Jangan Clik

Tuesday, August 13, 2019

Contoh surat permohonan pembatalan pinjaman rumah LPPSA

Sebelum kita menyentuh tentang surat pembatalan pinjaman perumahan LPPSA ni aku nak menyorot sedikit sebanyak permulaan cerita sebelum tindakan pembatalan ni dilakukan. Ok rumah yang aku beli ni adalah rumah PPA1M pertama kat Perlis, rumah double storey dan ditawarkan pada harga RM 238,000.00. Bagi rakyat Perlis harga tu mmg cukup murah sebab pada masa tu(sekitar tahun 2016) harga rumah double storey paling kurang berharga Rm 289,000.00.(harga rumah kat Perlis mahal dikatakan sebab tanah harga mahal dan kebanyakannya tanah sawah yang perlu ditambun tanah menyebabkan pertambahan kos).Tapi yang leceh sikit jarak taman perumahan ni agak jauh dari Kangar, iaitu di Padang Besar, dgan jarak 27 km atau setengah jam perjalanan dari Kangar. Tapi tu la aku masa tu kalut sbb tengok harga rumah murah, terus apply PPA1M  dan akhirnya lulus. Ok ni ada satu tips kalau hampa nak apply rumah PPA1M (sekarang ditukar ke PPAM), hampa apply lot rumah yang bilangannya banyak, selalunya rumah lot intermediate, jangan apply rumah corner lot atau Semi D sebab jumlah dia sikit dan membuatkan hampa terpaksa bersaing dengan pemohon lain dan waktu kelulusannya ambik masa, bila dah lulus hampa bole deal dgan pemaju nak ambik lot mana, macam kes aku, aku mohon lot intermediate pastu aku deal dgan pemaju ambik corner lot, tapi kena tambah duit sikit la jd rumah tu berharga Rm 310,000.00, bincang punya bincang kami setuju dgan harga tu memandangkan pemaju pun cakap tanah tepi tu luas sampai bole buat rumah sebijik lagi. Setel segala urusan, jadi kami pun hanya menunggu waktu dapat kunci ja. Dipendekkan cerita lepas aku ambik rumah PPA1M tu, bercambah perumahan double storey naik sekitar Kangar dan harga pun tak lari jauh dgan rumah aku ambik tu, hhaaaaa...dia start pikiaq macam2, mula2 dok kata tak jauh mana tp lama2 pikiaq cam jauh plak, mungkin ramai akan kata ala bukan jauh mana pun, ada org berulang lagi jauh relaks ja hahahaha...takpa la depa berulang jauh tu masalah depa, aku berulang jauh ni masalah aku, jd bila ada masalah ni apa aku buat? aku cuba selesaikan dan tindakan pembatalan ni berjaya menyelesaikan masalah aku ni, tambahan dengan kelam kabut uruskan anak2 dgan sesi dan aktiviti persekolahan depa yg kadang2 menjangkau sampai ke petang membuatkan kami laki bini mula berdebat2 manja, rasa rugi la beli rumah jauh, harga rm 300k jugak sama ja dgan harga kat Kangaq yg jarak lagi dekat. Bila projek perumahan tu dah mula siap sikit, aku mula  jd menyesal bila tengok keluasan tanah tepi yang di katakan mampu buat rumah sebijik lagi tu, tak seperti yang dikata, tu lagi satu silap aku, tak tgok plan dulu, pakai setuju ja dengan modal air liur pemaju, bila dah beli aku tgok tanah tu besaq sekangkang anak gajah afrika ja, buat rumah sebijik lagi apa, klu nak extend pun sikit ja, hampeh btoi hhhuuuuhhh...menyesal lagi...Pastu timbul plak memba aku yg dah beli rumah kat Beseri pun ambik rumah kedua kat Kangar, sbb jauh katanya dan dia menyesal beli rumah pertama dia kat Beseri sebab wife ngan anak2 dia sekolah kat Kangar tu yg dia ambik keputusan beli rumah kedua kat Kangar.Dan aku kembali berdebat laki bini hahahaha... sampaikan aku mula buat inisiatif nak batalkan perjanjian rumah tu dengan alasan sendiri, tapi bila aku dapatkan pandangan kawan2 yg arif pasal perundangan dan juga baca serba sedikit dokumen aggrement sale and purchased tu aku batalkan bila tgok jumlah amaun yg aku nak kena bayaq kat pemaju, lawyer dan juga pihak LPPSA. Dan dari hari ke hari aku asyik dok salahkan diri sendiri atas tindakan tergesa2 aku tu, beli rumah mahal cadang nak duduk dgan selesa tp jd tak selesa plak dok pikiaq macam2, kampung org tua kat Kangar, opis kat Kangaq, sekolah anak2 kat Kangar tapi nu aku pi duduk beli rumah kat Padang Besar plak hahahaha... kalau memba2 ajak minum2 dan lepak camna? (sebab memba2 aku semua dok Kangaq) takkan aku nak balik tgah2 malam ke Pdg Besaq, mau cerin habih bulu roma satu badan lalu kot jalan2 yg gelap dan jauh hahahaha... kadang2 bila fikir balik macam lawak jugak sebab aku dulu cuba buat macam2 nak bg sedapkan hati bila dah terbeli rumah kat Pdg Besar ni, macam