Jangan Clik

Tuesday, February 28, 2012

Lukis guna tablet

Ni beberapa lukisan yg aku try lukih guna tablet. Comot sikit, maklumla bru belajaq. Sebelum nih aku selalu lukis ataih kertas pastu scan anak lelaki ka perempuan ehh... silap plak, tu scan perut ibu mengandung. Lepaih scan kertas lukisan tu baru aku post di blog atau upload ke pesbuk. Tapi kualiti scan tu tak berapa nak cantik, nampak sekali kertas lukisan yg aku scan tu.
Memandangkan aku bukan org IT atau grafik jadi nak tau jugak la mcmana ada sesetengah lukisan kat beberapa blog tu nampak cantik, mcm depa lukih kat komputer. Aku try la tanya memba aku yg expert IT nih, dia kata lukisan yg depa lukih nampak cantik tu sebab lukih guna drawing tablet macam jenama Wacoom atau Bamboo. Org grafik mmg guna benda tu la. Aku try la search kat Mudah.com ngan Lelong.Com kot2 ada rega yg murah. Mmg ada bermacam jenis dan rega dia pun ada yg murah dan ada yg mahai, cadang2 tu aku nak la try beli satu, tapi bila tgok penggunaan dia, aku jd sedikit kekok sebab kita kna pandai bajet masa lukih tu sebab lukisan hanya nampak di monitor komputer dan kita perlu lukih di tablet, takut garisan lari. Klu nak guna drawing tablet tu, kna banyak praktis la sikit.
Dalam dok search kat youtube aku tertengok ada satu klip mamat tu lukih guna tablet, masa tu dia guna tablet Ipad. Aku rasa orgasm aku memuncak bila tgok klip tu sebab lukisan dia terpapar di skrin dan kita lukih atas skrin tu mcm kita melukis atas kertas. jadi aku ambik keputusan sambaq satu tablet dan download beberapa software sketching seperti Prosketch, Draw n Paint dan mula la mecontiang. Ini antara lukisan yg agak ok la bg aku berbanding lukisan lain yg aku try contiang guna tablet nih. Yang penting lukih atas tablet ni adalah kesabaran, sebab sensitiviti skrin tablet nih agak terbatas, tableh lukih laju2. Walaubagaimanapun bg aku melukih atas tablet ni tak sepuas seperti melukis menggunakan kertas dan pen.

2 comments:

  1. setuju!!!!
    maaflah beli tablet tu kat mana ye? cari tapi tak jumpa -_-''

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya guna tablet biasa ja nih, tablet samsung tapi saya download software draw & design dri android, klu nak lukis yg power guna tablet ada jugak mcm grafik tablet spt wacom bamboo, genius dan mcm2 lg la.

      Delete