan biasa dan juga lebuhraya tanpa tol mereka yang bagi aku cukup luas, lancar dan selesa (cuma kita perlu berhati2 dengan kenderaan yang masuk dari simpang sebab ada yg keluaq terus tanpa tengok kiri kanan, jadi kita bawaklah kenderaan kita di tengah sedikit untuk bagi ruang kat depa dan juga motor). Jika terasa ingin membuang air tak usah risau sebab semua petrol pump di Thailand mmg menyediakan kemudahan bilik air yang sangat selesa dan bersih, waima stesen minyak yg terdapat di kampung2.
Sepertimana yang aku maklum di awal tadi terdapat beberapa kawasan yang dinaiki air banjir akibat hujan lebat di beberapa kawasan laluan ke Krabi , terutama kawasan di daerah Trang. Jadi sempat jugak co driver aku snap kawasan banjir dan juga pusat pemindahan sementara.
Alhamdulilah tarikh masa aku pi tu banjir dah mula surut, hujan pun dah tak turun dah jadi ada beberapa tempat sahaja yang masih digenangi ayaq bah dan hanya ada beberapa jalan utama ke Krabi ditutup. Tapi jangan risau, dengan bantuan suara navigasi jelitawan GPS Papago berjaya jugak beliau menunjukkan jalan alternatif lain ke Krabi (tak jauh mana dia bawak pusing sikit dalam pekan Trang ja, pastu masuk balik la laluan utama ke Krabi)
Setelah berpot pet pot pet dgan hero2 aku yg sepanjang perjalanan makan, mengkelai dgan main tablet ja tanpa menikmati langsung suasana kat negara org jadi sampai la kat Pekan Krabi. Ok destinasi aku adalah pantai Ao Nang yang jaraknya dari pekan Krabi lebih kurang 19 km ja. Tengok signboard teringat plak kat filem Biker Kental. Mungkin terdorong ngan filem Biker Kental kot, ramai konvoi rider2 motor berkuasa tinggi selisih ngan aku masa perjalanan ke Krabi.
Sebelum sampai ke Hotel di Pantai Ao Nang aku jalan2 sekitar Pantai Nopharat bwak anak2 aku tgok suasana laut. Rupanya banyak jugak hotel kat Nopharat Beach tapi aku suka dok kat Aonang lgi sebab ramai awek omputih mandi pakai bikini bahahahaha..... jilake ada jugak la sifat mata keranjang tu. Mula2 tu aku nak book kat Aonang Sunset Hotel sebab trip sblm ni aku menginap kat situ, tapi disebabkan Aonang Sunset Hotel takdak tempat parking keta jadi aku book la Aonang Smile Hotel yg mmg menyediakan ruang parking kereta untuk para penginap di sini walaupun tak luas mana. Selain receptionist yang peramah, pihak hotel ni jugak ada menyediakan kemudahan meminjam peralatan spt tikar, baju hujan, gogel, surf board, kaki itik, payung, topi dan lain2 untuk kegunaan pelanggan yang ingin bersantai di pantai Ao Nang.
Harga bilik di Aonang Smile Hotel ni adalah Rm 120.00 untuk tingkat 1 hingga tingkat 4 dan Rm 100.00 untuk ground floor pada musim holiday (hari biasa murah lagi rasanya). Tapi memandangkan aku booking guna Agoda.com jadi ada caj perkhidmatan dari pihak agoda, total lebih kurang satu bilik jadi Rm 160.00(aku booking 2 bilik) sebab guna USD, nilai ringgit kan jatuh jd harga caj perkhidmatan agak melambung la(hhmm..jilake macam mahai plak kan, tp nak buat gena, klu tak booking siap2 jenuh pusing cari hotel).Bilik cukup selesa, luas dan dilengkapi balkoni serta ampaian untuk menjemur pakaian yang basah selepas mandi di pantai. Hotel ini juga ada menyediakan alat pemanas air, peti ais dan seterika. Cuma siaran tv yang terhad dan juga alat kawalan penghawa dingin yang agak outdated ja menjadi kekurangan di sini, tapi aircond dia ok, sejuk. Keluar dari hotel ada satu kedai makan halal iaitu Halal Restoran di sebelah kanan, yakni deretan kedai jalan menuju ke pantai Ao Nang.
