Jangan Clik

Sunday, February 5, 2012

Sundal

Ketika wife aku membuka pintu pada dinihari tadi supaya angin sepoi-sepoi bahasa menunjukkan bangsa masuk menyelinap ke segenap ruang rumah, seraya itu berkata anak aku yg tua walaupun hakikatnya org paling tua di rumah ni adalah ibu dia, ketika ibu dia ingin menutup kembali pintu tersebut kerana bukan saja angin malah salji hitam (panggilan org Perlih) yakni habuk tebu yg baru dibakaq tanpa segan silu menerjah ke dalam rumah tanpa dijemput, maka berkatalah Syakirin kepada ibu dia " Jangan tutup pintu tu, Sundal". "SUNDAL" satu ungkapan yg berjaya membuatkan mulut ibunya terlopong dan mata terbeliak memandang tepat ke arah anak ku Syakirin, dengan penuh terkulat-kulat Syakirin seraya menyerahkan sesuatu kepada ibunya lantas membuatkan kornea ibunya yg hampir terbuka bak kucin eveready waktu malam kembali normal sambil mengukir senyuman sinis. Selepas diproses oleh Prosesor otaknya yg belum di upgrade tu barulah si ibu dapat menterjemahkan maksud ayat tadi bahawa yg dimaksudkan td oleh Syakirin adalah ..................

SENDAL , iaitu menyendal pintu menggunakan getah sendal yg diserahkan serta merta kepada ibunya kerana terkejut perubahan ayaq muka ibunya tadi yg hampir menyerupai kambin senak, dan terbuktilah bahawa ayat yg terkeluar dari mulut Syakirin tadi iaitu Sundal bukan bermaksud seperti perkataan tersebut dalam kamus tetapi rupanya Sendal. Hmmmm.....guru bahasa yg juga merangkap ibunya lantas mengambil inisiatif mengadakan kelas tambahan bahasa terhadap Syakirin dalam tempoh 24 jam.

No comments:

Post a Comment