Jangan Clik

Monday, April 18, 2011

Merawat Anai-anai cara mudah.

Mungkin disebabkan banjir yg melanda Perlih ari tu anai-anai telah membuat serangan awal ke atas kabinet dapoq aku. Memandangkan kawasan keliling taman aku dinaiki ayaq cuma rumah ja yg tak naik jd batalion anai-anai ni mencari tempat berlindung dari mati kelemasan jd rumah aku dan mungkin rumah kosong lain yg masih belum dihuni menjadi port baik utk depa bermaustatin. Seb baik sehari lepas kejadian banjir tu aku pi tgok rumah, sebab aku dah menjangka bahawa anai2 akan ada dalam rumah, jangkaan ternyata tidak meleset apabila terdapat tanda2 serangan anai2 kat kabinet dapoq aku yg diperbuat daripada kayu yg tak berapa nak solid tu tambahan rumah plak kosong tak duduk lg, jd dgn senang lenang la depa bermaharaja lela kat rumah aku bersama santapan enak kayu kabinet dapoq yg baru aku buat.
Aku apalagi ambik tindakan segera la, sepantas tenuk himalaya menalipon Pest Kontrol, dan terasa amat hampa sekali kerana kempat2 sykt pest kontrol yg aku tepon mengenakan caj yg agak tinggi jugak la utk sebuah rumah lebih kurang RM 1000 untuk sebuah rumah. Sebelum ni pun mmg ada anai2 yg membuat onar kat ataih siling rumah aku dan rumah yg lain2 sebab alang rumah aku ni dibuat menggunakan kayu berbanding kebanyakan rumah sekarang yg banyak menggunakan alang aluminium. Aku ngan memba aku dah 2 kali dah semboq ubat anai2 kat alang tu. depa lari la sat, lepaih habih kesan ubat tu, depa mai la balik, sebab memba aku bagitau sarang anai2 ni duduk bawah tanah, mcmana kita nak membasmi anai2 ni pun, kita kena bubuh ubat dalam tanah. Disebabkan kos dari pihak swasta agak tinggi bg aku yg agak kurang berduit ni, memba aku sarankan satu cara yg paling mudah dan jimat cuma yg diperlukan hanya cangkul, ubat anai-anai (yg baguih punya), minyak hitam kenderaan, garam dan kederat kita ja. Mula-mula kita cangkul bahagian belakang rumah kita sedalam 1 kaki atau lebih kurang 10 meter, bukan 7 kaki dalam 7 kaki panjang ya, yg tu ukuran kubur tempat org nak mampos hahahaha...
Bagi yg memiliki rumah teres ni senang sikit la nak mengorek, hanya korek idung dan eh silap plak, hanya korek di bahagian depan dan bahagian belakang ja, ye la dah bah. kiri kanan dah rumah org takkan nak korek kot, mau tuan rumah tu korek idung kita ngan bulldozer klu kita korek belah rumah dia. Klu yg memiliki rumah Semi-D atau rumah sesebuah tu penat sikit la sebab kawasan korekan tu luas lg. Selepas tanah dikorek kira2 sekaki dalam barulah kita tuang ubat anai-anai tersebut, selepas ubat anai2 tersebut meresap ke dalam tanah baru kita tuang pulak minyak itam (sukatan ikut suka memasing, klu rasa nak bg kaw2 punya boh la banyak sikit).
Selepas minyak hitam kenderaan dituang dan telah meresap ke dalam tanah barulah kita taburkan garam dan tuangkan sedikit ayaq di sepanjang taburan garam utk membuatkan garam cepat larut ke dalam tanah. Selepas itu barulah kita kambuih balik kata org utara atau timbus balik lubang tersebut. InsyaAllah serangan anai2 akan berkurangan dan akan tiada lg.
Proses sama itu jugak perlu dilakukan di bahagian hadapan rumah. Mana2 perabot rumah atau kabinet dapoq yg diperbuat daripada kayu itu seeloknya disapu syelek di bahagian dalam dan disembur menggunakan minyak gas atau minyak diesel kat bahagian tersebut untuk mengelak anai2 kembali melahap perabot tersebut. Dan seeloknya utk mengubati anai2 khususnya di taman perumahan sepatutnya dilakukan kepada semua rumah dalam baris yg sama sebab peringatan dri sykt pest kontrol kalau hanya sebuah rumah ja yg buat rawatan anai2 nti anai2 tu akan lari pi rumah sebelah, bila habih kesan ubat tu dia akan masuk balik rumah kita, tu yg digalakkan semua rumah dalam barisan tu dibuat rawatan anai2 bru la masalah anai2 ni tiada lg.

5 comments:

  1. bang,haktu kalau dah bubh dlm tanah,xblh la kita bcucuk tanam noooo.?btw, abg perlih belah mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg tak sesuai utk bercucuk tanam la, rumah saya tu boh racun anai2 dalam tanah sebab lepaih tu saya nak boh simen plak semua laman. Saya dok area Santan.

      Delete
  2. 10 cm..bukan 10 meter

    ReplyDelete
    Replies
    1. oowwhhh...maafkan saya, berlaku kesilapan sikit tang ukuran tu hehehehe...

      Delete
  3. rumah saya kawasan lapang dok tepi petak,, saya nak tanam sayoq tapi tengok harituh pokok serai pun ada anai-anai haii geram ngat aih

    ReplyDelete