Sejenak melepaskan lelah, aku pun bergerombolan la menuju ke Pantai yang terkenal seantero dunia iaitu Pantai Ao Nang yang begitu meriah dengan pelancong dari dalam dan luar negara. (pelancong dari Malaysia bercambah). Yang cantik pantai kat sini adalah bukit batu kapur yang menyusur hingga ke laut , bot bot siam yg dipangil long tail boat yang banyak berlabuh di tepian pantai yang memberikan pandangan yang cukup mempesonakan selain pulau-pulau cantik yang terdapat kat sini cam Pulau Phi Phi, Pulau James Bond, Pulau Ayam dan macam2 pulau lagi la yang bole kita jelajahi dengan mengambil pakej Island Hoping yg rate masa aku tanya tu Rm 120.00 seorang. (banyak gerai2 yg menawarkan pakej2 ni, anda pilih ja yg mana murah dan berkenan)
Rugi rasanya kalau mai Ao nang ni kalau tak bergambaq kenangan kat Patung Ikan Marlin yg kna tarik mulut ngan nelayan sampai ternganga. Petang tu ombak agak kuat jadi anak2 aku main pasiaq kat gigi ayaq ja, sambil aku main2 mata ngan gadis2 manis omputih kat sini ppffttt....
Thailand = tomyam, tomyam= Thailand begitulah sinonimnya masakan yg terkenal serata dunia ni iaitu tomyam Thailand origin. Malam tu selepas berhempas pulas ngan ombak  jadi kami pun carilah makan malam di sekitar hotel. Lalu jumpalah warung tepi jalan ni, yang terletak betul2 berhadapan dengan K.L Guest House. Memang tak dinafikan lah Tomyam putih beliau mmg mabeles ditambah pula ngan somtam dan kailan goreng. Memang k.o tomyam tu kami belasah hahahaha.... harganya bole tahan la maklumla kawasan tumpuan pelancong, tapi sedap punya pasai tak kisah sangat pasai harga tu.
Makan tengahari esoknya bagi kami si pengunyah sejati ni kami makan di Bangboo Halal Seafood Restoran yg mana merupakan salah satu restoran halal yang banyak menghiasi dada-dada travel blog selain Restoran Lemon. Suasana yang cantik di mana meja makan dan tempat duduknya dibuat dari buluh membuka selera untuk menjamu selera di sini.selain makanan laut yang cukup fresh di mana ikan2 , udang, lobster, ketam dan lain2 semua diletakkan hidup2 dalam akuarium yang disediakan dan kita bole pilih nak yang mana. Masa aku sampai tu restoran ni buat promosi Ikan siakap 3 rasa dengan harga Rm 20.00, ok jgak la saiz ikan dia. Jadi masa makan tu terjadilah satu insiden di mana mat salleh tu buka pintu teksi tak tengok belakang, jadi sebijik keta telah terlanggaq pintu teksi tu menyebabkan side mirror keta yg langgaq tu tercabut, jadi untuk iktibar memandangkan jalan di sekitar Ao Nang ni sempit (sebab banyak kenderaan parking tepi2 jalan) jadi beringatlah kalau nak buka pintu keta tu tgok ada kenderaan lalu lalang tak sebelum pintu dibuka untuk mengelakkan perkara yg tak dingini berlaku terutamanya di tempat orang.
Selain pantai Ao Nang di sekitar Pekan Krabi juga ada beberapa tempat menarik tumpuan pelancong, salah satunya adalah statue gangsa ketam nipah ni di tepi sungai Krabi. Mungkin ramai berangapan nama Krabi ni diambil dari nama menatang ketam ni dlm bahasa omputih iaitu 'Crab" jd 'Crab' 'bi' sebenaqnya bukan , asal usul nama Krabi adalah dari sejenis pedang melengkung berasal dari wilayah ini iaitu "Krabi" atau "Ghraibi" dalam bahasa Melayu, dimana wilayah2 selatan Thai ini asalnya wilayah kesultanan Melayu.
