Cuti sekolah akhir tahun aritu aku sefamili cuba menikmati hawa sejuk tanah tinggi di Tanah Rata Cameron Highland dalam musim timur ni sebab nak pi Cameroon kat benua Afrika tu tableh jadi pi Cameron dah la memandangkan nama tempat dah seakan-akan nak sama dah hihihi..., dengan suhu sekitar 14 darjah celcius hingga 17 darjah celcius mmg suhu kat sini berjaya buat aku kencin kerap hahahaha.... Sebelum2 ni kalau ke Cameron aku selalu menginap di Brinchang tapi kali ni aku cuba menginap di Tanah Rata plak.
Kali ni aku menginap di Homestay Puan Laili iaitu di Perumahan Makmur Cameron Jaya, Jalan Tengkolok, Tanah Rata. Rumah yang cantik dan selesa sebab baru siap bulan Julai 2017 aritu. Harga semalam di sini waktu cuti sekolah RM 250.00, kalau waktu lain mungkin ada rate lain. Selain rumah yang luas, parking pun mudah, ada lif, ada saluran astro Njoi, dan yang penting ada water heater, klu takdak beliau mmg kecut habis apa yg ada sebab air sejuk sangat kat sini, tambah2 waktu pagi. Yang takdak kat situ cuma aircond ja, gilo nak boh aircond, dlm takdak aircond pun aku tidoq guna selimut tebal 2 lapis cam beruang berhibernasi lagaknya, tapi kipas ada cuma tak penah on ja. Kalau sapa2 berminat nak stay sini bole cuba hubungi atau wasap Puan Laili yang cukup peramah di talian 013-9744118.
Sebelum tu dah ribut2 di laman sosial berkaitan kesesakan lalulintas yang terjadi di Cameron Higland dalam waktu musim cuti sekolah ni, jadi aku ambik keputusan untuk bertolak awal pagi dari perlis untuk mengelakkan kesesakan yang tak best tu dan berjaya gak aku sampai kat sini awal sebab tak kena jammed.
Memandangkan aku sampai awal dari waktu check in jadi aku sefamili melepakkan diri sambil makan2 dekat Taman Pertabalan Tanah Rata bersebelahan Terminal Bas.
Taman Pertabalan ni cukup lengkap untuk famili bersama anak2 kecil beriadah, dah la hawa nyaman, pemandangan pokok2 bunga yg cantik, ada taman permainan kanak2, bilik meruah (bilik air), pondok rehat, air sungai yg macam kat Switzerland (bukan Swaziland ya sbb tu negara kat Afrika) dan juga permainan untuk kanak2 yang bole disewa spt basikal dan permainan buih sabun fab.
Selepas mengecheck in kan diri dan sembahyang lohoq kami pun bertolak ke Cameron Valley Tea House 2 di jalan menghala ke Ringlet.
Tempat yang luas dan pemandangan ladang teh yang cantik membuatkan tempat ni menjadi tumpuan para traveller untuk singgah mengeteh dan juga bergambar manja.
Hidangan yang disediakan di sini hanya makanan cemil-cemilan untuk dikunyah bersama teh keluaran Cameron Valley Bharat plantation seperti donat, ais krim , kek dan juga hidangan pastry yg lain.
Di tepi kafe Cameron Valley tu terdapat tangga yang menghubungkan kafe dan kawasan ladang teh yang cukup mempersonakan dengan hamparan daun hijau pokok teh untuk dinikmati pengunjung.
Mengambil gambar berlatarbelakangkan pemandangan ladang teh yang luas terbentang ini menjadi perkara wajib untuk pengunjung yang datang kesini.
Selain kafe yang menyediakan juadah teh dan kulineri lain, kat sini jugak ada disediakan kedai menjual produk2 keluaran Cameron valley yang kebanyakan berteraskan teh, dan harganya cukup murah berbanding tempat lain.
Pada tahun 2017 Pasar malam Cameron Highland telah dipindahkan dari Brinchang ke Sungai Ruil. Tak jauh mana pun, dia terletak di antara jalan dari Brinchang ke Tanah Rata dimana pemindahan tersebut dibuat majlis daerah untuk mengelakkan kesesakan yang sering terjadi dalam waktu cuti sekolah dan cuti mingguan. Pelbagai sayur-sayuran, buah-buahan, cenderahati dan makanan terdapat di pasar malam ni dan merupakan salah satu tempat yang wajib dikunjungi jika ke Cameron Highland. Pasar malam ini dibuka setiap hari dalam musim cuti sekolah dan kalau waktu biasa dibuka hari Jumaat, sabtu dan ahad. Dari homestay tempat tinggal aku ada jalan shortcut ke pasar malam ni iaitu dengan melalui Jalan Tengkolok, jalan ni juga boleh dijadikan laluan alternatif untuk mengelakkan kesesakan di jalan utama Tanah Rata ke Sungai Ruil.
