Rumah pada masa kini sudah jadi suatu keperluan , dan mengubahsuai rumah ikut citarasa masing-masing juga semakin menjadi trend di kalangan marhein tak kiralah dari kalangan orang bujang ataupun yang berkeluarga.Setiap orang cukup teruja bila nak masuk rumah baru maklumlah harga rumah pada masa kini merupakan antara aset yang agak tinggi harganya, jadi nak boleh sebijik tu pun jenuh berjimat tambahan bila kita tau kos nak masuk rumah baru jugak bole menjadikan ia satu beban hutang yang baru kalau kita tak prepare awal-awal.
Tak semua orang yang memiliki rumah ni ada siap2 dah duit sekarung tambahan kalau dari orang2 muda yang baru memiliki rumah, atau pasangan yg baru nak mula hidup berkeluarga.Kalau suami isteri yang bekerja tu boleh la kawtim, suami beli rumah, isteri buat loan perbelanjaan nak masuk rumah. Tapi aku tak sarankan la buat tambahan hutang, apatahlagi kita baru saja kena potongan loan rumah, jadi setahun atau dua tahun sebelum dapat kunci tu dinasihatkan buat tabungan siap2 modal duit nak masuk rumah nanti, tak la terbeban sangat. Semua perkara nak masuk rumah ni penting jugak sebab aku penah hadapi permasalahan ni, tambahan masa tu gaji tak besaq mana jadi masa nak masuk rumah pertama dulu tu aku tak berapa nak well prepared sangat, nak deko macamana pun tak tau nak decide style apa , aku hanya buat yg basic saja ikut bajet dan keperluan, tapi untuk masuk rumah kedua ni aku dah buat planning siap2 semua aspek sebab kesan dari pengalaman masuk rumah pertama sebelum ni. Dan yang paling penting nak buat renovation apa2 elok utamakan ruang interior dulu, klu ada bajet lebih buat renovation luar pulak macam buat pagar, awning, hiasan laman dan lain2 sebab bila kita dah pindah masuk lepastu baru nak buat tambahan dalaman mmg pening kepala dengan debu, nak ubah perabot lagi, keselamatan barang2 bila pekerja dok buat kerja renovation lg, klu suami isteri bekerja jenuh nak ambik cuti jaga barang2 rumah jadi prepared awal2 sebelum nak buat renovation.
Harga yang aku maklumkan ni adalah harga tahun terkini dan ikut harga kualiti dan material yang aku inginkan, kalau pembaca ingin kualiti yg terbaik atau kurang harga dia tuan/puan bole bajet sendiri, ni cuma anggaran kasar yang aku buat.
1) PEMASANGAN METER ELEKTRIK DAN AIR
Yang ni kita bole buat pembayaran deposit pemasangan di TNB dan Syarikat Air negeri masing2. Bagi pemasangan elektrik dia ikut jenis rumah, macam rumah kedua aku ni rumah Teres Dua Tingkat jadi kos deposit meter elektrik tu adalah sebanyak Rm 500.00 dan deposit pemasangan meter air Rm 258.00 ja.
(elektrik) Rm 500.00 + (air) Rm 258.00 = Rm 758.00
2) UPAH PEMERIKSAAN KEROSAKAN RUMAH (CHECK DEFECT)
Ok untuk rumah ni aku upah syarikat kontraktor utk buat pemeriksaan kerosakan rumah sebab depa lebih arif dan detail. Kos dia tak mahal mana ikut saiz dan jenis rumah, macam rumah teres dua tingkat ni dia ambik upah Rm 350.00 siap laporan bergambar dalam bentuk softcopy, kita cuma perlu print dan hantar ke pemaju ja. Dan seelok-eloknya kita pasang elektrik dan air dulu sebab depa bole cek semua paip2 air dan punca kuasa elektrik berfungsi atau tak.Tapi kalau ampa nak jimat dan tahu selok belok tentang pemeriksaan kerosakan rumah ampa bole buat sendiri ja dan bole jimat kos.