Berdekatan tugu ketam tersebut terdapat juga pakej menaiki bot menyelusuri tempat2 menarik sepanjang sungai Krabi ni. Bayaran yang dikenakan adalah Rm 50.00 untuk kami 9 orang. Anak2 aku cukup teruja naik bot panjang sambil menikmati panorama hutan bakau dan monyet2 gigolo tempatan.
Antara tempat singahan tour bot sungai Krabi ni adalah di Gua Khao Khanapnam. Di sini kita kna bayaq duit tiket kat makcik yg jaga gua ni di kaunter tiket di mana bayaran yang dikenakan adalah rm 3.00 utk dewasa. Apa yang menarik di gua ini adalah kalau kita masuk ke dalam gua kita akan dapat tengok patung2 jepun zaman dahulu yang pernah menjadikan gua ni tempat singahan mereka. Di luar pintu gua pula terdapat penemuan arkeologi rangka manusia yang dipercayai berusia 43 000 tahun.
Selepas tu singahan seterusnya adalah ke kolam ikan dan restoran terapung di perkampungan nelayan Koh Klang yag mana majoriti orang sini adalah Muslim. Kami dipertontonkan dengan aksi manja penternak ikan sangkar yang beri makan ikan  dipelihara dalam sangkar terdiri dari spesis siakap, aruan tasik dan juga ikan pecah periuk atau nama saintifiknya rock grouper.Untuk menikmati lagi suasana restoran terapung dan perkampungan nelayan boleh la kita memesan minuman atau makanan di sini untuk rasa angin sungai paya bakau. Kat sini juga ada dijual cenderamata kraftangan buatan penduduk sekitar kampung ini yang rata-rata penduduknya bekerja sebagai nelayan.
Unik-unik lampu isyarat di Pekan Krabi ni, ada bentuk naga la, bentuk orang zaman batu la. Tak jauh dari dataran tugu ketam tu terdapat pasar malam utama pekan Krabi. Nak ke pasar malam tu tak susah, dari dataran tugu ketam tu straight ke Siam Bank, di persimpangan Siam Bank ambik kanan, pastu jumpa lampu isyarat ada org zaman batu tu, kona kiri haaaa... dalam 10 meter nampaklah pasar malam Krabi yang terletak di Jalan Maharaj, dibuka jam 6.00 petang hingga tengah malam dari ari Jumaat hingga Ahad. Tapi yang susah sikit adalah nak cari tempat parking, kna pandai2 la cri ruang parking mana yg kosong di sekitar kawasan tersebut.
Jadi mana-mana pelancong yang nak beli souvenier kenang kenangan aku nasihatkan mai la beli kat Pasar malam Krabi ni, sebab utamanya murah dan banyak pilihan berbanding di Pantai Ao Nang yang agak mahal harganya. Dari live traditional music band, minuman , makanan kulineri tempatan, pakaian, cenderahati, gadis2 manis,mainan dan berbagai lagi terdapat kat sini.
Terserempak ramai jugak la pelancong dari Malaysia mai shopping kat sini. Terdapat jugak penjual yang boleh berbahasa Melayu dan peniaga2 makanan muslim. Bagi pengemar makanan laut kat sini juga ada dijual dari siput, tiram ,ketam, udang dan ikan bakar, maklumla Krabi kan dekat ngan laut jadi mewahla dengan hasil laut. Selalunya kita kenal ngan Kain Batik Jawa tapi kat sini ada juga kain Batik Siam, ble la klu nak beli dan pelbagaikan fesyen baju yang ada.Apa yang pasti saya syorkan anda try smoothy buah-buahan yang macam2, bole campoq, ada yg campoq ngan oreo, susu kocak, klu nak anda nak try, try la smoothy campoq buah nenas, buah naga merah ngan epal hijau...mmg sedap , harga dia Rm 4.00 ja.
