Jangan Clik

Friday, May 24, 2013

Phimosis pada kanak-kanak lelaki

 Pada mana-mana keluarga yg ada anak lelaki tu sentiasa la check nonek depa selalu kot2 terdapat sebarang kelainan seperti dia selalu mengadu kerap sakit ketika buang ayaq kencin ataupun dia mempunyai tabiat suka pegang nonek dia, itu merupakan tanda2 awai yg nonek dia ada problem, nak sahkan lg parent kna tengok masa dia buang ayaq kecik, di hujung nonek dia tu yakni di kulit hujung akan mengelembung dan ayaq keluaq sikit. Phimosis ni bermaksud lubang nonek di hujung kulit sempit hingga tak bole ditarik atau tak bole loceh kata org utara dan menyebabkan dia sakit ketika kencin. Syakirin baru dipasang antibiotik line setelah kna admit di wad Peadeatrik Putra Medical Centre, Aloq Setaq, Kedah.
Simptom nih tak bole dibiarkan sebab nti ia boleh menyebabkan anak kita  kerap demam panas dan perkara yg takut terjadi apabila tak diberi rawatan segera adalah salur kencing depa akan dijangkiti kuman atau radang yg bole merebak ke salur kencing dan buah pinggang, bila dah kna radang nih lg teruk nak rawat. Dan rawatan paling mujarab utk simptom nih adalah sunat la apalagi. Setelah disogok dengan beberapa unit menan utk bermlm di wad, Syakirin pun kna la berpuasa setengah hari sebab bg kanak-kanak yg nak kna sunat dlm lingkungan 4 tahun mcm Syakirin mmg kna bius satu badan
 Syakirin sebelum masuk bilik bedah, aku temankan dia sehingga dia dibiuskan. W'pun lebih kurang mcm bersunat biasa tapi pengalaman tu rasa seriau sikit sebab kna masuk dewan bedah, cam aku dulu dlm klinik ja tp ngeri la jugak sebab bole dengaq bunyi gunting masa doktot potong pasai aku kna bius setempat ja, sebab aku masa tu besaq dah la, darjah lima cempedak.
 Bagi mana-mana parent yang ada anak lelaki mmg wajib la kna lalui proses anak bersunat nih cuma tika dan waktu ja yg berbeza, aku dah lepaih dah sorang, tinggal yg adik ja. Nasihin pun aku mintak Doktor cek kot2 dia kna simptom cam abang dia, tapi alhamdulilah la Doktor kata Nasihin normal, sunat mmg kna sunat cuma bg dia besaq sikit la. Selesai ja doktor pisah kan visor dari helmet jerman beliau dan hilang ja kesan ubat bius apalagi melalak la budak nih, sakit banyak kata dia, mcm2 aku ngan ibu dia pujuk, beli menan la, buat gaya badut sarkis la, lompat bintang la nak bg dia jgan ghiyau, tak jalan jugak, last sekali penyelesaian dia ,bg ubat penenang la, susu botoi buatan tangan cap ibu kandungku.
Sunat masa anak2 usia 3 hingga 5 tahun nih teruk sikit, sebab depa kerap merap atau meragam maklum la sakit, luka sikit pun berguling tak sangga tambah la kna sunat. Tapi masuk ari kedua Syakirin dah ok, rasanya dia dah bole terima kenyataan bahawa visor helmet jermannya terpaksa dipisahkan pada usia muda. Cukup seminggu dah bole lari dah. Sebenaqnya dua hari lepaih dia dah bole balik rumah tu, aku ada buat kenduri utk dia, punyala kalut sampai satu gambaq pun aku tak ambik masa kenduri tu. Buat kenduri awai bukan apa,  cuti sekolah dah dekat nti full booking plak pihak pembekal khemah ngan katering.

18 comments:

  1. salam... nk tnye permulaan bleh thu ada penyakit phimosis ni mcm mna ye???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, ok bedasarkan pengalaman yg terjadi kat anak saya, mula2 tu dia cakap kat saya yg dia sakit masa buang air kecil, then bila dia nak buang air kecil, saya perhatikan dekat bebird dia tu, air kencing yg keluar tu agak laju, mcm org baru lepas sunat, dan di belalainya sedikit megelembung spt air kencing tu tak dapat keluar sepenuhnya disebabkan lubang pada belalainya sempit. Lalu saya pun bawak dia pi klinik, dan dr mengesahkan yg anak saya mmg ada phimosis dan perlu dikhatankan. Kes anak saya nih tak la teruk sgat sebab ada yg lagi teruk, sampai budak tu menangis takleh kencing dan ada yg kencing keluar darah.

