Bagi peminat-peminat bola sepak Negeri Perlis yang pernah melalui fasa-fasa kebangkitan skuad Singa Utara pada pasca 2004 hingga 2008 pasti masih terpahat di ingatan bagaimana bahang kemeriahan di seluruh atmosfera negeri paling utara yang mana setiap lapis masyarakat tak kira bangsa dan umur memenuhi segenap ruang tempat duduk padang keramat skuad Singa Utara iaitu di Stadium Utama Kangar untuk menyaksikan kehebatan Skuad bola sepak Perlis yang dibarisi ramai bintang tempatan dan antarabangsa beraksi di pentas teratas bola sepak Malaysia.
Tapi itu cerita 20 tahun lalu yang terbalik dengan kisah bola sepak negeri Perlis pada hari ini di mana tiada lagi pasukan bola sepak rasmi negeri Perlis beraksi di pentas bola sepak liga Malaysia, yang ada hanyalah skuad Perlis Guar Syed Alwi yang beraksi di divisyen 2 Liga Malaysia iaitu Liga Malaysia A1 Semi-pro dan skuad Bintong serta Kuala Perlis Titans yang beraksi di divisyen ke 3 liga Malaysia iaitu di Malaysia A2 Amateur League.
Jadi pada hari ini bagi peminat-peminat bola sepak Perlis hanya mampu mengimbau sejarah kegemilangan skuad bola sepak Perlis hanya di media2 sosial dan juga di buku-buku bola sepak lama. Jadi kat sini aku senaraikan buku-buku arena bolasepak dan majalah sukan lain yang mempunyai laporan-laporan berkaitan kejayaan skuad bola sepak Perlis suatu ketika dahulu.
Buku arena bola sepak keluaran Jan 2005 yang cover depan memaprkan pemain bola Tengku Hazman Raja Hassan yang merupakan pemain Perlis ketika itu yang berjaya menjulang Piala Malaysia sebanyak dua kali, bersama Selangor sekali dan bersama Perlis satu kali.
Buku ni dulu aku ada tapi salah sorang sahabat aku pinjam untuk dijadikan rujukan bagi openulisan beliau dalam buku terbitan Dubooks mengenai pasukan-pasukan bola sepak Malaysia. Pastu aku terlupa nak mintak balik kat beliau, dan beliau pun lupa nak bagi balik kat aku, bila aku tanya beliau macam was was buku tu dok mana jadi aku ambik jalan mudah, cari balik buku tu di laman2 jual online buku-buku lama buku ini.
Malangnya masa aku jumpa keluaran ni di Shoppee buku tu dah habis stok org beli, cari punya cari tak jumpa kat mana2. Tapi nak jadi rezeki tengah aku belek2 laman Carousell ada seller baru iklankan buku ini dengan harga cukup murah, aku apalagi contact beliau cepat2 dan alhamdulillah proses jual beli berjalan dengan lancar dan selamat sampai ke tangan aku.
Buku ni aku beli di laman Carousell dengan harga Rm 10 ja, sedangkan buku2 arena bola sepak ni berharga dalam lingkungan Rm 20 hingga Rm 40.Jadi mmg rezeki aku la tambah2 buku ni mmg menjadi koleksi wajib peminat bola sepak Perlis untuk dijadikan simpanan.
Aku rasa seller tak tau yang majalah ni mmg beharga bagi peminat bola sepak Perlis memandangkan seller berasal dari negeri lain. Dan menjual lebihan koleksi yang ada dalam simpanan beliau.
Majalah ni menyiarkan laporan lengkap perjalanan skuad bola sepak Perlis dalam merebut kejuaraan Piala Malaysia buat pertama kali dalam sejarah dengan menewaskan Kedah di Pentas akhir hasil jaringan Andrien Jurad Chamrong melalui balingan jarak jauh dengan berkesudahan Perlis menewaskan Kedah 1-0. Perlis pada masa itu dilatih oleh Cikgu Jan dan dibarisi pemain seperti Botak Khairunisam Shahabudin, Khairi Zainuddin, Yusri Che Lah, Jaoa Bandoch, Tengku Hazman, Andrien Jurad, Philimon Chepita, Faisal Esahar, Nazaruddin Zain, Lamin Conteh Jr dan Amran Omar.
Bagi keluaran majalah arena bola sepak Sept. 2005 pula menyiarkan laporan kejuaraan Liga Super 2005 yang dimenangi skuad Perlis. Di mana cover hadapan majalah adalah pemain bola sepak Liew Kit Kong.
Pada musim 2005 ni ada penambahan yang ketara di bahagian serangan iaitu dengan kehadiran rakan senegara Chepita iaitu Zachariah Simukonda menajamkan bahagian serangan skuad Perlis.
Tidak adil untuk tidak menyebut nama-nama beberapa pemimpin belakang tabir yakni orang kuat Persatuan Bola Sepak Perlis ketika ini yang berusaha menaikkan mutu dan membentuk skuad bola sepak negeri Perlis yang terkenal seluruh Malaysia akan aksi di padang.
Antara tongak pemimpin bapa pembangunan bola sepak negeri Perlis adalah Dato Seri Shahidan Kassim yang masa itu adalah Menteri Besar Perlis merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Perlis disamping Pengurus pasukan, Encik Azmi Saad dan penolong Pengurus Pasukan iaitu Encik (sekarang Dato) Jamil Saad yang banyak menguruskan pasukan dari segi kewangan staf kejurulatihan kerana pada tahun 2005 jurulatih pasukan telah bertukar di mana Cikgu Jan telah ditawarkan menjadi jurulatih pasukan bola sepak Pulau Pinang dan digantikan dengan jurulatih berpengalaman iaitu Abdul Rahman Ibrahim atau dipanggil man dagu yang meneruskan legasi kegemilangan skuad Perlis dalam tempoh mendatang.
Mungkin secara kebetulan bagi keluaran Okt. 2006 yang mana cover majalah arena bola sepak adalah Tengku Hazman Raja Hassan yang mana majalah ini menyiarkan laporan penuh kejuaraan Piala Malaysia tahun 2006 yang juga menjadi milik Perlis sama macam majalah arena bola sepak keluaran Jan 2005 yang juga cover hadapan Tengku Hazman yang mana Piala Malaysia ketika itu juga dimenangi oleh Perlis. Cuma yang membezakannya adalah Tengku Hazman pada masa 2005 dan 2006 bukan lagi pemain pasukan Perlis kerana mengikut Cikgu Jan berubah pasukan ke pasukan bola sepak Pulau Pinang.
Majalah ni mmg ada dalam simpanan aku sebab pada masa tu memang aku akan beli mana2 majalah yang memaparkan laporan berkaitan pasukan bola sepak negeri Perlis dalam Liga Malaysia, Piala FA, Piala Malaysia dan lain2.
Philimon Chepita antara pemian import terbaik Perlis di mana beliau menabur bakti di bumi Perlis selama 5 musim.
Skuad Bola sepak Perlis sebenarnya telah layak ke final sebanyak 3 kali dan hanya mampu menjuarai 2 daripadanya iaitu pada edisi 2004 dan 2006, dimana tahun 2006 skuad Perlis menewaskan skuad Negeri Sembilan Naza.
Skuad bola sepak Perlis pada tahun 2006 terdapat perubahan dimana ada beberapa tonggak utama pasukan berhijrah ke pasukan lain seperti Yusri Che Lah dan Kapten Khaironisam Shahbudin. Dan Manzoor Azwira dilantik menjadi ketua pasukan yang baru.
Manzoor Azwira seingat aku seorang kapten yang cukup Islamik, main pakai seluar fit menutupi lutut, minum duduk dan akan membaca doa sebelum memulakan sesuatu perlawanan.
Selain Majalah Arena Bola sepak aku ada juga beli majalah lain yang menyiarkan laporan tentang Piala Malaysia tahun 2006 yang dimenangi skuad Perlis.
Ni Majalah Arena bola sepak bil.15 Jan.2007 , liputan piala terakhir skuad bolasepak Perlis juarai iaitu Piala Sumbangsih tahun 2007 dimana skuad Perlis mengalahkan skuad Pahang.
Kalau ikut carian di internet, ada dimaklumkan tahun 2008 skuad bolasepak Perlis ada menjuarai Piala Sumbangsih 2008 tapi tak jumpa plak mana2 laporan perlawanan tersebut di mana-mana majalah kot2 la aku ada terlepas pandang. Dan la pun aku masih mencari Majalah arena bola sepak keluaran Jan 2008 kot2 ada liputan tentang perlawanan Piala Sumbangsih tersebut tapi masih belum dijumpai di mana2 media jualan online. Semoga perkongsian majalah-majalah bolasepak ini tentang sejarah zaman kehebatan skuad Singa Utara Perlis dapat dijadikan panduan untuk peminat-peminat bola sepak negeri Perlis bahawa skuad Perlis pernah mengegarkan lapangan bola sepak tempatan sebelum suram ditelan perubahan zaman.


.jpg)


.jpg)

.jpg)

.jpg)


.jpg)

.jpg)

.jpg)
.jpg)

.jpg)


.jpg)


No comments:
Post a Comment