Tanah Rata merupakan pekan terbesar di Cameron Hingland, kerana terdapat pelbagai shoplot, bank2 utama dan juga pejabat2 kerajaan kat sini. Untuk mencari juadah makan di pekan Tanah Rata pun tak susah sebab terdapat banyak medan selera selain restoran2 persendirian yg ada di sini, antara medan selera yang sering dikunjungi org ramai adalah medan selera yang terletak bersebelahan Terminal Bas Tanah Rata dan medan selera lama berhadapan Ambank. Macam aku sekeluarga yang menginap di homestay bab makan ni takdak masalah sebab bole masak sendiri tambahan nak dapatkan bekalan sayur-sayuran cukup heaven kat sini maklumlah Cameron kan pusat tanaman sayur-sayuran, makanan basah lain mcm ikan, daging dan ayam bole didapati di Pasar Basah Tanah Rata bersebelahan Hotel Bird Nest, selain itu barang2 mentah yg lain juga boleh didapati di kedai2 runcit yang banyak terdapat di pekan Tanah Rata ni.
Selain tempat2 tumpuan pelancong yang lain di Cameron, di Tanah Rata juga terdapat tempat tumpuan pelancong kalau ke Cameron Highland iaitu di Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highland yang terletak di jalan ke Hospital Cameron Highland.
Tiket masuk ke taman agro ni adalah Rm 5.00 untuk dewasa dan Rm 2.00 untuk kanak2
Kat sini banyak spot-spot bergambar yang menarik untuk diabadikan dan menerima cukup ramai pungunjung dalam musim cuti sekolah ni.
Selain landskap tanaman bunga yang beraneka jenis dan warna kat sini juga ada ladang stroberi dan kafe yang menghidangkan produk berasaskan buah stoberi spt ais krim, puding dan juga buah stroberi bersalut coklat.
Harga ais krim stroberi ni Rm 4.00 ja seunit. Jika ke Cameron Highland tak sah la kalau tak pekena buah stroberi yg bercambah kat atas ni, klu sapa2 mai sini tak menikmati buah stroberi dia umpama masuk jamban untuk kentut ja tanpa berak hahahaha... cam hanat ja perumpamaan tu.
Di sini juga terdapat ladang2 sayur sayuran yang pelbagai jenis dari tomato, kobis, sawi, bunga kobis, brokoli dan macam2 lagi. Pssttt...jangan maklum kat bini aku yg aku tangkap gambaq dia sekerat ja pppffttt...
Terliur plak tgok sayur brokoli ni, tapi ni kecik lagi kalau dah besar dia punya rupabentuk macam rambut Fellaini Manchester United hahahaha.....
Ok ni aku taktau buah apa, antara tembikai atau labu tapi yg aku tau kalau buah tu jatuh atas kepala anak aku konfom benjol kuasa dua kihkihkih....
Kat Taman Agro ni jugak ada display peralatan membuat serbuk teh dari zaman dulu dan ada peralatan tersebut yang masih digunapakai hingga ke hari ini.
Ladang teh kat sini tak besar mana tapi sesuai la untuk bergambar sambil meruah kentut sekali sekala sebab orang tak ramai kat sini hahahahaharuumm..bau dia.
Dalam musim cuti persekolahan ni Mardi juga menyediakan gerai2 jualan beraneka jenis makanan untuk2 pengunjung di sini menjamu selera selepas penat pusing2 tempat ni yg agak luas skala hektarnya.
Memandangkan Kea Farm Brinchang agak jauh sikit dari Tanah Rata dan selalu jammed kat sini jadi awal2 pagi on the way bertolak balik tu aku singgah sat kat sini untuk beli ole2 balik Perlis macam sayur2 an dan buah stoberi jadi tak la layu sangat kalau bwak balik nti.
Kita sedia maklum Kea farm ni merupakan antara titik kesesakan di Cameron ni iaitu jalan dari Tanah rata ke Brinchang dan juga jalan dari Kg Raja ke Brincang sebab ramai dok cari parking nak singah ke Kea Farm ni, memandangkan musim cuti sekolah ni polis trafik akan mengeluarkan saman kepada mana2 kenderaan yg parkir di tepi2 jalan, kalau ampa semua nak cari parking kat sini, kat sini ada disediakan parking iaitu berdekatan Kea garden Guest house dimana parking yang disediakan adalah parking bertingkat cuma nak masuk sini tu kena tempuhi dulu la org ramai yg lalu lalang kat market tu. Nak mudah parking ja dekat Raju Strawberry Farm dengan bayaran masuk Rm 20.00 habis cerita.
