Jangan Clik

Tuesday, March 7, 2023

Susah senang bersama




 Haritu godek2 komputer terjumpa video2 lama yg wife aku rakam anak sulung aku masa dia kecik2 dulu, jadi untuk aku abadikan kenangan2 masa dia membesaq tu dulu aku buat la video tik tok sempena harijadi dia yang ke 14 tahun haritu.

Sambil2 edit video tu lalu terflashback la masa2 aku ngan wife struggle di awal2 perkahwinan untuk melayari arus kehidupan berumahtangga sebab kalau hampa perasan di video no 2 (yg anak aku teriak) ngan video 3 (anak aku nak belajar sembahyang) tu kelihatan suasana persekitaran rumah sewa aku masa dulu. Rumah kampung 3 pintu yg ada 2 bilik kecil dan dapur yg luas 2 langkah org dewasa ja. Ya di rumah kecil tu la aku membesarkan anak aku yang sulung (sebab adik2 dia membesar dah selesa sikit sbb aku dah pindah duduk rumah teres yang aku beli di kangar).

Walaupun kecil tu la syurga bagi kami, bila kita dah biasa dibesarkan dalam suasana yang tak senang kita akan lebih menghargai sesuatu. Sebab tu bila dah duduk dalam zon selesa la ni aku bersyukur sangat sebab anak2 aku dah tak merasai zaman kesusahan ibu babah dia dulu, sampai satu tahap aku persoalkan kenapa la org tua aku tak senang sebab seronok tengok kawan2 yg mai dari keluarga senang bila nak duit cakap ja, nak apa2 sebut ja, yg kawan2 keluarga peniaga lagi seronok aku tengok hanya seluk bekas duit ngan laci duit di kedai ja ambik duit, pi keluar ke bandar  bawak sampai rm 50, yg kita ni rm 10 tak sampai hahaha..tapi bg aku semua tu ada hikmah di sebaliknya untuk kita mencapai kebahagian dengan cara kita sendiri, gapai dengan titik peluh kita tanpa mengharapkan bantuan org lain itulah sebesar-besar penghargaaan yang mebuatkan kita lebih bersyukur dapat keluar dari kepompong kisah silam kita kepada sesuatu yang lebih baik.

Betoi ada org kata kebahagiaan terletak pada kita,cara kita dan bagi aku inilah kebahagian cara aku, aku bahagian tengok wife aku dan anak2 seronok dengan apa yg dikecapi la ni, wpun tak sesempurna org lain kurang2 aku mampu bg anak aku merasa apa yg org lain rasa mengikut kemampuan aku dlm membesarkan depa dalam suasana yang positif dan harmoni. Jadi hidup hanya sekali, rempuh sahaja .....

No comments:

Post a Comment