dok kata memba aku tu wpun beli rumah kat kangar tapi bukan hari2 dia duduk rumah tu (sebab kawan aku ni keja swasta kat KL, 2 kali sebulan ja dia balik mai Perlis jengok famili) tp aku ni wpun dok Pdg Besar tapi bole dok hari2 ngan famili hahaha..., kan Pdg Besar dah dekat dengan sempadan jd dok fikir anytime bole menyeberang sempadan pi Siam beli barang dan makan makanan Thai sbb dah dekat kan hahahah...pastu kan dah dekat dgan Empangan Timah Tasoh nti bole la selalu pi mengail wpun aku tak minat langsung mengail (alasan yg tah hapa2 nag sedapkan hati) kuikuikui... ,lagi satu aku dok pikiaq bole la nak buat jualan online barang2 Padang Besar atau dari Thai sebab dah dekat kan dengan sumber tp klu dok Kangaq pun anytime ja ble mai Padang Besaq hahahaha....tah hapa2 la aku ni nak sedapkan hati punya pasai macam2 cari alasan penyedap hati ,dan sampai satu tahap aku merasakan beli rumah kat Pdg Besar ni merupakan tindakan paling bodo aku lakukan bak kata pepatah omputih "Mistakes ara painful, but as time goes by, they become a collection of experience called 'Lesson' ". Sampai aku penah fikir dan ambik keputusan kalau tak mau duduk rumah kat Pdg Besar tu aku nak jual rumah aku kat Kangar ni buat modal beli rumah elok sikit kat Kangar ni, rumah kat Pdg Besar tu buat sewa ja. Tapi tu la nak beli rumah seselesa macam rumah PPA1M yg wife aku beli ni takbole la sbb loan aku ni had dia tak sama ngan had kelayakan wife aku.
Tapi tu la, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukannya, perjalanan yg Allah aturkan dah cukup elok dalam mempermudahkan segala urusan para hambanya. Pada sekitar hujung bulan Februari tiba2 terdapat kelibat seketoi surat dalam peti pos rumah aku, bila baca2 dan aku amati tgok rupanya surat dari KPKT dengan tajuk 'Pengesahan Projek Perumahan Bermasaalah' iaitu untuk taman yg aku beli kat Padang Besar tu. Memang sebelum ni aku pi tgok perumahan tu ada jugak aku tgok cam terbengkalai, sebab rumah2 kongsi pekerja habih naik pokok menjalar dan takdak aktiviti pembinaan dijalankan tp aku buat dono ja la dok anggap nanti depa sambung buat kot. Bila mai saja surat tu dan pabila aku terbaca ayat yang bertulis "menstruktur semula pinjaman" teruih  timbul mentol lampu ataih pala hotak aku dan niat untuk membatalkan perjanjian tu kembali terjalin...eh cam lagu Slam plak sebab potongan pinjaman rumah wife aku dah start potong dalam 3 bulan dan menyebabkan perbelanjaaan isi rumah terpaksa di hematkan sedikit menyebabkan tindakan nak membatalkan pinjaman tu kembali membuak2 umpama malam pertama keterujaanya. Selepas membuat sedikit kajian, bertanyakan kawan2 yg lebih arif dan juga mengorek maklumat dari kawan setia aku yg sungguh tinggi dan banyak ilmu pengetahuannya iaitu Encik Google bin Search , alasan 'Pengesahan Projek Perumahan Bermasaalah' dalam membatalkan perjanjian perumahan LPPSA merupakan Lesen Besar untuk diluluskan oleh Lembaga, dengan sepantas Usain Bolt pencen aku terus buat surat pembatalan dilampirkan sekali surat asal Pengesahan Projek Perumahan Bermasaalah  dari KPKT ni dan dimajukan ke LPPSA menggunakan Pos Berdaftar.Nak dijadikan cerita LPPSA memaklumkan depa tengah naik taraf sistem depa dan permohonan aku tu akan dilakukan dalam tempoh 2 minggu lagi setelah sistem kembali pulih seperti sediakala, yaaaa...Allah lamanya, dia punya tunggu tu macam mengharap planet Pluto jatuh ke riba. Dalam masa yang sama wakil pemaju plak wasap wife aku kata projek berjalan kembali, siap hantaq gambaq2 bukti lagi kerja2 pembinaan diteruskan...ok jem yg kedua....jem yg ketiga plak, pihak peguam pemaju plak hantaq surat suruh setel pembayaran lawyer fee berjumlah Rm 11k ++ siap ada tarikh dateline lagi, klu lambat bayar kena denda...mampoih dah, macam2 alasan aku bagi kat depa, kata bru buat loan la, loan tak lulus lagi la, yg sebenaqnya aku dok tunggu keputusan dari LPPSA tu. Dalam masa dok tunggu result yg perasaan dia umpama tunggu result SPM tu, pihak LPPSA silap email plak kat org lain borang2 yg perlu diisi, bila wife aku tepon baru la depa hantaq balik ke email yg btoi, dah makan masa lagi...haaiisshhh...macam2 cabaran... sampai satu tahap tu kami dah malaih pikiaq dah, klu lulus alhamdulillah, klu tak kami redha ja. Tapi