Rasanya masih belum terlambat aku nak ulas isu yg pernah panas suatu ketika dahulu terutama untuk student2 yg sedang belajar atau lepasan 3 course yang diperkatakan oleh influencer ni. Isu yang beliau katakan itu mengundang reaksi negatif dari ramai bekas2 pelajar,artis , pensyarah2 dan juga masyarakat umum. Di mana dalam video tersebut , influencer tersebut dengan nada menyindir bahawa pelajar mascomm dan teater hanya ingin enjoy dengan joget2, dan melabelkan jurusan tersebut sebagai course bodoh sekaligus mencetuskan kemarahan ramai netizen.
Bagi aku sebagai bekas pelajar lepasan Penulisan Seni Layar Fakulti Seni Kreatif, Filem dan Teater kalau yang dahulunya dikenali Fakulti Seni Persembahan UiTM Shah Alam, apa yang diperkatakan beliau ada yang betul dan ada yang kurang aku sokong. Yang aku kurang sokong adalah tindakan beliau itu aku bole sifatkan sebagai tidak beradab dan merendahkan ilmu serta profesion org lain sedangkan tak semua pelajar2 yang menimba ilmu jurusan tu sekadar ingin enjoy. Contohnya sepanjang aku menimba ilmu di fakulti ni , minat aku untuk menonton filem art atau filem yg berat lebih menarik minat aku berbanding filem yang sarat dengan aksi dan dengan pendedahan dari pensyarah2 yang mahir ilmu perfileman aku lebih memahami dengan lebih mendalam teknik penceritaan sesebuah filem tersebut berbanding sebelum ini sebagai contoh masa aku di sekolah menengah abang kawan aku pernah kata filem "The Sixth Sense" filem yang membosankan sebab banyak bercakap, dan aku pun tak tonton la filem tu sbb beliau kata boring tambahan beliau cikgu TESL jd bg aku mungkin betoi pandangan dia sbb dia lebih mahir berbahasa inggeris berbanding aku,tapi lepas aku melanjutkan pengajian ke baru aku tau yg filem The Sixth Sense termasuk dalam list 100 filem yang wajib di tonton dan menang banyak award di anugerah Oscar, lepas aku tonton baru aku tau filem tu mmg antara filem terbaik pernah dihasilkan, jadi apa yang aku belajar adalah citarasa setiap org yang berbeza, ada yg suka filem aksi, komedi ,cinta dan ada yang suka filem art berat menyebabkan kepelbagaian pendapat dan minat aku tu diasah semasa aku melanjutkan pengajian dalam bidang tersebut di universiti..
Dan ramai di kalangan sahabat aku satu batch atau batch yg lain ada yang dah berjaya dengan profesion masing2 sama ada bekerjaya dalam bidang yang selari dengan jurusan yang diambil ataupun lari bidang.Sebagai contoh ramai di kalangan rakan sebatch yang berjaya menjadi guru termasuk wife aku, mmg lari bidang tapi dengan ilmu yang ditimba di Fakulti berjaya jugak depa serapkan pengalaman tersebut dalam bidang perguruan di sekolah seperti persembahan tarian, nyanyian, rakaman audio dan juga fotoshoot. Dan wife aku juga menggunakan Diploma yg diperolehi di Fakulti utk menyambung ke peringkat Ijazah pendidikan di USM. Ada juga yang berjaya menjadi pegawai dalam pasukan beruniform Polis dan tak kurang juga yang meneruskan kerjaya dalam bidang yang dipelajari yg mana ramai bekerja di RTM, menjadi freelance utk produksi tempatan dan juga menjadi pegawai di Jabatan Kebudayaan dengan ada yg berjaya menjawat jawatan Pengarah Jabatan Kebudayaan negeri serta Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan Negeri. Ada juga yang berjaya menjadi Pensyarah di Universiti2 tempatan dan dilantik menjadi Dekan Fakulti.
Jadi pendapat aku apa course yang kita ambil waima course yang nampak main2 tapi yang menentukan rezeki kita tu adalah Allah swt. Aku juga tak nafikan ada yang masuk belajar hanya untuk berseronok, jauh dari kawalan pada mak ayah, dapat menghabiskan duit pinjaman PTPTN dengan membeli ikut kemahuan sendiri,mai dari kampung sopan bertudung litup pastu sikit2 tudung pun hilang, rambut mula diwarnakan, telingga ditindik 2,3 subang dan bibir tak lekang dari hembusan asap rokok, ada yg bersekedudukan asbab ingin mengikuti arus kemodenan kota walaupun apa yang diikuti adalah sesuatu yang dilarang keras dalam agama. Tapi yang aku nampak hal sebegitu bukan sahaja berlaku budak fakulti mascomm, teater ja, budak2 fakulti lain juga ada yang terjebak malah masalah ni juga menular ke pelajar lain di institusi2 pengajian tinggi seluruh negara menyebabkan ada yang tercicir dalam pelajaran.
Walaupun begitu apa yang penting adalah atas diri kita ,macamana kita menjaga batas pergaulan dan bersahabat di kalangan rakan2 yang betul2 datang dengan nawaitu untuk belajar dan menghabiskan pengajian dari terjebak dengan benda2 yang lagha sebab itulah yang akan menentukan corak perjalanan kita pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment