Jangan Clik

Sunday, December 14, 2014

Koleksi Mainan Kartun Thundercats

"Thunder....thunder....thundercats......hhhooooo...." antara ungkapan yang masih tergiang-ngiang di telingga aku apabila mengimbas balik kartun Thundercats yg cukup popular era tahun 80 an dan 90 an dulu. Kartun Thundercats ni dicipta oleh Tobin "Ted" Wolf dan telah dianimasikan oleh Studio Animasi Jepun, sebab tu kalau kita tgok kartun dia nampak cam japanese stail sikit. Siri kartun ni telah diterbitkan pada tahun 1985 hingga 1989, namun sehingga era tahun 2000 masih ada lagi siri kartun Thundercats nih diterbitkan cuma diolah semula ikut peredaran zaman dan lebih moden.
Ini adalah beberapa figura mainan aku dari siri kartun Thundercats nih, agak sukar sedikit nak cari action figure watak2 Thundercats dari siri kartun yg lama sebab banyak di pasaran la ni adalah action figure watak Thundercats siri baru, tapi aku berjaya gak la cari tu pun jenuh selongkaq laman jual beli online kat internet baru nak jumpa.Koleksi ni ada yg aku dapat dri Malaysia dan ada juga yg terpaksa aku import dari negara luaq, bukan apa klu tak cukup grup nih nampak cam tak lengkap plak kan, jadi jom kita beramah mesra dengan beberapa karakter utama dlm kartun Thundercats nih bersama2 beberapa koleksi mainan watak mereka yg berada dlm simpanan aku.
Lion-O
Merupakan watak utama dan ketua kumpulan Thundercats. Wataknya diambil bersempena karakter Singa yang mmg dikenali sebagai raja rimba atas keperkasaan dan kegagahan haiwan tersebut. Lion-O mempunyai sebilah pedang yg dikenali sebagai 'Swords Of Omen' yang membolehkan dia melihat masa hadapan melalui mata di pedang tersebut menggunakan kuasa beliau iaitu 'Sight beyond sight'. Pedang ni asalnya pendek tapi boleh dipanjangkan menggunakan serapah oleh Lion-O yg cukup popular iaitu " Thunderr...thunderr..thundercats....hhhoooooliauu oooo" hahahaha....ayat dia sampai tang hhooo... saja  yg blakang tu aku saja tambah. Selain itu Lion-O jugak ada sarung tangan yg ikut kad pengenalan digelar  "Claw shield" yang mana kuku tajam kat sarung tu boleh dilancarkan bersama tali utk kegunaan time2 kecemasan.
Tygra
Tygra wataknya diambil sempena karakter harimau belang. Cukup dikenali sebagai seorang yg tenang dan bijaksana, merupakan seorang arkitek dan saintis dalam kumpulan Thundercats. Beliau merupakan orang kanan Lion-O. Kuasa minda merupakan kelebihan beliau dalam menguasai minda musuh, semua struktur di bangunan Cat's Lair dan The Tower of Omen adalah hasil ciptaan beliau, beliau menggunakan senjata cemeti yang membolehkan beliau menjadi  halimunan apabila digunakan.
Panthro
Panthro diambil sempena watak harimau kumbang. Beliau merupakan seorang yg gagah, bijak dan sangat mahir dalam seni mempertahankan diri . Merupakan seorang engineer dan jurupandu kenderaan Thundertank bagi kumpulan Thundercats. Walaupun dikenali dengan kegagahannya tetapi beliau cukup fobia dengan kelawaq. Beliau menggunakan senjata jenis 'Nunchaku" yg boleh menyembur kimia dan juga ball bearing ke arah musuh, spike tajam di dada beliau juga boleh dilancarkan beserta tali untuk menghindari serangan dari pihak musuh.
Cheetara
Sexy lady dlm siri kartun ni adalah Cheetara yg wataknya diambil dari harimau Cheetah. Harimau Cheetah mmg cukup dikenali sebagai haiwan darat terpantas di dunia begitu juga dengan karakter Cheetara ini yg begitu tangkas dan laju ketika berlawan. Selain itu beliau juga dikenali sebagai seorang yang cukup mengambil berat dan berkasih sayang sesuai dengan karakter wanita beliau, beliau juga dikurniakan pancaindera keenam yg membolehkan beliau mengesan seseorang yang berada dalam kesusahan ataupun mengesan kuasa jahat yang menghampiri. Beliau menggunakan senjata tongkat kayu yang bole memanjang dan juga memendek yang akan diselitkan di lengannya apabila tidak digunakan.
Willykit dan Willykat
Merupakan kanak2 kembar yang diambil watak dari kucing liar. Mereka sangat aktif dan mahir dalam menggunakan taktik licik dan juga kuasa magic dalam mengalahkan musuh. Mereka menggunakan kenderaan yg dikenali sebagai " Space Board" yg bentuknya lebih kurang cam papan luncur tu. Disamping itu mereka juga membawa pelbagai senjata yang disimpan dalam beg talipinggang mereka seperti tali cakar, gelung besi, ball bearing, bola dan macam2 lagi.
Snarfs dan ThunderTank
Snarfs merupakan seekoq kucing yang sangat bijak, lurus, baik dan juga penakut. Beliau merupakan orang suruhan dalam kumpulan Thundercats yang rajin memasak , mengemas dan buat kerja rumah yg lain. Nama Snarfs ni diberi sempena bunyi rangkap terakhir mereka ketika bercakap iaitu " snarf, snarf!"
Mumm-Raa
Merupakan watak antagonis dalam siri ini, watak ini diambil sempena watak Mumia Mesir Kuno yang tinggal di Piramid Gelap. Beliau seorang pemimpin bagi watak2 jahat yang memerangi Thundercats di Dunia Ketiga. Beliau akan bertukar rupa dari seorang Mumia yg kurus kedekiang ke watak Mumm-Raa yang lebih gagah dan perkasa menggunakan ilmu hitam beliau bersama jampi serapah " Ancient Spirits of Evil, transform this decayed form... to Mumm-Ra, the Ever-Living!". Itu saja sesi pengenalan bersama beberapa figura mainan koleksi aku dri siri kartun Thundercats dan kita akan bersua kembali di post akan datang, sekian.

2 comments:

  1. assalamualaikum.. jual tak? saya nak beli.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam...saya tak jual, mainan ni collection saya ja hehehe...

      Delete