Jangan Clik

Saturday, April 21, 2012

Akhirnya Lat 30 Years Later

 Setelah sekian lama mencari akhirnya aku berjaya juga mendapatkan dan menambah koleksi agung karya Dato' Lat iaitu Lat 30 Years Later di mana buku ini amat terhad sekali disebabkan ia bukan dikeluarkan oleh pengeluar kebiasaan karya Dato' Lat iaitu Berita Publishing sdn. bhd tetapi dikeluarkan oleh Syarikat Dato' Lat sendiri iaitu Kampung Boy Sdn. bhd, dan disebabkan itulah ia membuatkan buku ini susah dicari dipasaran sekarang melainkan di kedai-kedai buku lama itupun jika kita ada rezeki dan kalau ada pun harganya mungkin mencecah ratusan ringgit. Aku dapat buku ni pun bukan kecik anak tempatnya, nu di US alamatnya, itupun setelah puas aku cari di kedai2 buku lama, di Mudah.Com, di Lelong.Com tak juga aku jumpa, akhirnya aku jumpa 2 naskah di Ebay.com.my tapi harganya amat tinggi maklumla kos penghantaran antarabangsa mmg tinggi, satu naskah berharga RM 198.00 (termasuk penghantaran) dan satu lagi RM 412.00. Jadi mustila aku amik yg murah kan, dah minat punya pasai. Setelah menunggu hampir seminggu, bungkusan dri US pun tiba dgan selamat bersama buku Lat 30 Years Later yang masih berkeadaan baik. Terima kasih juga aku ucapkan kat blog kutubkhanahku.blogspot.com yang juga merupakan pengumpul karya seni Dato' Lat dimana melalui blog tu lah baru aku tau ada lagi rupanya karya Dato' Lat yang masih tiada dlm koleksi peribadi aku.
Selain tu aku juga dapat mengumpul beberapa koleksi buku kartun lama yang aku jumpa di internet dan kedai buku lama, antaranya koleksi Jungle Jokes karya Jaafar Taib yang dulu popular di Majalah Humor Gila-Gila yang aku beli di kedai buku lama Bazar Chowrasta, Pulau Pinang. Buku Lots Of Lat karya Dato' Lat, buku koleksi GG Look at Aza karya Aza, Koleksi Aca dan Atuk karya Ujang yang aku dapatkan dari Mudah.com dan last sekali koleksi Pi Mai Pi Mai Tang Tu karya Imuda yang aku dapatkan di kedai buku lama Junk Book Store, Jalan Tun H S Lee, Kuala Lumpur (di kedai ni masih ada beberapa karya Dato' Lat, jika karya tersebut tiada dalam koleksi anda try la pi usha, harganya pun bole tahan la, maklum la buku rare) dan menurut penulis blog kutubkhanahku.blogspot.com sesiapa yang mempunyai karya Dato' Lat jaga dan simpan la elok2 sebab katanya ada beberapa karya Dato Lat yang tidak akan dicetak semula kerana ada beberapa tokoh individu yang beliau pernah lukis dlm karyanya telah meninggal dunia, jadi disebabkan Dato' Lat ingin memberi penghormatan kepada individu tersebut maka karya yang melibatkan individu tersebut tidak akan diterbit semula.

4 comments:

  1. As Salam.

    Mekaseh yob eklankan blog teman di sini. Insyaallah info yg teman adepon untuk kongsian beramai2. Muge bermanfaat. :)

    Nnti teman add url blog ni dlm friendlist.

    Er.. Balai Seni Visual Negara ada buat pameran kartun Malaysia skarang ni (info ada di laman web demer buleh cek)

    Boleh le tengok artwork Lat, Gayour, Aie, Fatah :)

    ReplyDelete
  2. Sama-sama la yob, rasanya masih ramai peminat dato' Lat kat luaq sana, dhan sedikit informasi dri sedara bleh peminat tu tahu serba sedikit mengenai karya Dato' Lat nih.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.. saya pelajar STPM 2014 daripada SMK Darul Ehsan sedang membuat kajian mengenai Datuk Lat dan saya dapati Encik adalah salah seorang peminat beliau. Saya ingin bertemuramah dengan encik sbagai kajian lapangan yang harus saya lakukan untuk menyiapkan kajian ini. Jika Encik tidak keberatan sila berhubung saya melalui aizayahya95@gmail.com.

    ReplyDelete