Jangan Clik

Tuesday, June 23, 2020

Tips Beli Rumah



Bagi pembaca di luar sana yang mana dalam rangka perancangan nak beli rumah atau baru nak buat rumah atas tanah sendiri, di sini ada beberapa tips sebagai panduan ringkas sebelum anda membeli rumah tersebut. Terdapat beberapa perkara sebelum membeli rumah perlu diambil kira kerana ada segelintir  pembeli yang membuat kesilapan membeli rumah dengan tujuan yang salah dan akhirnya menanggung kerugian apabila terpaksa menjual balik rumah atau terpaksa telan sahaja dengan pembayaran ansuran yang agak tinggi saban tahun walaupun pelbagai masalah dihidapi selepas membeli rumah tersebut. Di sini saya sertakan beberapa tips sebagai panduan pembeli di luar sana sebelum membeli rumah impian masing-masing.

1-    Kemampuan Kewangan

Belilah rumah mengikut kemampuan kewangan anda, walaupun kadar pinjaman anda boleh membeli rumah yang berharga Rm 500,000.00 tetapi anda kena lihat bebanan kewangan yang lain sebagai contoh loan kereta, pinjaman peribadi, keperluan anak2 (susu,pampers,yuran tusyen, yuran mengaji), nafkah ibu bapa, simpanan kecemasan, bil.2 utiliti dan lain2 kewajipan baru anda bole menilai tahap pinjaman perumahan mengikut kemampuan kewangan anda yang sudah ditolak kewajipan lain sebab ada banyak kos lain yang perlu diambil kira sebagai contoh deposit rumah, bayaran kos peguam, duti setem dan banyak lagi sebelum anda buat sebarang pembelian rumah. Anda boleh cek ansuran bulanan anda menggunakan kalkulator pinjaman perumahan di https://www.imoney.my/ms/kalkulator/pinjaman-perumahan.

2-    Jenis Rumah

Ada orang yang suka beli rumah undercon iaitu rumah taman yang dalam pembinaan, rumah subsale atau rumah lelong dan juga rumah yang dibina atas tanah sendiri. Bagi rumah undercon atau rumah taman ni mudah banyak la sebab banyak kemudahan yang diuruskan oleh pemaju macam sambungan elektrik, air , saliran longkang dan juga pengurusan kebersihan dan sisa pepejal sebab di taman di akan ada kontraktor pembersihan yang akan mai potong rumput di luar kawasan rumah, bersihkan longkang dan juga ada pungutan sampah setiap 2 kali seminggu. Begitu juga untuk rumah subsale ni, tapi harus diingat kebanyakan rumah subsale ni rumah2 lama dan kalau rumah tu dibina bawah tahun 2007 kebanyakan rangka bumbung dibuat dari kayu berbanding taman perumahan yg dibina 2008 ke atas yang rangka bumbung banyak menggunakan rangka aluminium, takut-takut rangka tersebut sudah dimakan anai2 menyebabkan anda terpaksa mengeluarkan modal tambahan untuk membaikinya. 
    Bagi rumah yang dibina atas tanah sendiri ni anda perlu ambil tahu beberapa perkara ni sebelum membina rumah, sambungan elektrik dan air - kalau tanah yang anda ingin bina rumah tu berdekatan dengan kawasan perumahan lain takdak masalah, tapi kalau tanah anda tu jauh dari rumah-rumah yang lain akan menyebabkan anda terpaksa mengeluarkan sedikit modal untuk mebayar kepada kontraktor pemasangan bagi penyambungan elektrik atau air yg mana mereka terpaksa memasang 2 atau 3 tiang elektrik untuk sampai ke rumah anda dan juga kos mengorek tanah bagi membuat sambungan paip air ke rumah anda.Lagi satu kalau tanah yang anda bina rumah tu berdekatan dengan jalan utama mungkin tiada masalah dalam menguruskan sisa sampah rumah anda yang anda boleh buang di tempat pembuangan sampah berdekatan, tetapi kalau tanah anda tu jauh ke dalam kampung atau sawah bendang mungkin rumit sikit la nak buang sampah melainkan anda buang sampah sekerap mungkin untuk mengelakkan sampah tu berbau atau mungkin anda boleh mengorek tanah di kawasan rumah anda itu sebagai tapak pembuangan sampah yang boleh anda bakar tetapi apabila lama2 kawasan tersebut akan berbau, berdebu dan mungkin juga akan lecak disebabkan dari sampah2 tersebut. Tetapi rumah yang dibina atas tanah sendiri ni sesuai la untuk orang yang inginkan suasana privasi atau yang suka berkebun sebab kawasan tanah yang luas yang boleh ditanam pelbagai tanaman.