tu la rezeki tak pernah silap alamat, akhirnya sampai jugak surat keputusan yang ditunggu tu dan keputusannya "LULUS" hahahaha....mula2 tu seronok la tapi bila tgok amaun yg nak kna bayaq balik kat LPPSA tu muka jadi kelat balik hahahaha...tapi apapun kami nekad, bagi aku mungkin ni harga yg perlu dibayar untuk tindakan terburu2 aku tu. Aku nak ingatkan kat pembaca semua, nak batalkan pinjaman perumahan LPPSA boleh, tapi ada risiko dia, risiko dia adalah kita kena bayar balik jumlah yang LPPSA dah keluarkan kepada pemaju dan juga bayaran insuran, macam kes aku aku beruntung sebab aku beli rumah under PPA1M yg mana ikut perjanjian depa bayaran rumah akan dilepaskan oleh LPPSA ke pemaju bila rumah tu siap 100%, kalau ampa beli direct dari pemaju lagi la jenuh nak bayaq sebab pembayaran LPPSA ke pemaju dibayar by progress. Aku nasib baik kna bayaq kat LPPSA cuma bayaran pendahuluan yg dikeluarkan ke pemaju dan insuran. Tapi jangan risau ampa ble claim balik lebihan duit insuran tu, caranya ampa pi Sykat ejen insuran rumah yang dibuat tu, bawak sekali surat pembatalan dari LPPSA, surat selesai baki pinjaman dari LPPSA dan salinan no akaun bank. (yg penting ampa kna setelkan dulu bayaran kepada LPPSA baru ble dapat surat penyelesaian dari LPPSA tu, baru bole claim balik lebihan duit insuran). Kalau kita dah setel bayaran kat LPPSA tu, kita boleh buat full loan untuk pinjaman seterusnya. Untuk lawyer fee asing plak, aku klu tidak aritu kna bayar Rm 11k++ tapi bila maklum kata dah batalkan depa kurangkan jadi Rm 8k++. Aku penah tanya gak lawyer bole dak aku claim duit pendahuluan yg LPPSA dah bayar tu kat pemaju, dia kata bole, buat satu surat menerangkan kita nak batalkan pembelian rumah tu sebab Projek Bermasaalah dan lampirkan surat dari KPKT tersebut beserta lampiran surat pembatalan dari LPPSA, lampiran surat penyelesaian baki pinjaman dari LPPSA serta lampiran resit penyelesaian yuran guaman, hantar kat pemaju guna pos berdaftar atau by hand, buat salinan kepada pejabat peguam, LPPSA dan juga KPKT. Lepas tu kita tunggu jawapan dari pemaju, klu dia bayar full alhamdulillah, klu dia bayar sikit pun alhamdulillah, klu dia tak bayar langsung tu kita hanya mampu berdoa ja la hahaha...Lepas setel kes aku tu, aku ada dapat panggilan dari seseorang dari Putrajaya, rupa rupanya beliau pembeli rumah PPA1M tu jugak, bertanya pasai progress taman tu sebab dia rasa lambat dapat kunci tambahan beban kewangan bertambah sebab loan rumah dah potong, bila aku maklumkan dah batal dan kna bayar amaun sekian2 kat LPPSA dia terus maklum mmg aku nekad betoi dgan keputusan pembatalan tu sbb dia pun mulanya nak batal tp bila tgok amaun yg nak kna bayar tu, beliau tak mampu dan hanya telan ja dgan permasalahan tersebut. Beliau lagi la, kerja kat Putrajaya, asal orang Arau tapi beli jugak rumah tu kat Padang Besar sebab dia kata nanti nak pindah balik Perlis nak duduk situ sebab terpancing dgan harga rumah yg murah, dan berpendapat mcm aku dulu jugak takpa nak pi keja bole merempit ja, tapi bila aku pikiaq2 balik kalau dah ada semua kemudahan kat Kangar buat apa aku nak pi duduk Padang Besar, sedangkan org yg keja kat Padang Besar pun beli rumah kat Kangar, kecuali la kalau dia asal orang Padang Besar dan kawasan sekitar, kalau beli rumah kat situ benefit la pada beliau, ingatkan aku saja yg termakan pancing beli rumah kat situ, rupanya ada lagi yg senasib dgan aku kihkihkih....Sebenaqnya kes rumah PPA1M yg terbengkalai ni bukan setakat taman di Pdg. Besar yang aku beli tu saja, rupanya banyak lagi projek perumahan PPA1M yg terbengkalai seperti projek di Seberang Perai, Penang dan juga projek di Tapah, Perak (siap masuk tv3 lagi kes projek terbengkalai ni) alhamdulillah la kes aku dah setel dan rasanya aku satu-satunya dri taman PPA1M Pdg.Besar tu yg batalkan pinjaman sebab beberapa bulan lepas aku batalkan dah ada pengiklanan rumah yg aku tolak tu dijual balik di media sosial dgan harga rm 360k hehehe....  Itu saja cerita panjang dari aku, moga kalian dapat manfaat dari pengalaman hidup aku ni, jadi next target aku dah bole hunting rumah kat Kangar dah..ok sekian... (sebaik-baik tindakan adalah dengan perancangan yang serba rapi dari segala segi walaupun ianya memakan masa)

