Jangan Clik

Sunday, August 15, 2010

Pertandingan Melukih

Ni lukisan pertama aku yang berjaya memenangi pertandingan. Sebenaqnya pertandingan ni dianjurkan oleh Faber Mediserve Sdn. Bhd untuk kakitangannya yang bole melukis untuk melukis Poster Keselamatan di bahagian-bahagian dalam syarikat Faber. Aku lukis poster keselamatan Bahagian FEMS iaitu bahagian mekanikal. Masa aku lukih ni aku bekerja di syarikat faber di Hospital Tunku Fauziah Kangaq di bahagian Help Desk. Lukisan di dah dok dalam frame jadi aku snap ja gambaq dia, klu tidak ble la scan tgok laki ka pompuan, ehhh..tu scan perut org ngandung..ni scan lukisan...apa la aku ni baru posa brapa hari dah makngot . Hadiah dia ok la RM 100 dgan sijil penghargaan yang disampaikan di Hotel Holiday Villa, Aloq Staq. Tapi aku tak tau la pihak syarikat guna dak lukisan ni utk kegunaan depa sebab selang beberapa hari lpas tu aku dah resign sebab masuk kerja gomen. Sebenaqnya ada lagi pertandingan melukih kartun yg aku dok masuk macam di Majalah Rileks, Majalah Gempak dan macam2 lagi la, aku pun dah lupa...tapi tak menang, mungkin takdak rezeki. Tapi hobi melukih ni akan aku teruskan sekadar mengisi masa lapang dan waktu bosan terutama masa dengaq ceramah dan kursus wakakakakakartunnn......

No comments:

Post a Comment