Berhadapan pasar malam Krabi ni terdapat satu restoran halal iaitu Abdullah halal Food, ble la klu penat berjalan2 pusing pasar malam mai menjamu kat restoran ni.
Malam last sebelum bertolak balik ke malaysia esoknya, kami jalan2 santai gerai sekitar pantai Ao Nang, perabih saki baki Bhat yang ada. Macam-macam ada dan dijual di sini dari beg, baju, makanan, minuman, farmasi, money changer, tempat masaj dan lain-lain. Kat sini juga kita bole beli tiket feri ke Phuket yg mana harga tiket tu tak pasti plak berapa.Ok kalau kita ke mana2 destinasi di Thailand pasti banyak pusat masaj disediakan, dan akan ada promoter yang akan pujuk anda utk menggunakan servis mereka, kalau anda tak mau tolakla dengan cara elok, sbb terjadi satu kes mlm tu ada satu tourist wanita dari India klu tak salah bercakap agak kasar dengan promoter wanita Thai ni masa urusan tawar menawar perkhidmatan masaj,jadi berlaku la sedikit perselisihan faham hingga melayang kerusi plastik tp seb baik takdak perkara yg lebih buruk selepas ditenangkan oleh org ramai, tourist tu pun blah dan promoter tu pun terpaksa kutip balik kerusi yg dia baling tu hahahaha...dia ingat royal rumble ka tibai pakai kerusi....
Satu lagi juadah kuliner terkenal kat sini adalah Pancake Krabi, tertutama di gerai kak Yaminlah. Tapi memandangkan gerai kak Yaminlah terletak di Pantai Nopharat, malaih plak aku nak pi cari. Sebenaqnya banyak lagi gerai-gerai jual pancake Krabi kat sekitar Pantai Ao Nang ni. Pancake Krabi ni aku tgok lebih kurang cam roti canai belah kita ja, cuma yang sedapnya dia letak bermacam2 perisa ataih pancake ni, rekemen aku try la pancake perisa pisang, cheese dan nutella. Sedap.. dengan harga Rm 5.00 sekeping.
Bagi pengemar2 kopi rugi rasanya kalau mai sini tak cari kopi ni, Arabus yang boleh didapati di kedai 7E dengan harga Rm 2.90. Ada perisa Mocha, Latte dan Karamel. Kesukaan aku adalah Latte dan Karamel, mmg mantap.
Bergambar kenang-kenangan sekeluarga di hotel sebelum bertolak balik. InsyaAllah kalau umur panjang, diberi kesihatan yang baik dan nilai ringgit stabil kami akan kembali ke sini hehehehe....
Biras aku ajak mai makan kat sini sebab dia kata lama tak makan nasik lauk campoq semenjak mai sini hahahaha....Restoran Silmee ni menyediakan lauk pauk campur pelbagai hidangan tapi yang menarik perhatian aku adalah kulat sisir masak lemak cili padi, agak rare la nak jumpa kulat ni sekarang, klu ada pun harga bole tahan mahal, merasa jugak la makan kat Thai dah payah jumpa kat Malaysia. Gerai pulut ayam depan restoran ni mmg terbaik ayam gorengnya, aku beli 4 ketoi habuan bekal makan dalam keta on way balik Perlis. Masa balik kami singgah beli Nenas di gerai2 nenas yg banyak terdapat di sepanjang jalan berdekatan persimpangan ke Koh Lanta. Manis nenas dia sesuai buat jus. harga dia ikut saiz.
Sempat jugak la aku coret sikit2 suasana Pantai Ao Nang dalam buku sketch aku, saja buat kenang -kenangan mai kat sini.
Sori la kalau post aku mmg banyak gambaq sebab bagi aku "picture is a story without word" jadi sekian dulu untuk post Liburan aku ke Krabi kali ini. Sekian ,terima kasut ...ehh silap...terima kasih hehehehe....