56 comments:

  1. Salam, nk tya.. jika sy kena byar rm5k disebabkan btal pnjaman lppsa.. projek yg brmsalah . Mmg kena byar juga ke? @ ad cra lain .. mnta tuan share...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena bayar bang, kalau kita tak bayar, pihak LPPSA akan buat potongan gaji sehingga bayaran tu selesai. Selagi kita tak setel bayaran tu selagi tu kita tak boleh mohon untuk pinjaman rumah dari LPPSA.

      Delete
    2. Nak tanya, insurans yg di keluarkan tu kita kena bayar full ke kpd lppsa? Ke kiraan mcm mne ye

      Delete
    3. bukan kata insuran, bayaran pendahuluan yg lppsa keluarkan kepada pemaju mmg kita kena bayar full pada lppsa sebab selagi kita tak bayar full selagi tu kita tak bole buat pinjaman perumahan lppsa semula

      Delete
  2. saya pun beli rumah tu..sy pun dpt surt mcm.encik...boleh lagikan kt bertindak skrgni..lama sgt menunggu..dh dua thn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau en nak batal boleh lagi tp projek tu sedang berjalan, dijangka nov 2019 ni baru siap.Kalau en nak batal saya nasihatkan en hubungi LPPSA dulu dan tanya berapa bayaran balik yg perlu en bayar kepada LPPSA kalau batal perjanjian tersebut, kalau en setuju dengan jumlah bayaran tersebut boleh la buat pembatalan.

      Delete
  3. surt dari peguam pemaju sy tkde dpt lagi...sy cuma dpt surat geran tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ya ka , en boleh hubungi lawyer pemaju tersebut untuk bertanya ttg perkara tersebut. Oh lagi satu kalau en nak batalkan pinjaman, lawyer fee pun kita kena bayar asing dekat lawyer, boleh tanya kepada pejabat lawyer banyak mana lawyer fee yg kita nak kena bayar.

      Delete
  4. salam tuan, nak tanya sikit, saya ada buat permohonan LPPSA sebelum ni dah lulus dan saya pun telah sign offer letter lppsa, masalahnya skrg ejen yg uruskan pinjaman lppsa ni dah salah apply, yang mana loan sepatutnya apply selama 35 tahun, tapi dia apply cuma untuk 30 tahun, jd bayaran bulanan untuk rumah tu skrg dah jd tinggi disebabkan benda ni. so ada cara lain kah kalau saya mahu lanjut kan tempoh loan tersebut tanpa membatalkan permohonan asal loan lppsa tersebut? sbb dri info pemaju saya perlu batalkan loan tersebut untuk buat pemohonan bru, jd perlu buat bayaran untuk pembatalan tu. silap sy sign tanpa tgk btol2 offer letter lppsa tu hanya kerana percaya pada ejen yang apply loan untuk sy tu. tuan ada apa2 cadangan ke untuk kes macam sy ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, untuk kes tuan saya nasihatkan puan berhubung terus dengan pihak LPPSA sebab saya takut jadi macam kawan saya, kawan saya pinjaman pertama tempoh bayaran 35 tahun, lepas dia batal pinjaman tersebut dan bila buat pinjaman baru tempoh pinjaman beliau dah dihadkan hanya 30 tahun sahaja wpun utk pembatalan kes projek perumahan terbengkalai.