Kebanyakan bagi yang duduk di bandar besar selalunya akan membeli rumah jeni kondo, apartment atau flat disebabkan kosnya lebih murah berbanding rumah landed ni, tetapi bagi kawasan2 lain kebanyakan pembeli lebih suka membeli rumah landed tak kisah jenis teres setingkat, semi-d, teres dua tingkat atau semi-d dan juga banglo tapi tu semua ikut pilihan dan keselesaan masing2. 

3 - Kemudahan dan Jarak

Carilah rumah yang berdekatan dengan segala kemudahan seperti hospital, kedai runcit, pasar basah, balai polis, stesen minyak, bengkel kereta atau motor, bank, pejabat pos, restoran, sekolah dan berdekatan dengan tempat kerja. Ni pun antara sebab aku tolak rumah yang awal2 aku beli di Padang Besar dulu sebab jarak sekolah anak aku dan tempat kerja aku suami isteri lebih kurang 27 km dari rumah, sangat tak berbaloi dan meletihkan, tambahan kawasan perumahan tu agak jauh dengan hospital, kedai2 runcit dan kemudahan lain membuatkan aku tekad membatalkan pembelian rumah tersebut walaupun harganya murah sedikit berbanding rumah-rumah di kawasan Kangar. Ada pembeli yang aku tengok (termasuk la aku masa dulu) beli rumah berdasarkan harga walaupun terletak agak jauh dari tempat kerja dan kemudahan terdekat, tapi bila lama2 fikir agak tak berbaloi dengan kos minyak ulang alik dan juga jarak yg memakan masa agak lama. Sebagai contoh opismate aku terpaksa menghantar anaknya ke sekolah dan ke tempat kerja lebih kurang 22 km sehari menyebabkan dia terpaksa menjual balik rumahnya dan beli rumah lain yg berdekatan.
    
4 - Komuniti dan Persekitaran

Kalau boleh selidik dahulu komuniti dan suasana kawasan di persekitaran perumahan tersebut sama ada kawasan tersebut rawan jenayah atau kawasan banjir sebab kawan aku ada terbeli rumah yang berada dalam kawasan black area sebab kawasan tu banyak kes penagihan dadah, akibatnya kawasan perumahan dia beli tu sering berlaku kecurian dan kejadian pecah rumah sehinggakan penduduk kat situ terpaksa buat rukun tetangga dan mengupah kawalan keselamatan dari luar bagi menjaga ketenteraman penduduk kat situ. Lagi satu kalau ada kawasan perumahan yang menyediakan kawalan keselamatan  berpengawal lagi recommended  sebab tahap keselamatan persekitaran lebih terjamin bila ada pengawal keselamatan ni.
    Elakkan beli rumah berdekatan dengan kilang-kilang, loji kumbahan atau loji janakuasa elektrik sebab kawasan-kawasan begini sedikit berisiko akibat dari pencemaran udara, air dan bahan-bahan tercemar yang boleh mengakibatkan rumah kita susut nilai kalau kita ingin menjualnya semula dan agak susah untuk mencari penyewa.

5 - Kiblat dan arah cahaya matahari

Lihat arah matahari memancar, kalau boleh elakkan membeli rumah yang cahaya matahari waktu tengahari atau petang memancar ke ruang2 utama macam ruang tamu dan bilik utama, sebab bahangnya sangat terasa. Kalau nak tengok orientasi cahaya matahari tersebut datanglah ke rumah yang ingin dibeli pada waktu pagi dan petang, kalau cahaya matahari pagi kena ruang tamu atau bilik tidur utama ok lagi sebab kurang berbahang berbanding cahaya matahari waktu tengahari dan petang.
    Lagi satu kita tengok arah kiblat bagi kita yang Beragama Islam sebab macam tak manis kalau kita nak solat nanti kiblat menghadap ke arah tandas pulak.