43 comments:

  1. Salam tuan, saya ada baca post tuan yang lama-lama dulu. boleh tuan jualkan pada saya karya tok akira (cashman, budak naga, neko majin dll). dan juga slamdunk kalau tak keberatan :) terlalu lama mencari. boleh msg/whatsapp saya di 019 7754836 atau email ke harris@utem.edu.my..atau tuan berikan email/phone tuan pada saya, saya akan contact tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh maaf tuan, komik2 tersebut merupakan koleksi peribadi saya, saya belum berniat untuk menjualnya, maafkan saya sekali lagi.

      Delete
    2. oh, ok saya faham. Sekiranya tuan mahu menjualnya, sila offer pada saya sebelum mengiklankannya. Saya sedia membalinya ye tuan. terutama karya akira toriyama :). Terima kasih tuan

      Delete
  2. Ok juga cuti2 kat krabi ni makan pon senang.😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya best sangat klu bercuti kat krabi, bukan saja pantai ngan pulau2 pun cantik, makanan2 thai pun sedap yg penting senang cari makanan halal

      Delete

  3. *JOM KE SABAH 2017*

    TIPS PERCUTIAN MURAH KE SABAH!!!
    Mari Bercuti Ke Sabah.... 2017

    Tel : 0129600702 / 0163751978
    Assalamualaikum Tuan Puan...
    Bercuti la ke Sabah....!!
    Kami bersedia mempermudahkan segala urusan percutian anda di sini...

    Kami menyediakan Kereta sewa pandu yang murah, baru dan berkeadaan baik..

    a) Nissan Urvan RM250 sehari
    b) Toyota Innova RM230 sehari
    c) Toyota Avanza RM170
    d) Nissan Grand Livina RM180
    e) Proton Exora RM160
    f) Produa Alza RM150
    g) Toyota Vios RM180
    h) Proton Saga Flx RM120
    i) Produa Myvi RM120
    j) Produa Viva RM100
    k) Proton Waja RM120
    l) Proton Preve RM160
    m) Toyota Land Cruser Super King RM900
    n) BMW X5 RM900
    o) FJ Cruiser RM500

    * Harga di atas adalah minimum sewa
    untuk 3 hari ke atas...
    * Penghantaran kereta percuma ke
    Airport dan tempat penginapan.
    * Kadar harga lebih rendah untuk sewa
    secara bulanan.

    Kelebihan yang anda dapat apabila megambil kereta sewa kami adalah :

    1. Pilihan Homestay dan Hotel dengan harga
    istimewa daripada kami bermula harga
    RM68 dan ke atas di Kota Kinabalu dan
    kundasang...

    2. Homestay Condominium Marina Court di pusat bandar Kota Kinabalu hanya pada harga Rm300 semalam!!!

    3. Pemandu Pelancong..
    Sekiranya anda ingin perlukan pemandu sepanjang percutian kami menyediakan pemandu berpengalaman dan mahir dengan tempat2 percutian menarik di Sabah... upah bagi pemandu kami adalah RM100 untuk 12 jam sehari...

    4. Harga istimewa ke Pulau Manukan , Sapi atau Memutik..
    Sekiranya anda memilih perkhidmatan kami, kami akan memberikan anda harga istimewa RM25.00 sahaja seorang utk tambang bot dan Percuma SET SNORKLING & life jacket ( harga utk 1 pulau sahaja).. harga tidak termasuk Jetty Fee dan Island Fee...
    Kami juga memberikan harga istimewa untuk Water Sport berikut:
    * Banana Boat RM30 (15 mnt)
    * FlyFish RM60 (15 mnt)
    * Parasailing RM55 (15 mnt)
    * Jetski RM140 (30 mnt)
    * Sea Walking RM150 (30 mnt)

    5. Harga istimewa untuk melihat Proboscis Monkey dan Fireflies... Klias Beaufort..
    Harga RM45.00 adalah termasuk tambang menaiki bot, Hi Tea dan Makan malam...