      Delete
    2. terima kasih atas nasihat tuan, dan semalam (11.11.19) sy telah ke LPPSA Putrajaya, dan berjumpa dengan seorang pegawai dibahagian proses bernama Tuan Aizat,

      Layanan dari pegawai disana cukup baik, dan pegawai tersebut telah nasihatkan dan guide saya untuk membuat pembatalan dan seterusnya dapat melajakkan tempoh loan, dengan hanya :-

      1) dapatkan semula laporan penilaian
      2) slip gaji terkini (2 bulan)
      3) isi semula borang pemohonan Online
      4) kemukakan surat pembatalan.

      Tq tuan atas posting ini :)

      Delete
    3. nak tnye mmg lppsa bileh apply 35tahun ke.. sbb sy pon pon ad dpt offer ppam..klo boleh 35tahun murah la skit bln2 tu

      Delete
    4. ya en.khairul mmg pinjaman LPPSA boleh dilajakkan hingga 35 tahun

      Delete
  5. assalam tn... sekiranya kita batalkan pinjaman ada perjanjian jual beli antara kita dgn pemaju juga terbatal

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, ya apabila kita batalkan pinjaman dgan LPPSA, perjanjian jual beli dgan pemaju juga terbatal

      Delete
    2. Duit lppsa x disburse lagi....tapi sempat batalkan loan tu...ada effect ke dgn bahagian pemaju? Sebab semua bayaran sebenarnya guna dr loan lppsa....

      Delete
    3. kalau ada bayaran spt deposit kepada pemaju selalunya akan burn.Dan besar kemungkinan pemaju akan cuba claim apa2 caj yang telah mereka keluarkan dalam menyediakan dokumen perjanjian jual beli.

      Delete
  6. Salam.. nak tanya, bayaran yg telah dibayar oleh wife tuan dlm masa 3 bulan tu ditolak atau tidak dari amount yg tuan perlu bayar ke lppsa? Boelh tahh berapa total perlu bayar ke lppsa dan lawyer fee tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, ya potongan gaji 3 bulan tu akan ditolak dari amaun yg kita perlu bayar ke lppsa. jumlah bayaran ke lppsa dalam 30k dan lawyer fee 8k

      Delete
  7. ASSALAM TUAN SY NAK TY, MCMNA TUAN KATA PERJANJIAN DGN PEMAJU JUGA TERBATAL SEKIRANYA KITA BATAL DGN LPPSA? SBB SY PUN ADA MSLH YG SAMA DGN TUAN. BLH X EMAIL SY BALIK . ctsafa21@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apabila kita mendapat kelulusan pembatalan tersebut dari pihak LPPSA , satu salinan surat kelulusan pembatalan tersebut akan dihantar ke pej. peguam pemaju dan juga ke sykt pemaju mengenai pemakluman pembatalan tersebut.