Sayur2an pelbagai jenis ada kat sini, pendapat aku beli la sayur yg siap paket tu kalau nak bawak balik, ada yg 7 paket Rm 10.00 dan ada yg 10 paket Rm 10.00, pandai2 cari la. Mai Cameron 3 hari berak pun dah kaler hijau dah sebab keja dok kedarah sayoq ja hahahaha.... (mintak maap la kalau ada yg dok tengah makan sebab mmg aku sengaja pun kakakaka..)
Ok last but not least perkara wajib yang ampa kna try kat Kea Farm adalah aiskrim stoberi ni, ada yg batang dan ada yg cup, yg batang ni harga Rm 5.00 seketoi dan cup Rm 6.00. Memang mabeles eskrim dia sebab ia dibuat dari yoghurt dan ada slice dari buah stoberi tu la mampu mengklimakskan anda pabila mengokak aiskrim tersebut. Sekian, salam sejuk dari Cameron ( diulangi Cameron ya bukan Cameroon negara Eto'o tu)
saya pun akan bercuti menginap di Cameron jaya juga...harap2 percuti di cameron berlangsung dengan jayanya.
ReplyDeletesemoga semuanya selamat dan selamat bercuti
DeleteNak tanya awk beli aiskrim tu kt mne
DeleteDi gerai area Kea Farm
Deletehahahha lawak la hg punya ceqita. tak sabaq plak nk pi Cameron!!!
ReplyDeletehahaha..saja saya selit sikit lawak, bg ilang ngantuk bila baca blog ni sebab bukan apa pernah jadi kes pembaca tertidur sampai mengigau sebut pisang 14 kali tanpa henti hahahaha....
Deletesalam encik.kalau nak book apartment ni,seeloknya brp lama sblm menginap?
ReplyDeletewaalaikumussalam, dia bergantung pada tarikh bila puan nak pergi bercuti kat sana. kalau tarikh percutian jatuh hari kelepasan am atau cuti sekolah elok booking sebulan sebelum pergi. Kalau tarikh percutian pada hari biasa seminggu atau dua minggu pun dah ok klu nak tempah bergantung pada kekosongan.
DeleteNak mintak nombor
ReplyDeleteNo apa bos? Kalau no tel homestay tu saya ada mention dlm blog saya tu
DeleteASSALAMU ALLAIKUM …………. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!! SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN
ReplyDeletePERKENALALKAN KAMI DARI TIARA TOURS INDONESIA, KAMI ADALAH AGENCY PELACONGAN YANG BERLICENSED AND PROFESIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MURAH KE DANAU TOBA, MEDAN, SAMOSIR ISLAND, DAN TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.
PAKEJ LAWATTAN LAINYA TERSEDIA ; SEPERTI PAKEJ TOUR KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA, BANDUNG, YOGYAKARTA, BALI ISLAND, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MANADO, TORAJA DAN PULAU NIAS .
PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.
DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
TAK ADA EXTRA BAYAR.
TAK ADA TIPU – TIPU !!!
HARGA PAKEJ 04 HARI / 03 MALAM MYR : 380 (10 ORANG )
HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 275 (10 ORANG )
BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
TIARA TOURS INDONESIA
JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
TAX NO : 36 555 970 7 122 000
TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
HP / WA +6281383535091
HP / WA +6285358982828
HP / WA +6285762820068
TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI
Terima kasih sudi singgah blog naif saya.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHORAS …!! HORAS …!!! HORAS … !!!
ReplyDeleteAYO LIBURAN KE DANAU TOBA & KOTA MEDAN
Paket wisata liburan ke DANAU TOBA kami design Spektakuler, Berkualitas, Informatif dan Team Tiara Tours Indonesia senantiasa memberikan pelayanan prima, ramah dan santun.
Sepanjang perjalan wisata anda ke Danau Toba anda akan terpesona melihat eksositas alam Danau Toba, Kebudayan Batak Toba dan merasakan udara segar di Berastagi serta nikmatnya kuliner wisata di Kota Medan. Sepanjang perjalana menuju objek wisata, pemandu wisata Tiara Tours Indonesia akan menginformasikan sejarah terbentuknya Danau Toba, Kebudayaan Batak Toba, Cerita Rakyat Lagenda Danau Toba dan memberitahukan berapa KM jarak anda saat di Danau Toba ke tempat domesili anda serta diselingi dengan jokes –jokes yang membuat perut anda kocak, ketawa ketiwi.
Fasilitas bus yang kami berikan lengkap FREE WIFI, FULL MUSIC/ KARAOKE sehingga perjalan wisata anda akan terasa homely.
UNTUK PEMESAN DAN INFORMASI HARGA PAKET WISATA
Hubungi Tiara Tours Indonesia
Jl. Panglima Denai No. 76 Medan
WA // +62 813 8353 5091
WA // +62 857 6282 0068