    6. Perkhidmatan tempahan tiket penerbangan (Tambang Murah) juga disediakan
    *Screenshot iklan ini sebagai voucher Diskaun dan whatsapp ke nombor di bawah*

    Hubungi kami
    *0129600702 (Whatsapp/Call)*
    0163751978 Call


    ReplyDelete
  4. Replies
    1. hahaha...conteng2 habiskan masa terluang ja

      Delete
  5. Saya berpeluang ke Krabi Mac lepas and it is a wonderful place! Kami tengah plan untuk pergi ke sana lagi.

    Yang paling tak boleh lupa, confirm la penkek dan padthai! Sedap weh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mmg best kat sana, selain pantai ngan pulau yg cantik, makanan2 thai pun sedap.

      Delete
  6. Assalam tuan.Kalau gelen minyak tu letak dalam kereta tak berbau ke satu kereta? Maaf bertanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbau juga kalau kita tak balut dengan betul2. kalau guna tong khas utk petrol insyaAllah takkan berbau, kalau guna tong biasa pastikan balut dua hingga tiga lapis plastik.

      Delete
  7. tuan, yang makan di restauran terapung tu di Bandar Krabi ke Ao Nang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Restoran terapung tu tuan kna ambik bot dekat Bandar Krabi nanti dia akan bawa pi perkampumpungan nelayan tempat restoran terapung tu.

      Delete
  8. tuan, kalau kita first time nak bawa kereta ke krabi seeloknya guna GPS apa ya? pakai line internet maxis dari malaysia ni boleh ke sbb kita da terbiasa pakai waze. takut sesat pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai GPS papago pun dah ok. Dekat Thailand takleh pakai line kita dah bang, takdak liputan. Kalau nak pakai waze kna beli simkad Thai yang ada pakej data internet kat kedai 7e di belah Thailand.

      Delete
  9. salam tuan,just nakkan kepastian boleh ke kita bawa dua biji kereta ke thai tapi dua2 kereta atas nama saya.ade yg mengatakan tak boleh masuk 2 biji kereta atas nama dalam geran orang yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, rasanya takdak masalah kalau dua biji kereta atas satu nama, yg penting semua dokumen lengkap.

      Delete
  10. Best betul baca pengalaman anda berkereta ke Krabi dengan keluarga... teruskan dengan coretan yang seterusnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah, InsyaAllah kalau ada tips2 percutian yg lain saya akan update dalam blog ni.

      Delete
  11. Kami sekeluarga nak ke krabi sabtu-isnin ni dengan berkereta juga. Terima kasih atas coretan tuan yang menarik. Untuk panduan nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, terima kasih sudi singgah, selamat berholiday tuan.

      Delete
  12. Apa dokumen yg perlu dibawa kalau bawa kereta sendri ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salinan geran kenderaan, borang car declaration ke thailand dan insuran thailand.

      Delete
  13. macam best je Krabi ni. pernah plan, tapi tak tahu bila plan nak ke sini. thanks for the info! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best Krabi, banyak tempat2 menarik kat sana, makanan pun sedap.

      Delete
  14. Salam boss. Tanya sikit, kalau plan g krabi bulan december ok ke tak ye? Risau pulak time tu musim tengkujuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan try rujuk laman Accuweather tarikh tuan nak pi tu, sebab bulan Disember ni kadang2 kena musim hujan, takut kalau kena musim hujan ni dua benda ja, satu takut banjir di laluan nak ke Krabi lagi satu takut tak bole buat aktiviti island hoping sebab ombak laut kuat pada musim hujan, nak ke mana2 pun susah sebab hujan.