Upah kontraktor pemeriksa kerosakan rumah = Rm 350.00
3) EXTEND BAHAGIAN
Ok untuk mencari kontraktor pengubahsuaian bagi menambah bahagian rumah yang kita nak tambah seelok-eloknya kita mintak quotation dari banyak kontraktor sebab dari situ kita boleh pilih yang mana mempunyai track rekod terbaik, material yang digunakan dan semestinya kos mengikut bajet kantung kita. Untuk aku haritu aku ambik quotation dari 3 kontraktor, 1 kontraktor yg penah buat pengubahsuaian utk cikgu di sekolah wife aku, 1 kontraktor yang penah buat rumah memba aku dan 1 lagi kontraktor yang penah buat untuk pak menakan aku. Selepas dinilai dari segi kos dan track rekod akhirnya aku pilih kontraktor yang direkeman oleh pak menakan aku. Kos untuk aku tambah bahagian dapur, buat table top kabinet dapur basah, tutup ruangan balkoni termasuk pemasangan elektrik dan paip air semua sekali berjumlah Rm 18,500.00 sahaja termasuk barang-barang binaan berbanding kontraktor pertama yg ambik kos sesebanyak Rm 32,000.00. Jadi sebab itulah aku ingatkan untuk dapatkan quotation dari banyak kontraktor sebab ia dapat mengelakkan kita kerugian dari bajet yg kita dah prepared. Tapi walupun harga yang dipersetujui adalah Rm 18,500.00 tapi kadang2 masa pembinaan tu pasti ada beberapa tambahan, macam rumah aku ni ada beberapa tambahan yg aku mintak tukang buat macam tambahan plug elektrik, buat pemasangan paip air sebab memandangkan rumah aku ni 2 tingkat jadi tekanan air terutama air di tingkat atas agak slow jadi aku mintak tukang buat paip bypass iaitu bilik air di tingkat atas semua guna air direct dari paip utama dan juga dari tangki.
Kos penambahan dapur dan balkoni = Rm 18,500.00
Tambahan kos2 lain = Rm 1,830.00
Jumlah keseluruhan = Rm 20,330.00
4) KEBENARAN PENGUBAHSUAI RUMAH DARI PBT
Untuk dapatkan kebenaran pengubahsuian rumah dari PBT tempatan macam di negeri Perlis ni di Majlis Perbandaran Kangar, aku dapatkan melalui arkitek yang buat rumah taman aku tu, ampa bole tanya pihak pemaju siapa arkitek yang buat rumah kita senang sebab depa dah ada floor plan rumah kita jadi tak perlu ambik masa lama untuk depa lukis balik dan depa akan uruskan semua urusan permohonan tersebut, kita hanya pi sign dan bayar kos permohonan dari pihak MPK ja bila dah dapat banner permit kebenaran pengubahsuai tu kita pasang ja kat pagar depan supaya senang bila penguatkuasa MPK buat pemeriksaan. Sebab apa kebenaran pengubahsuain dari PBT ni penting ? sebab utk taman2 perumahan yg baru siap selalunya penguatkuasa PBT akan ronda dan kalau terjumpa pemilik rumah buat pengubahsuaian takdak kebenaran dari PBT, owner akan dikenakan denda sebanyak 10 kali ganda dari yuran proses, sebagai contoh yuran proses Rm 150.00 jadi denda yg dikenakan adalah Rm 1,500.00, dan kontraktor pembinaan dilarang meneruskan pembinaan, kalau kontraktor masih membuat pembinaan kontraktor pulak yg akan didenda oleh PBT. Bila owner kena denda , denda ni kena bayar, bayaran utk permit pengubahsuaian pun kena bayar jadi dah 2 kali bayar kan dah rugi, jadi buat awal2 senang kerja.
Kos Permit Kebenaran Pengubahsuai rumah = Rm 1,500.00
5) GRILL DAN AWNING
Untuk Grill dan awning ni kita perlu decide untuk design apa yg kita nak buat, lagi susah design tersebut lagi mahal harganya. Dan kalau bole ikutlah design terkini sebab ada aku tengok ramai yang masih dok buat design yang 10 taun lepas sedangkan banyak design terkini yang lebih cantik dan murah. Untuk rumah aku dah decide ngan wife untuk buat design industrial grill sebab ramai yang dok buat design tu la ni, dan untuk awning aku buat design Panggola yang guna zink biasa ja untuk atap. Untuk buat grill dan awning ni pun kena pi tanya banyak tempat baru la dapat banding harga dan yang penting slot untuk pasang tu cepat sebab aku penah tanya satu kedai tu dia kata klu aku tempah kena tunggu slot utk pasang dekat 4 bulan. Jadi aku kensel aku ambik yang boleh pasang cepat. Lagi satu seeloknya grill ngan awning ni buat sekali satu tukang sebab aku tengok ada yang pasang grill org lain, yang buat awning org lain kan tak pasai2 kena tanggung upah pasang yang tinggi.