6 - Rekabentuk dan meterial bangunan

Kalau boleh belilah rumah yang pintu utamanya tak nampak ruang dapur kita, kerana bahagian dapur ini ruang aurat bagi wanita, sebaiknya dibuat pintu sliding bagi memisahkan ruang utama dengan dapur, selain privasi ia juga mengelakkan bau masakan memenuhi segenap ruang rumah.
    Seboleh-bolehnya kalau yang ingin membeli rumah teres setingkat elakkan membeli rumah yang pintu biliknya menghadap ruang tamu, sebab kurang manis jika ada tetamu yang bertandang ternampak suasana di dalam bilik kita sebab pada pendapat aku ruang bilik adalah tempat privasi yang seharusnya tidak dipertontonkan.
    Elakkan bumbung yang menggunakan meterial simen atau metaldec sebab ianya bukan penebat haba yang baik berbanding bumbung yang menggunakan atap jenis genting atau clay tiles.
    Cari bahan binaan dinding rumah yang menggunakan bata merah dan bukan bata simen sebab bata merah amat baik sebagai bahan penebat haba.
    Kalau boleh cari rumah yang mempunyai tangki airnya terletak di luar dan bukannya terletak di dalam bumbung, selain mengelakkan kebocoran ke dalam rumah ianya juga memudahkan kita untuk membersihkannnya dan juga membuat penyelenggaraan.
    Pilih lah rumah yang mempunyai ketinggian siling lebih 10' kaki supaya kurang haba panas dan juga mengelakkan dari jari2 kita terkena bilah kipas siling.
    Pastikan depan rumah lapang dan tidak berdekatan jalan raya utama kerana keselamatan anak2 yang bermain lebih terjamin dan ruang untuk saudara mara dan teman yang datang berkunjung untuk meletak kenderaan banyak dan luas. Kalau dapat yang berhadapan padang permainan lagi bagus.
    Pilih rumah yang warna cat luarannya cerah dan bukan cat yang agak gelap sebab warna cat yang cerah ni berfungsi sebagai pemantul haba dan cahaya yang sangat baik berbanding warna cat gelap yang lebih menyerap haba menyebabkan ruang dalam rumah kita tu seperti berada di dalam oven.
    Pilih la pemaju perumahan yang ada track rekod yang bagus dan berkualiti tinggi supaya kita tak menghadapi masalah di kemudian hari.

7) Capaian Internet (fiber)