      Delete
  15. salam boss..nak tnya sikit pasal standby minyak dlm tong tu..lepas ke?takut diorg check pulak..cadang nk pi sana cuti bulan 3 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam...pasal tong minyak spare tu jangan risau polis atau kastam thailand takkan kacau sbb dia tau harga minyak kat thai mahal.

      Delete
  16. NAK TANYA.. MAHAL TAK MAKAN DEKAT RESTAURANT TERAPUNG TUU?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak mahal, harga masih berpatutan lagi, bole la try

      Delete
  17. Hallo para pecinta poker online nih aku mau kenalin agen poker online terbaik DNAPOKER
    Hanya Dengan Minimal Deposit Rp 10.000,- kamu Sudah Bisa Menikmati Semua Permainan Dalam 1 user id loh .
    * POKER
    * BANDAR CEME
    * OMAHA
    * SUPER TEN
    * DOMINOQQ
    * CAPSA SUSUN
    * CEME KELILING

    Dapatkan juga bonus-bonus menarik dari kami yaitu :
    - Bonus new member 30%
    - Bonus Deposit Harian 10%
    - Bonus TurnOver mingguan Up To 0.5%
    - Bonus TurnOver Bulanan Up To 0.5%
    - Bonus Refferal Seumur Hidup

    Jadi tunggu apalagi, Ayo bergabung dan Download aplikasinya sekarang juga di hp kamu.

    Link Altenatif kami :
    www.dnapoker.co
    www.dnapkr.net
    www.dnapkr.com

    WA : +85586392773
    Line : dnapoker
    Wechat : dnapoker
    BBM : E33FF559

    ReplyDelete
  18. Aslkm tuan sy nk tnya 15.12.ni sy ada trip nk ke krabi mengguna kan passport group dan mengguna kan kereta 2 buah semasa check point malaysia nnti passport group berada dgn sy ,dan untuk kenderaan sebuah lgi mcm mna ya adakah diorang akan tnya passport group jga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, nanti di imigresen msia, klu bole kereta lg satu follow kereta tuan, peg emigresen akan cek kereta tuan dahulu, apabila dia selesai memeriksa semua penumpang dlm kenderaan tuan ada, dia akan suruh tuan jalan tp pasport group tu peg emigresen akan pegang utk cek penumpang kenderaan kedua pulak, kalau semua cukup peg. Imegresen akan serahkan pasport group tu kepada kenderaan kedua.

      Delete
  19. Ok trm ksih tuan info tuan terbaik...

    ReplyDelete
  20. yuk guys..., kami dari Agen poker terbaik dan agen poker terpercaya ingin mengajak kamu bergabung di DNAPOKER.

    jackpot dan withdraw selalu menantikan kalian guys.Dengan modal yang sangat terjangkau sudah dapat bermain di semua permainan ^_^
    ♠ Ceme
    ♣ Poker
    ♥ Capsa
    ♦ DominoQQ
    ♠ Omaha
    ♣ Super Ten

    Adapun bonus-bonus yang kami berikan untuk para pecinta poker Indonesia
    ♠ Bonus New Member 20% max bonus Rp 300.000,-
    ♣ Bonus setiap Deposit 5% max bonus Rp 100.000,-
    ♥ Bonus Cashback rollingan 0,3%
    ♦ Bonus Refferal 15% ( Seumur Hidup )

    ♠ Minimal Deposit Rp 10.000,-
    ♥ Minimal Withdrawal Rp 30.000,-

    So tunggu apa lagi segera daftar agen poker terbaik dan agen poker terpercaya ---->>> DNAPOKER

    Untuk info lebih lanjut dapat Hubungi Livechat kami Atau :
    WA : +8558692773
    BBM : E33FF559
    Wechat : DNAPOKER

    link alternatif kami :
    www.dnawin.net
    www.dnawin.co
    www.dnapoker.com

    ReplyDelete