Kos grill dan awning = Rm 6,100.00
6) LAMPU, SUIS DAN KIPAS
Bagi lampu dan kipas ni beberapa bulan sebelum dapat kunci tu dah elok untuk buat survey harga di kedai sekitar anda dan juga harga di laman2 jualan online sebab ada peralatan tersebut yang murah di kedai dan ada juga yang murah di laman jualan online. Bagi aku aku beli dari dua2 sumber tersebut sebab setelah membuat perbandingan harga dan rekabentuk. Kipas dan lampu pagar aku beli semua online sebab murah banyak dari kedai, untuk lampu indoor plak aku beli di kedai sebab kebetulan pada masa tu ada sebuah kedai peralatan jual lampu ni nak berpindah ke lokasi baru jadi dia pakat lelong habis lampu2 hiasan, Suis dan lampu LED dengan harga yg cukup murah, aku borong siap2 senang takut habis stok plak satgi, jadi aku hanya upah wireman ja untuk pemasangan semua tu. Untuk suis pun aku beli dari kedai Juta Elektrikal ni jugak sebab kita bole tukar balik kalau tersalah atau rosak, mmg recommended tapi suis ni nasihat aku beli la awal2 sebab stok yang ada kat kedai dia terhad dan akan menyebabkan kita terpaksa beberapa kali panggil tukang untuk pasang balik bila stok dah ada.
Kos Kipas, Lampu, suis dan upah pemasangan = Rm 2,921.36
7) KITCHEN KABINET
Untuk kabinet dapur aku buat 2 dapur untuk rumah aku , satu untuk dry kitchen satu utk wet kitchen. Yang wet kitchen ni termasuk dalam extend bahagian dapoq tu yang mana tukang buat table top pakai konkrit tile dan aku pi cari tukang buat kabinet bawah ja kat kedai aluminium. Mula tu aku cadang nak buat dry kitchen kabinet kat kedai Heng Fong Aloq Staq tapi bila banding harga ngan kat kedai di Perlis lagi jimat aku tempah kedai kat Perlis ja tambahan musim2 PKP ni org dari Kedah susah nak masuk Perlis senang sikit la kerja klu deal dengan kedai tempatan ni. Sebab aku tengok ada jiran aku yang tempah kabinet dapur di Aloq Staq dah tergendala proses pemasangan sebab PKP ni. Untuk dry kitchen ni aku tempah kat kedai di ACfirst di Seriab juga top table guna konkrit dan kabinet guna aluminium 4G Glass. Untuk dry kitchen ni aku guna dapoq induction ngan infra red sebab ni kira macam plan B la kalau2 dapoq gas di wet kitchen habis tengah2 malam atau hari cuti ble la guna dapoq induction ngan infra red sementara waktu sebab dia guna elektrik ja. Mula tu aku nak beli dapoq induction ngan hood dekat kedai ni sebab senang nanti depa bole pi pasang sekali tapi bila tanya harga nak dekat Rm 4k aku tak jadi ambik, aku order online ja dah ble jimat dekat Rm 2k lebih. Lagi satu pesanan aku cuba elakkan buat kitchen kabinet guna kayu, guna la meterial lain cam granite ka, konkrit ka, tiles ka, aluminium ka sebab material ni lagi tahan lama dan tak mudah rosak berbanding kayu sebab ni kesan pengalaman aku dengan rumah lama yang aku buat guna kayu, murah tu memang murah tapi tak berbaloi untuk jangka masa panjang.
Dry Kitchen kabinet = Rm 7,330.00
8) LANGSIR DAN BLIND
Untuk langsir kat rumah aku ni pun aku pi tanya banyak kedai, bagi ukuran yang kita ukur siap2 dan kita bole buat perbandingan kedai mana yg murah. Untuk rumah aku, aku hanya tempah buat langsir pintu sliding door ja yg mana kos semua termasuk upah pasang tiang railing hanya Rm 1,220. Untuk bilik2 lain aku hanya beli online langsir dengan batang hook Ikea ready made ja sebab lagi murah, untuk bahagian2 lain aku guna zebra blind yg mana aku pasang sendiri ja semua lagi jimat.