      Delete
  8. Ia luar biasa apabila saya fikir semuanya telah selesai dengan saya, nama saya susan garcia, dari phillipine, Mrs. Karina Rolanda datang untuk menyelamatkan saya hidup saya. Saya sangat terhutang budi kepada orang-orang yang saya meminjam dari geng memerangi saya dan kemudian menangkap saya akibat hutang saya. ditahan selama berbulan-bulan masa tangguh diberikan kepada saya apabila saya dipulangkan dan dibebaskan untuk pergi dan membuat wang untuk membayar semua hutang yang saya terima jadi saya diberitahu bahawa ada pemberi pinjaman sah secara online jadi saya harus mencari melalui blog yang saya ditipu sebelum tetapi apabila saya menemui SYARIKAT KARINA ROLAND LOAN, Tuhan mengarahkan saya untuk iklannya di blog kerana tarikan saya untuk itu benar-benar satu keajaiban mungkin kerana Tuhan telah melihat bahawa saya mempunyai banyak penderitaan itulah sebabnya dia mengarahkan saya kepadanya. Oleh itu saya memohon dengan penuh semangat selepas beberapa jam pinjaman saya diluluskan oleh Lembaga dan dalam masa 24 jam saya telah dikreditkan dengan jumlah yang tepat yang saya maksudkan untuk semua ini tanpa jaminan tambahan Pinjaman Peribadi ketika saya bercakap dengan anda sekarang saya boleh jelaskan semua hutang saya dan sekarang saya mempunyai supermarket sendiri, saya tidak memerlukan bantuan orang lain sebelum saya makan atau mengambil pembiayaan, apa jua keputusan saya tidak mempunyai urusan dengan Polis, saya kini wanita yang bebas. Anda ingin mengalami kemerdekaan kewangan seperti saya, sila hubungi Ibu menerusi e-mel syarikat: (karinarolandloancompany@gmail.com) atau whatsapp +15857083478 Anda tidak boleh membahaskan fakta bahawa dalam kesulitan dunia ini anda memerlukan seseorang untuk membantu anda mengatasi kewangan perolehan dalam hidup dalam satu cara atau lain, jadi saya memberi anda mandat untuk mencuba dan menghubungi Puan Karina Roland di alamat di atas supaya anda dapat mengatasi kemelesetan kewangan dalam hidup anda. Anda boleh menghubungi saya melalui e-mel berikut: (garciasusan113@gmail.com)) Sentiasa menjadi positif dengan Puan KARINA ROLAND dia akan melihat anda melalui semua cabaran kewangan anda dan kemudian memberikan anda pandangan kewangan dan kebebasan baru untuk mengatasi semua kebimbangan anda.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,saya ada soalan yg sama masalah dengan tuan ppa1m(bermasalah) penang.adakah perlu mendapatkan kelulusan pembatalan pinjaman terlebih dahulu dr lppsa sebelum permohonan pembatalan perjanjian jual/beli dengan pemaju?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, ya tuan perlu membuat permohonan pembatalan dengan pihak LPPSA dahulu dan apabila diluluskan satu salinan surat kelulusan pembatalan akan dihantar ke pemaju dan juga peguam pemaju.

      Delete
  10. Saya pun beli rumah ppam tp di Kampar Perak, Allah je tahu perasaan menyesal bila projek lambat siap dengan jani2 pemaju, call kpkt mgadu project lambat tp tindakan hanya melihat report sahaja bertulis pemaju tanpa turun ke tapak perumahan, nak batal Pon mmg rugi melainkan jadi kes macam encik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya turut bersimpati dengan nasib yg menimpa tuan/puan, betul kata tuan/puan dia akan jd risiko dekat kita bila jadi apa2 dalam perjanjian loan rumah ni ia akan berbalik pada kita juga, kita yg akan tanggung kerugian kecuali kalau dah nekad macam saya. Semoga urusan tuan/puan dipermudahkkan

      Delete
  11. sy ada dpt tawaran rumah ppam... tp bile tgok ad yg bermasalah dan terbengkalai jd risau la plk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang banyak projek perumahan terbengkalai ni projek lama tuan, projek bawah nama PPA1M, kalau projek PPAM ni dah ok kot rasanya.

      Delete
  12. Salam en maaf nk tnye (kes sy rumah terbengkalai sehingga kini masih terbengkalai) sy dah buat pembatalan pinjaman di lppsa. Untuk sy buat pinjaman lain... Masalah pinjaman sy di tolak atas sebb sy harus menyelesaikn baki pinjamn yg pertama... Tiada kelonggaran ye en untuk rumah terbengkalai... Mmg kene bayar baki pinjaman br blh lulus tuk pinjaman lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, ya encik apabila kita batalkan pinjaman perumahan LPPSA kita wajib selesaikan baki pinjaman yg LPPSA keluarkan kepada pemaju dan bayaran insuran wpun utk pembatalan bg kes projek terbengkalai , apabila kita selesaikan bayaran tersebut barulah kita boleh buat pinjaman baru dari LPPSA.Kalau kita tak mampu selesaikan baki pinjaman tersebut secara sekaligus kita bole mintak LPPSA buat potongan gaji sehingga baki pinjaman tersebut selesai.Satu lagi cara adalah kita buat pinjaman perumahan selain LPPSA iaitu pinjaman perumahan di bank2 komersial.

