Jangan Clik

Tuesday, November 20, 2012

Hatyai Thailand- Day 2

Ok kita sambung balik liburan aku sefamili di bumi Hatyai. Pada pagi hari ke 2 aku safamili pi sarapan dekat sebuah lagi restoran muslim yg terletak tak jauh dari Hamid Restoran iaitu Salma Restoran. Makanan kat sini bg aku ok la dan harganya memang berpatutan. Aku order nasi lemak utk wife aku, roti teloq mata karabao(kerbau) cicah dengan kari hijau ayam utk aku dan french fries utk Syakirin.Tandas dan perkhidmatan WIFI percuma juga disediakan di sini.
Kamera aku sempat menembak foto unik nih. Aku ingatkan moto ngan keta ja kna patuhi lampu isyarat, ropa-ropanya pejalan kaki pun kna ikut lampu isyarat. Tengok dah merah, terpaksa la aku berenti heheheheh...Only in Hatyai.
Usai mengisi temolok memasing kami pun berjalan ke Pasar Pagi Kim Yong Market yang berada tak jauh dari hotel. Pasar ni lebih kurang macam pasar pagi kat M'sia jugak ada macam2 barang basah macam ikan, sayur-sayuran, buah-buahan, ulam-ulaman dan juga gerai-gerai makanan. Dan juga terdapat gerai-gerai menjual baju Muslimah di dalam Market tersebut. Di sini juga anda boleh membeli kekacang macam bijik jangus, badam, kacang cerdik dan makanan ringan lain dengan harga yg agak murah.
Apabila hari sudah menginjak ke tengahari seperti dalam jadual perancangan, kami sefamili bergerak melalui highway Hatyai -Songhkla untuk menuju ke Pantai Samila yang terletak hanya 24 km dari Bandar Hatyai. Sepanjang highwaynya yg lancar tanpa tol dan anda boleh melihat Masjid Utama Wilayah Songkhla ketika perjalanan ke Pantai Samila, di kiri kanan jalan ini juga anda akan dapat saksikan terdapat deretan kedai membuat gazebo dari buluh dan juga kayu yang kreatif sekali cuma aku tak sempat snap dengan kamera sebab asyik fokus memandu dan semua co pilot aku lena dengan ralitnya.
Deretan beberapa buah bas bernombor pendaftaran Malaysia di Pantai Samila menunjukkan Pantai Samila merupakan destinasi wajib dalam Jadual Perancangan melancong ke Hatyai. Pantai yg terkenal dengan tugu Ikan Duyung toplessnya mengamit setiap para pegunjung yg datang ke sini utk mengabdikan gambar sebagai kenangan bukti menjejak kaki ke sini. Di sini jugak terdapat banyak gerai yg menjual cenderahati dan makanan. Nasihin tibai buah nyok dekat sebijik (mungkin nyok Siam sedap kot).Aku lalu jugak Cable Car Tan Kuan Hill tapi tak singgah sebab tgok bas dekat 7 bijik dok parking kat situ,takut jem masa beratoq nak naik kabel car tu yg aku teruih mai pantai nih sebab selepas tu aku nak berangkat plak ke Pasar Terapung Klong Hae yg dibuka pada pukoi 3.00 petang.
On way ke Pasar Terapung Klong Hae yg terletak di jalan menghala balik ke Hatyai dan terlihat signboard ke Wilayah Pattani yang agak bergolak ketika ini.
Sampai di Pasar Terapung Klhong Hae tepat pukoi 4.30 petang dengan para peniaga sampannya sudah sedia menanti puluhan melancong yg akan mula membanjiri kawasan ini. Untuk masuk ke pasar ni kna perati betoi2 sebab jalan masuk dia kecik ja tepi highway takut kita terlajak plak. Signboard ada tapi dalam bahasa Thai.
Masa aku mai bulan Februari aritu para peniaga sampan terletak di sebelah kiri jambatan, la ni bila dah siap jeti yg lagi cantik, depa dah pindahkan ke sebelah kanan jambatan. Makanan yg ada kat sini macam biasa bermacam jenis dan yang penting halal. Syakirin bersama topi Eori (siri katun yg slalu pakai topi menatang di channel Astro Ceria) sempat menyambaq seberkas cawan bentuk otromen untuk koleksi beliau. Wife aku apa lagi booking seat pastu aku la jadi pelayannya beli segala mak nenek makanan yg tak penah makan sampai belahak kuasa dua, maklumla makanan sedap tambahan rega murah plak tu.
Di kawasan atas pasar tersebut terdapat gerai-gerai jualan dari gerai baju, cenderamata, makanan dan jugak kedai kristal. Sempat jugak la beramah bersama abg pelancong senegara yang tengah dok pujuk Syakirin yg asyik melalak nak beli menan utk yang ke berapa belas ratus pun tak tau. Kuih sepit pelangi tu aku beli jugak utk ole2 org tua aku ngan mentua. Memang seronok mai sini, aku habiskan masa kat sini lebih kurang 2 jam, tu pun tak puas lagi dan merupakan destinasi wajib klu melancong ke Hatyai. Tandas pun ada disediakan kat sini utk sesapa yg kaki meruah atau besiaq.
Masa aku mai dulu takdak lagi perkhidmatan bot angsa tu, la dah ada dah, cuma aku tak tau berapa bayaran dia sejam. Di seberang jambatan bersebelahan Wat Siam juga terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai cenderamata dan goodies yg kreatif dan menarik dan klu rasa nak pengalaman baru makan serangga goreng tepung mcam belalang, keridik, ulat nibong, bole try pi bli kat satu gerai yg mmg jual makanan eksotik tu. Sekian saja aktiviti untuk hari ke 2, dan akan bersambung ke hari ke 3 yakni last day kat Hatyai plak.

4 comments:

  1. awat p x ajak kami,heheheeh ramai ke p sorry x dan nk baca apa yg apa dok merepek tu...yg tau p hatyai je....

    ReplyDelete
  2. kami pi anak beranak ja, ramai jugak la yg dok komplen kami pi tak ajak depa, bukan takmau ajak, kami ni ada anak kecik, klu nak pi jln mana2 kna bg depa lena dulu, lpaih tu bru leh pi jln, kami takut kacau jadual depa lak, tapi lpaih nih rasanya ok la, nasihin pun dah besaq sikit. Takpala nti klu kami pi pulak kami infom.

    ReplyDelete
  3. salam, nak tanya..kalau bawak balik barang dari hatyai, pihak kastam / imigresen check tak?macam saya nak pegi borong kacang gajus kat sana boleh ker bawa balik gajus banyak ke malaysia?1st time nak pegi thailand..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu sebenarnya bergantung atas pihak kastam samada buat pemeriksaan secara teliti atau tak, tapi rasanya kacang gajus tak bermasaalah kot kalau nak bwak masuk M'sia, try hubungi pihak kastam ttg hal nih.

      Delete