Langsir sliding door = Rm 1,220.00
Langsir dan zebra blind = Rm 598.25
9) KABINET TV
Sekali lagi aku ingatkan nak buat apa2 seeloknya tanya banyak tempat, macam kabinet tv ni aku nak buat yg custom made ikut design aku dan aku pi survey la harga kat satu tukang kayu di Titi Chai dan harga yang dia bagi Rm 2,500 termasuk pasang. Bila aku tanya satu lagi tukang kayu di Jejawi dia bagi harga Rm 1,800 termasuk pasang siap lukis detail lagi design kabinet dapoq tu kalau nak tambah lampu backlight cuma tambah Rm 314.00 ja. Kan dah jimat bajet sbb tukang ni penah buat kabinet dapoq aku dulu untuk rumah lama aku.
Kabinet Tv = Rm 2,140.00
10) PERABOT DAN PERALATAN ELEKTRIK
Memandangkan perabot2 kat rumah lama aku ni dah menginjak usia 10 tahun jadi banyak jugak la perabot yang aku tinggal tak bawak pi rumah baru. Jadi ada beberapa la perabot yang aku beli baru macam sofa, peti ais, kerusi makan, katil, wardrobe, meja komputer, tv, dapoq dan beberapa perabot dari IKEA. Ada yang aku beli online dan ada juga yang aku beli kat kedai yang mana aku tengok harga lebih murah tapi kualiti hampir sama.
Perabot = Rm 18,714.00
11) AIRCOND
Untuk aircond kat rumah ni aku pasang di 3 bilik tidur atas dan juga 1 di ruang tamu. Untuk bilik anak aku sebijik aircond aku ambik dari rumah lama sebab aircond tu masih baru dan elok jadi aku hanya bawak keluar modal beli lagi 3 aircond yang mana aircond di ruang tamu aku guna yang 2 hp sebab kawasan dia luas sikit. Aku beli semua aircond melalui online ja sebab harga aircond kat kedai2 sini semua mahal walaupun untuk set terpakai. Bagi upah pemasangan aku upah tukang yang selalu dok mai buat servis ekon kat rumah aku jadi senang kira.
Aircond + upah pemasangan = Rm 4,550.00
12) CEILING PLASTER & WIRING
Untuk siling plaster tu mulanya aku nak upah sorang tukang ja termasuk pasang vinyl floor tapi bila dia bagi quotation aku nampak macam mahal plak harga untuk pemasangan vinyl floor tu, jadi aku kensel buat vinyl floor kat beliau aku hanya buat plaster siling ja kat dia. Siling plaster ni seeloknya buat termasuk dengan wiring sebab akan jadi masalah dikemudian hari kalau kita upah wiring asing dan plaster siling asing sebab dah jadi kat jiran aku, wiring dia upah kat org lain yg ambik masa lama baru nak siap tapi tukang siling dah nak masuk buat alih2 dah tertangguh masa nak buat plaster siling tu. Siling plaster ni aku hanya buat dari ruang tamu sampai ruang dining sahaja dan aku tambah siap2 suis yang mana kita nak pasang, macam rumah aku, aku tambah siap2 suis dan plug untuk aircond di 3 bilik dan satu ruang tamu, tambahan plug di porch dan plug untuk pam air di luar.
Pemasangan Siling Plaster + wiring = Rm 9,700.00
13) CAT DAN CUCI RUMAH
Untuk cat ni kita buat selepas segala kerja2 pembinaan telah selesai. Aku upah kerja mengecat dan cuci satu rumah ni dekat mamat bangla yang dok buat mentenen kat taman aku ni sebab murah ja upah dia ambik dah bole jimat dah, cat2 bahagian lain dia guna cat dia sendiri cuma untuk bahagian ruang tamu dengan dining aku beli sendiri cat mintak tolong dia sapu ja. Gambaq bangla tu takdak jadi aku ganti dengan gambaq aku tengah cuci sebab muka aku pun dah nak iras2 bangla look dah kan hahahaha....
Upah cat dan cuci = Rm 600.00
Cat bah. ruang tamu dan dining = Rm 370.00 (15 Liter)
14) LANTAI VINYL & ARTIFICAL GRASS
Bagi pemasangan vinyl floor ni bagi aku adalah perkara yang terakhir kita buat selepas selesai extend bahagian, pasang siling plaster, cat, wiring elektrik, pasang kabinet dapur sebab sebelum kita pasang vinyl floor ni sebab kita kena cuci lantai bagi bersih dulu baru buat pemasangan. Untuk vinyl floor ni pun aku tanya banyak tukang selepas harga yg kontraktor siling plaster bagi tu agak kayangan jugak jadi aku survey beberapa tukang lain jadi kita dapatlah harga yang berpatutan dan terjangkau. Dimana vinyl floor ni aku pasang di ruangan bawah ja, sementara artificial grass ni aku pasang di ruangan laundry dan juga hadapan porch aku.