Kalau dulu perkhidmatan atau capaian internet tidak menjadi keutamaan semua tetapi apabila memasuki era teknologi di hujung jari pada masa kini. Kadar capaian internet untuk satu-satu kawasan tersebut sudah menjadi antara aspek penting untuk diteliti tambahan semasa perintah kawalan pergerakan akibat Covid 19 tempoh hari yang mana penggunaan capaian internet bagi membuat kerja2 sekolah online, kelas-kelas online, kursus2 online, mesyuarat2 online dan juga tempahan barangan yang menggunakan sistem online. Memandangkan kawasan di negeri Perlis tidak seperti bandar-bandar besar lain macam KL, Johor Bahru, Georgetown, Shah Alam  atau yang sama taraf dengannya yang mana liputan fiber internet meluas, berkelajuan tinggi ditawarkan dari pelbagai rangkaian dari TM Unifi, Time, Maxis Fiber  dan pelbagai lagi, tetapi di Negeri Perlis hanya kawasan-kawasan tertentu sahaja yang mendapat liputan fiber internet 100 mbps atau 300 mbps, sebab itu pemilihan rumah yang ingin dibeli  atas aspek capaian internet ni juga amat penting bagi aku.
    Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri di kawasan perumahan lama aku yang mana kawasan taman tersebut hanya menerima capaian internet Streamyx maksima 2 mbps sahaja. Sedangkan jarak taman aku dengan bandar Kangar hanya 3 km sahaja dan jarak taman aku dengan taman yang mendapat capaian internet Unifi 300 mbps hanya 300 meter sahaja. Hampa bayangkan kalau aku jadi beli rumah di taman perumahan Padang Besar dulu yang mana aku dimaklumkan di sana hanya dapat capaian internet Streamyx 4 mbps sahaja. Pelbagai ikhtiar aku lakukan dari mengumpul semua nama pemilik rumah di taman aku hingga meminta surat sokongan dari wakil rakyat bandar Kangar untuk meminta pihak TM upgrade kelajuan internet taman aku walaupun hanya 8 mbps sekalipun, tetapi jawapan yang diterima amat mendukacitakan kerana saiz taman perumahan aku agak kecil dan pengguna perkhidmatan Streamyx yang sedikit menyebabkan TM perlu mengeluarkan kos yang agak tinggi untuk upgrade capaian.Bayangkan dengan kelajuan internet 2 mbps aku terpaksa membeli modem yang mempunyai suis on off wifi untuk mengelakkan lag ketika aku main game online di PS4, kalau nak download game online lagi la, makan masa seminggu baru nak setel, sampai panas modem dengan PS4 aku sebab on 24 jam. Tapi alhamdulillah sekitar pertengahan tahun 2020 baru TM mai upgrade kelajuan internet kat taman lama aku ke Unifi 100 mbps. Merasa jugak la internet laju, download game PS4 setel 3 jam ja, upload video2 anak aku kat channel youtube pun 3 minit ja berbanding sebelum ni yang memakan masa berjam2 walau nak upload 1 video ja.
    Kenapa aku kata capaian dan kelajuan internet ni penting dalam pemilihan rumah di sesuatu kawasan, sebab dengan kelajuan internet yang tinggi kita boleh pasang device streaming kat tv rumah kita yang mana lagi berbaloi,lagi murah dan lagi berkualiti dari langgan Astro. Bayangkan anda hanya bayar cuma Rm 89 untuk 30 mbps dan tambahan yuran langganan siaran online yang cukup murah dengan share akaun , ada yang Rm 12 sebulan, ada yg Rm 20 sebulan yg dapat beratus-ratus channel dan ada yg bayar lumpsum contoh Rm 40 untuk 3 bulan dan macam2 lagi, selain saluran2 online percuma yang lain yang mana kita boleh nikmati pelbagai channel tanpa had dan ikut kemahuan kita macam netflix, iflix, prime video, vidio, viu, zee, tonton, layar3, disney+ dan pelbagai lagi app yang kita boleh download di playstore.Kita cuma perlu bayar Rm 120 sahaja sebulan termasuk bil internet untuk menikmati pelbagai siaran seluruh dunia berbanding langgan pakej super pack Astro yang berjumlah Rm 156 sebulan, kita dah boleh berjimat dekat Rm 100 sebulan, untung kan?
    Tak kisahla apa jenis device streaming yang anda pakai, ikut kemampuan masing2, ada yang pakai android box, ada yang pakai Mi box S, AFTV 4K, Nvidia Shield dan pelbagai lagi yang boleh dibeli secara online. Sekarang aku nak main game online pun dah tak payah off wifi dah, anak2 dan isteri aku pun boleh surf internet tanpa halangan. Bagi capaian dan kelajuan internet untuk kawasan perumahan baru aku ni berkelajuan Unifi 300 mbps sebab aku dah cek siap2 kat TM Point sebelum aku beli rumah kat kat kawasan perumahan ni dulu sebab takut dapat taman yang takdak capaian internet atau kelajuan internet yang rendah.

Akhir sekali pesanan aku , tiada rumah yang sempurna, adalah mustahil untuk mencari rumah yang hampir sempurna tetapi buatlah pilihan terbaik mengikut kehendak masing-masing secara berkompromi dengan ciri-ciri tertentu sebab kita tak beli rumah setiap hari jadi bila dah beli dan tersilap langkah takut kita akan menyesal di kemudian hari tapi janganlah disebabkan nak cari rumah yang terbaik sehingga kita tak membeli rumah langsung. Sekian sahaja setakat ini, semoga panduan di atas dapat dimanfaatkan bersama buat para hunter rumah sekalian.


No comments:

Post a Comment