Jangan Clik

Wednesday, May 4, 2011

Ke Wang Kelian

Pada cuti hujung minggu hari Ahad lepas, memandangkan wife aku cuti ari tu sempena Hari Buruh maka kami mengambil kesempatan tersebut untuk pi jalan2 ke Wang Kelian. Wang Kelian merupakan Pekan kecil bersempadanan dengan Thailand dan terletak kira2 37 km dari Bandar Kangar, Perlis. Aku pun dah lama tak mai sini, seingat aku last aku mai masa aku form 4, dah banyak taun dah, dah banyak yg dah berubah. Wife aku tak penah mai sini, jd tanpa segan silu perancangan untuk mai sini pun dibuat. Untuk sampai ke Wang Kelian ni dia memerlukan kemahiran memandu yg agak tinggi jugak la untuk mendaki bukit yg agak curam sebelum sampai ke sana, apa yg melecehkan apabila terpaksa ikut belakang bas, mmg lambat la tambahan jalan ada satu lorong saja.
Wang Kelian merupakan tempat membeli belah pelbagai barangan, kebanyakan dari Thailand, dan merupakan destinasi pelancongan yg agak popular di sempadan Thailand selain daripada Padang Besar. Tapi di sini gerai jualan hanya dibuka pada hujung minggu saja dan kedua2 warga Malaysia dan Thailand bebas keluar masuk secara bebas untuk membeli barangan yg disediakan di gerai2 di kedua2 belah negara tanpa perlu ada border pass atau pasport. Kereta juga boleh dibawa masuk tapi aku tak berapa pasti macamana prosedur nak bawa masuk kenderaan tersebut.

Berhadapan dengan tempat pemeriksaan sebelah Thailand sebelum masuk ke sana. Qazrin aku letak dalam Stroller sebab deretan gerai agak panjang dan berbukit tambahan aku kna bawak barang2 yg hendak dibeli yg memerlukan tambahan kederat di sebelah pihak aku.


Deretan gerai di sebelah Thailand menawarkan pelbagai barangan dengan harga yg lebih murah berbanding Padang Besar. Untuk para pelancong dari luaq jangan risau mengenai masaalah bahasa sebab kebanyakan peniaga di sini boleh berbahasa Melayu sebab kebanyakan mereka org Melayu Selatan Thailand dan matawang urusniaga yg digunakan juga dalam Ringgit Malaysia. Seeloknya untuk mengelakkan kesesakan org ramai mahupun tempat parking kereta seeloknya mai la seawal pagi untuk mengelakkan berebut tempat letak kereta, dan juga berhimpit2 dengan org ramai semasa melalui pusat pemeriksaan sempadan di kedua2 belah negara tambahan keadaan waktu pagi tak la panaih sangat.

Bunyi hon kenderaan di sini dah menjadi perkara biasa tapi agak merimaskan jugak la. Masa aku pi sana aritu aku tengok kebanyakan pegunjung bukan asal org Perlis tapi luar dari Perlis, ada dari Kl, Kedah, Penang, Perak dan macam2 negeri lah, aku tgok dekat no plat keta ja la hahaha... Sini merupakan syurga bagi kaum hawa bahkan wife aku yg megandung tu pun tak mengeluh sikit pun pasai penat penat berjalan ka, org ramai ka, siap round dua kali, siap ajak aku mai lg cuti sekolah ni, seronok kata dia. Lepaih ni klu nak mai plak aku kna bawak keta sorong la jawabnya. Tapi kat sini jugak disediakan budak mengangkut barang dengan troli yg disediakan menggunakan khidmat depa dengan bayaran klu kita borong barang banyak sangat sampai payah nak mengangkut, khidmat depa sedia digunakan.

Antara barangan yg agak popular di sini antaranya barangan dapoq la dari periuk, kuali cerek dan macam2 jenis mak nenek ada. Pakaian org dewasa dan kanak2, peralatan camping, buah-buahan, makanan ringan, dan bg org luaq klu nak rasa macam-macam jenis beras dari Thailand bole la try beli, aku mai sini pun beli beraih pulut ngan beras dari siam sebab rasa dia sedap dan harga agak berpatutan la, tapi takleh beli lebih dari 5 kilo, nti kna bayaq cukai kat Imigresen belah Thailand rasanya dlm 20% dari harga beras yg kita beli tu. Aku syorkan klu nak beli beras Thailand beli cap Kuku Burung atau cap Burung Terbang memang terbaaiikk...

Haaa..Qazrin dah bole sambaq kapai korek seketoi sengap la dia, siap boleh landing kaki letak ataih lg masa dok tibai nenen. Permainan kanak2 pun banyak dijual di sini dan harga dia mmg murah macam motor dan kereta kanak2 yg menggunakan bateri keta untuk bergerak, kalau motor berbateri harga dia lebih kurang Rm 100 sebelum tawar menawar, klu kat belah M'sia mau dalam Rm 200, Keta berbateri dalam Rm 200 di sini berbanding di negara kita dalam Rm 300 hingga 400 hinggit harga dia, mmg murah la. Qazrin nak jugak sebijik tapi aku habaq, mai beli lain kali sebab aku takdan nak hangkut barang2 lain dan yg utamanya takdan ngan duit laaa,, apalagi hahahaha..

Kat sini juga ada disediakan tandas awam dan gerai2 makan, sapa dri jauh nak merasa makanan resepi dari Thailand bole la mai merasa di sini. Signbord tu rasanya cawangan depa kat Malaysia, bukan dekat tempat tu nuu dekat Selangor nu depa bukak kedai makanan. makanan yg disediakan dari nasi campoq hingga makannan yg dimasak seperti Tomyam dan makan goreng2.

Keadaan agak sesak sikit apabila melalui pusat pemeriksaan Thailand kerana para pegawai Imigresen depa akan buat spotchek sikit terutama terhadap warga Thailand ja la, bg warga Malaysia tiada pemeriksaan ketat dijalankan. Untuk yg ingin membeli barangan di gerai sebelah Malaysia yg terletak di tempat yg telah disediakan oleh kerajaan Negeri Perlis dan barangan pun ada yg berlainan dari barangan yg dijual di sebelah Thailand.

No comments:

Post a Comment