Vinyl dan artificial grass = Rm 3,145.00
15) PENAPIS AIR (OUTDOOR ) DAN PAM AIR
Bagi kawasan perumahan aku ni tekanan air tu kadang2 slow sangat tambah2 untuk shower bilik air di tingkat 2 sebab kedudukan tangki yang kurang tinggi pada bilik menyebabkan graviti tu kurang. Jadi untuk menyelesaikan permasalahan ni aku pasang pam air termasuk penapis air (outdoor) di luar, dan di atas rumah aku mintak plumber buat paip bypass yang mana paip air di bilik2 air tingkat 2 semua direct terus dari paip bawah dan bukan paip tangki yang mana aliran dia lagi laju sebab dah guna pam.
Pam Air Hitachi = Rm 640.00
Penapis Air (Outdoor) = Rm 250.00
Upah plumber = Rm 1000.00 (pasang,buat bypass dan plug punca kuasa pam)
16) AKSESORI BILIK AIR
Aksesori bilik air ni sebagai contoh rak shampoo, tuala hanger ngan shower aku beli kat kedai di Aloq Staq sebab murah, cuma cermin ja aku beli online sebab murah banyak berbanding di kedai. Upah pasang aku suruh budak2 wiring tu tolong pasang sebab aku failed sikit drill jubin ni sebab penah pecah masa aku drill kat rumah lama aku dulu.
Aksesori bilik air = Rm 488.00
17) KABINET ALUMINIUM KITCHEN KABINET WET DAN SLIDING DOOR
Untuk dapur basah ni aku cuma buat kabinet dalam ja memandangkan binaan luar dah termasuk dalam harga extend bahagian.Jadi untuk kabinet dalam ni aku guna material aluminium 3G dan juga termasuk pemasangan pintu sliding antara ruang dining dan dapur kering jadi bila masak apa2 bole tutup pintu sliding tu dan bau masakan tak la merebak ke ruang-ruang lain di dalam rumah.
Kabinet Aluminium 3G + Sliding door = Rm 2,320.00
18) LORI SEWA PINDAH BARANG
Kalau kita sebelum ini menetap di mana2 dan ada perabot yang ingin dibawa ke rumah baru semestinya kita perlu sewa lori untuk menggangkat perabot2 tersebut. Memandangkan jarak rumah lama aku ke rumah baru ni tak jauh jadi tak la mahal sangat sewanya, aku ambik termasuk 2 org pekerja untuk menggangkat barang2 tersebut ke dalam lori dan juga di rumah baru nanti jadi tak la teruk sangat nak mengangkatnya. Aku ambik lori 1 tan ja sebab tak banyak perabot yg nak diangkat memandangkan seminggu sebelum pindah tu aku dah berangkut banyak barang yg bole dimuat dalam keta aku jadi dah jimat trip dah di situ.
Lori sewa + 2 orang pekerja = Rm 240.00
Sebagai langkah2 penjimatan aku nasihatkan cubalah sebaik mungkin untuk kurangkan kos pada benda2 yang tak perlu dan masih elok digunakan sebagai contoh tukar pintu utama , pintu bilik atau pintu bilik air, kalau rasa pintu2 dalam rumah masih elok rasanya guna yang tu dahulu berbanding beli pintu yang mahal2. Tak perlu pasang siling plaster semua bahagian sebab pada pendapat aku kalau dah ruang siling tu dah elok tak payah dah bubuh siling plaster, pasang lampu yang build in ja simple, cantik dan jimat kos, yang orang bubuh siling plaster bagi rumah 2 tingkat ni sebab ruang bawah tu ada bin konkrit yang nampak tak elok bila dipandang jadi kita kaver la dengan plaster siling, untuk ruangan lain tu tak perlu rasanya. Tak perlu pasang jubin tile di ruang2 yang jarang digunakan sebagai contoh stor, ruang stor ni tak perlu nak cantik sangat sebab bukan kita nak lepak dalam tu pun, letak rak utk susun barang2 dengan teratur dan pasang lampu sudah. Tapi kalau ada kos lebih tu nak pasang takdak masalah la, ikut pendapat dan bajet masing2 dan apa yang aku anggarkan ni adalah anggaran kasar, sebenarnya banyak lagi kos2 tambahan yang aku tak berapa nak ingat jadi kesimpulannya nak rumah idaman menyimpan la duit siap2. Jadi itu la serba sedikit bajet minimalis bagi aku untuk persediaan masuk rumah baru sebab tu aku tekankan di awal-awal post tentang simpanan sebelum masuk rumah baru kerana sememangnya segala kos renovate dan pemasangan aksesori2 memerlukan ongkos yang agak banyak jika kita ingin ubah kediaman kita menjadi rumahku syurgaku.