      Delete
  2. Assalam. Ada dak ayaq kencing mula2 tu keluaq macam hinguih... sekali tgk macam taik kapang? hal ni terjadi kat anak saya.umoq 4thn lebih. Keriau dia setiap kali nak kencin. patut masuk jawi ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, klu tgok dri cerita encik rasanya takut kat belalai tu bernanah, tak try loceh tgok ? klu merah dan bernanah cepat bwak jumpa dr, kot2 kna jangkitan kuman. Bab masuk jawi tu encik try loceh tgok, klu bole kluaq sampai kpala rasanya tak payah masuk jawi, tp klu sikit ja kpala nampak mmg tanda2 penyakit Phimosis ni la, yg tu mmg kna masuk jawi.

      Delete
  3. Salam..anak saya 8 tahun kerap kencing...smalam mengadu kencing sakit..adakah sbb kencing kotor ataupon ade sbb yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, klu anak saudara mengadu sakit ketika kencing, perkara pertama yg saudara perlu buat adalah periksa di lubang kencing anak tersebut samada terdapat simpton kemerahan ataupun lubang belalai dia kecik, klu lubang belalai dia ok yakni bole loceh, tgok di lubang kencing plak, klu terdapat tanda kemerahan ataupun bernanah cepat2 la berjumpa Dr takut ia bertambah teruk dan utk mengelakkan jangkitan kuman merebak ke salur kencing dan buah pinggang.

      Delete
  4. as salam pn..kes puan ni sama macam kes anak lelaki saya umur 5 tahun. jumaat ni kena jumpa pakar untuk confirmkan samaada anak saya kena operate atau sunat.kami ibu bapa jadi kesian sbb terasa kecik lagi kalau kena sunatkan. asalnya anak saya garu dan luka di belalai dia tu sehingga luka dan nak kencing susah sbb lubang jadik kecik

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam...eerr saya bukan puan, saya tuan hehehehe... pd pendapat saya belalai jadi sempit bukan disebabkan luka garu, ia disebabkan lubang di belalai sempit jadi dia menyebabkan ketidakselesaan di situ dan menyebabkan anak2 akan mengaru atau pegang belalai tersebut. Benda ni pun pernah jadi kat anak saya, saya ingatkan luka disebabkan dia selalu gelintil belalai dia, rupan-rupanya belalai dia sempit menyebabkan rasa nyeri ketika kencin, itu menyebabkan anak2 suka garu hingga luka di situ. Apa-apa pun ikutlah keputusan pakar sebab ia untuk kebaikan anak kita juga. Semoga anak puan/tuan kembali sihat spt sediakala InsyaAllah.

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Salam.. anak sy baru 2 tahun setengah.. sy tgk bbird dia macam sempit jugak lubang dekat hujung tu. Sy perasan benda ni dah lama sbb bila sy nk try cuci bebird dia, lubang dekat kulit yg hujung cm tertutup.. setakat ni anak sy takdak la tunjuk simptom mcm dia sakit atau tak selesa... sy pernah bg tau suami tp suami cakap nnt besaq dia ok la kot.. so sy tak pikiaq apa2 dah la sbb mungkin suami lebih arif bab2 ni. Tp bila baca artikel encik ni sy jadi risau pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, klu ikut pembacaan saya mmg lubang kencing di belalai bebird budak2 laki mmg sempit dri lahir, dan dia akan terbuka sendiri apabila dewasa. Tapi ada sesetengah kes lubang tu masih sempit walaupun sudah meginjak 3-4 tahun. Kalau tgok dari simpton anak puan selagi dia tak sakit dan berasa selesa bg saya ok lg, klu dia sakit dan rasa tak selesa seeloknya pi lah check dekat hospital atau klinik terdekat.

      Delete
    2. Setakat ni mmg nampak tak ada masalah la.. terima kasih ya..

      Delete
  7. Bru blk dr klinik.. sejam lps ank sy 2 taun 1 bln menagis2 ckp sakit smbil pegang bird tu. Ble bukak pampers tgk de discarge kaler kuning2 mcm nanah. G klinik doc ckp mmg nanah n jangkitan kencing kotor. Doc bg antibiotik n ubt tahan sakit. Doc ckp within 3 days insyallah ok. Tp kalau berulang lg, kena lah sunat. Sy doa byk2 semoga ank sembuh n jgn la smp kena sunat time kecik lg ni 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah moga anak puan sihat spt sediakala. Mmg rumit sikit kalau nak jaga anak sunat pd umoq depa kecik lg, tp jgan risau Allah akan permudahkan segala yg telah dirancangNya.

      Delete
  8. Salam
    Nak tnya kalau utk kes mcmni berapa kos dia?

    Trima kasih

    ReplyDelete
  9. Salam
    Nak tnya kalau utk kes mcmni berapa kos dia?

    Trima kasih

    ReplyDelete