      Delete
  13. Hai semua
    Nama saya JOSEPHINE JUMAWAN CABALLO, saya tinggal di orion bataan, phillipine. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu yang baik KARINA ROLAND kerana membantu saya mendapat pinjaman yang baik setelah saya mengalami pinjaman pinjaman dalam talian palsu yang menipu saya untuk mendapatkan wang tanpa memberikan pinjaman, saya memerlukan pinjaman selama 2 tahun yang lalu untuk memulakan perniagaan saya sendiri di kota orion bataan tempat saya tinggal dan saya jatuh ke tangan syarikat palsu di dubai yang menipu saya dan tidak menawarkan pinjaman kepada saya. dan saya sangat kecewa kerana saya kehilangan semua wang saya kepada sebuah syarikat palsu di dubai, kerana saya berhutang dengan bank saya dan rakan-rakan saya dan saya tidak mempunyai apa-apa untuk dijalankan, pada hari yang sangat setia kawan saya memanggil susan Ramirez setelah membaca keterangannya tentang bagaimana dia mendapat pinjaman dari Puan KARINA ROLAND LOAN COMPANY, jadi saya terpaksa menghubungi Susan Ramirez dan dia memberitahu dan meyakinkan saya untuk menghubungi Puan KARINA ROLAND bahawa dia adalah seorang ibu yang baik dan saya terpaksa memberi keberanian dan saya menghubungi Puan. KARINA ROLAND dan saya terkejut dengan pinjaman saya yang diproses dan diluluskan dan dalam masa 6 jam pinjaman saya dipindahkan ke akaun saya dan saya sangat terkejut bahawa ini adalah keajaiban dan saya harus memberi maklumat mengenai kerja baik Puan KARINA ROLAND jadi saya menasihati semua orang yang memerlukan pinjaman untuk menghubungi e-mel Puan KARINA ROLAND LOAN COMPANY: (karinarolandloancompany@gmail.com) atau whatsapp sahaja +1 (585) 708-3478 dan saya jamin anda akan memberikan maklumat seperti yang saya ada selesai dan anda juga boleh menghubungi saya untuk maklumat lebih lanjut mengenai Mrs.karina Roland email saya: (josephinejumawancaballo@gmail.com) semoga Tuhan terus memberkati dan mengasihi ibu KARINA ROLAND untuk mengubah kehidupan kewangan saya.

    ReplyDelete
  14. Salam.. sy nk tnya.. sy pun ada buat pembatalan pembelian rmh sbb pemaju suka2 tukar rumah yg sy nk beli dgn rumah lain. Sy sda bayar pej peguam utk urusan pembayalan. Tp skrg gaji sy kena potong ke atas rumah yg sy tak beli.. nk tnya adakah duit yg dipotong ini kita dpt blk nnti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, cuma saya nak tanya , tuan buat pinjaman LPPSA atau dari bank? kalau dari LPPSA sepatutnya tuan buat surat pembatalan terus ke LPPSA tanpa melalui pejabat peguam, dan adakah tuan telah memastikan pejabat peguam sudah membuat surat permohonan pembatalan tersebut? atau menghubungi pihak LPPSA mengenai permohonan pembatalan tersebut? kalau permohonan pembatalan telah dibuat dan dalam proses, potongan gaji yg telah dipotong akan diambil kira dalam bayaran balik yg perlu kita bayar untuk pendahuluan yang telah pihak LPPSA keluarkan kepada pemaju dan bayaran insuran nanti. Bayaran balik itu nanti tuan bole claim balik dari pihak pemaju dan juga syarikat insuran apabila pembatalan diluluskan.

      Delete
  15. assalammualaikum en.sy ada beli rumh. jangka siap bulan 8 2020 ni.tp sy dah x bekenan rumh tu.rasa nak beli rumh lain.en rasa mcm mslh sy ni bole ken nak batal pinjaman tu. agak2 apa y sy kene baya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, bg kes puan ni mintak puan tgok balik dokumen sales and purchased antara puan dengan pemaju, dalam tu terkandung berapa persen bayaran yg kna puan bayar kepada pemaju jika ingin batalkan perjanjian tu. Bayaran balik untuk pihak LPPSA asing pulak, yg tu mintak puan hubungi pihak LPPSA untuk tanya berapa bayaran balik yg puan kena bayar kalau batalkan perjanjian, takut LPPSA dah released bayaran ikut persen rumah tu siap takut banyak pulak bayaran yg puan kna bayar balik ke pihak LPPSA.

      Delete
  16. SALAM. nk tnya. procedurenya kena dapatkan pengesahan dari KPKT dulu projek rumah bermasalah/sakit/terbengkalai then baru boleh mohon pembatalan dari LPPSA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, prosedur kalau untuk membuat pembatalan pinjaman LPPSA bg projek yg terbengkalai/sakit/bermasaalah mmg perlu ada surat pengesahan projek sakit/terbengkalai/bermasaalah dari KPKT. Kalau permohonan pembatalan pinjaman LPPSA atas sebab lain tak perlu kemukakan surat pengesahan dari KPKT tersebut.

      Delete
  17. ASSALAMUALAIKUM tuan . maaf bertanya . jika saya ingin batalkan loan LPPSA yang sudah lulus untuk ambil rumah lain boleh ke?
    maksud dia saya sudah membeli rumah di ipoh dijangka siap pada tahun hadapan mac 2021 . tapi saya nak batalkan untuk beli rumah lain dengan harga yang sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, kalau tuan/puan nak batalkan pinjaman tu boleh tapi kesan pembatalan tu tuan/puan kena semak balik sale & purchased aggrement antara pihak tuan/puan dengan pemaju, berbincang dahulu dengan peguam pemaju berapa bayaran yang kita kena bayar balik kepada pemaju dan pihak peguam, dan hubungi pihak LPPSA bertanyakan tentang berapa bayaran yang kita perlu bayar ke LPPSA jika batalkan pinjaman. Jika tuan/puan bersetuju dengan jumlah bayaran akibat pembatalan tersebut, boleh la tuan/puan buat surat permohonan pembatalan tersebut.