Terima kasih tips yg diberikan. Blh tau berapa keluasan dapur tambahan belakang tu? Tk
ReplyDeleteterima kasih sama2 sharing,keluasan dapur belakang tambahan tu 22 x 9 kaki
Deleteuntuk tambah bata dinding antara rumah jiran tu share ke kos tanggung sendiri
ReplyDeleteTambah bata dinding antara jiran tu saya tanggung sendiri semua, termasuk plaster dan cat bahagian belah jiran tapi sebelum nak buat tambahan mmg saya dah maklum kat jiran yg saya tanggung semua sbb bagi saya tu sebahagian adab dalam berjiran lagi pula kos dia tak la mahal mana. Jiran senang saya pun senang.
DeleteHai saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kontraktor yang tuan hired untuk buat renovation. Boleh tuan kongsikan maklumat kontraktor berkenaan kpd saya at fz_zyqah@yahoo.com. Tq.
ReplyDeleteok saya dah reply no kontek kontraktor ubahsuai rumah tu kat email tuan.
DeleteSalam.. boleh emailkn dekat sy no kontractor yg buat renovation n dapur dan di mana tuan beli kipas dan wireman.. Tq
ReplyDeleteni no kontek tukang yang buat rumah saya, 012-4648624, kipas semua saya beli online dalam shoppe
DeleteSlm tuan stay dkt negeri mne tu? Mne tau bleh guna tukang rmh yg sama.
ReplyDeleteSaya duduk di Perlis tuan.
DeleteTerima kasih Tuan, Great Sharing!
ReplyDeleteSama2 tuan.
DeleteTERIMA KASIH TUAN ATS PERKONGSIAN
ReplyDeletesama2 tuan, sama2 kongsi
Deleteinfo yg sgt berguna. Kebetulan beli rumah 2 tgkt juga tp itula kos kasar dia sgt menyeramkan 😁
ReplyDeleteterima kasih, hahaha..tu la, nasib la sya sempat jugak menyimpan sebelum masuk rumah haritu sbb tau dah kos utk rumah 2 tingkat sahih tinggi
DeleteEncik bole recommend x tukang extend rumah tu
ReplyDeleteni no dia
Deletepaksu tukang rumah
012-4648624
Salam tuan boleh minta no fon house defect?
ReplyDeletewaalaikumussalam ni no dia, tapi bang mie ni dia kaver negeri belah utara tp ble tanya dia utk ejen negeri2 lain
Deletebang mie 016-4495362
Untuk dapur kering pemasangan vinyl dulu ke KC dulu ..harap tuan dpt berkongsi tips
ReplyDeleteUntuk dapur kering pemasangan kitchen kabinet dulu baru vinyl
DeleteTuan, ada upah lori ambil area perlis atau alor setar? Ada no telefon tak?
ReplyDeletealor setaq, ambik no ni 01110554278
DeleteSalam tuan, boleh saya dapatkan contact person wiring dan grill rumah. Terima kasih
ReplyDeleteni no dia 0195182287
Deleteni no org buat grill 0149467063 (jan grill0
Deletecantik rumah. tahniah. mcm rumah teres 2 tingkat dkt belakang borong din behor pulai.
ReplyDeleteencik cat rumah dulu ke pasang aircond dulu
ReplyDeletesaya cat rumah dulu baru pasang aircond
Deleteassalam encik.. saya nk tanya.. utk pemasangn grill pintu dan tingkap perlukan permit dari PBT atau x?
ReplyDeletewaalaikumussalam, utk pemasangan gril pintu dan tingkap tak perlu permit dari PBT
DeleteCool and I have a nifty offer you: How To Design House Renovation house renos
ReplyDelete