      Delete
  18. Tuan,saya membuat pinjaman perumahan lppsa ni utk yg ke2 (kuota yg terakhir) bolehkah saya membatalkan pijaman tersebut sedangkan saya sdh menjawab surat persetujuan pinjaman,tetapi tak urus lagi dokumen yg diminta dgn ketua jabatan.saya risau jika pembatalan itu akan mengakibatkan saya tidak boleh lagi membuat pinjaman seterusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau berkaitan perkara ini kalau boleh tuan berhubung terus dengan pihak LPPSA sebab saya takut apabila banyak kali tuan membatalkan pinjaman akan menyebabkan tuan diblacklist oleh LPPSA

      Delete
  19. Assalamualaikum...sy buat loan lppsa, rumah belum siap lg..sepatutnya disiapkn akhir bulan 3 thn ni..n gji sy pun dh kena potong bulan dpn..bleh ke lg sy nk batalkn loan lppsa tu? Ada cdgn y terbaik x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, nak batalkan permohonan ni puan kena ada alasan yang kukuh, kerana banyak peminjam sblm ni pun loan dah potong tapi rumah masih belum siap. Kerana pada pandangan saya pemaju masih lagi menjalankan projek perumahan tersebut tambahan kalau puan buat pembatalan, puan terpaksa membayar kos yang agak tinggi pada pihak LPPSA dan juga pemaju, kalau puan nak maklumat lebih lanjut puan boleh menghubungi pihak LPPSA berkenaan pembatalan pinjaman tersebut.

      Delete
  20. assalamilaikum...saya buat loan kedua lppsa berkenaan rumah di kampar, perak dan potongan gaji telah dibuat pada sep 2020. masalah nya boleh ke saya batalkan pinjaman tsb atas sebab perjanjian yg dibuat oleh agem tidak telus dan meragukan dan sehingga kini agen masih berdolak dalih berkenaan pemberian salinan S&P kepada saya dan mengenakan cas yg tidak masuk akal kepada saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, sebelum itu saya nak tanya, cas apa yang dikenakan oleh ejen? selalunya cas dari ejen perumahan meliputi kos guaman dan cas pentadbiran. Lagi satu adakah projek tersebut masih berjalan tanpa tangguh? jadi pemahaman saya alasan ingin membatalkan pinjaman disebabkan ajen adalah kurang kukuh tapi encik bole berhubung dengan pihak LPPSA berhubung permasalahan tersebut.

      Delete
  21. salam encik. saya punya loan lppsa masih dalam proses. belum lulus. boleh ke saya nak batalkan pinjaman tersebut? apa saya perlu buat untuk batalkan pinjaman tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, kalau belum lulus lagi senang nak batalkan, encik perlu menghubungi LPPSA saja dan maklum dekat pegawai berkenaan untuk membatalkan permohonan tersebut.

      Delete
    2. Kalau dah lulus maksudnya bayaran dah keluar ke

      Delete
    3. Ya, kalau dah lulus, bayaran dah keluar

      Delete
  22. Assalamualaikum encik..sy nk tnya...sy ad buat pinjaman lppsa dan dah diluluskan...lepas tuh sy nk tunggu dptkan consent drp pejabat tanah..tiba2 owner da xnak jual rumahny...jd sy nk batalkan lppsa mcm mna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, untuk kes macam ni, encik perlu berjumpa pembantu tadbir jabatan encik yang menguruskan pinjaman LPPSA ni, maklumkan dekat beliau untuk buat pembatalan ni beserta satu surat dari owner rumah tersebut yang tak jadi jual sebagai alasan pembatalan.

      Delete
  23. Assalam, sy nk tanya brpa ya kos yg perlu byar utk batal rumah ppa1m ni, sy dah ttgu hampir 5thn rumah masih tidak siap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos yang perlu dibayar ni meliputi kos bayaran awal yang dah dibayar oleh LPPSA ke pihak kontraktor dan juga bayaran guaman. Berapa kos tu ikut berapa loan kita, encik kena call LPPSA tanya kalau nak batal berapa bayaran yang kena bayar dan kena call peguam yg uruskan perjanjian tu berapa kos yg nak kena bayar dekat mereka

      Delete