Jangan Clik

Monday, December 22, 2014

Koleksi Mainan Kartun 80 an He-Man Master Of The Universe (MOTU) Part 1

 He-Man: Master Of The Universe merupakan satu lagi produksi dan produk yg menjadi imiginasi minda kanak2 semenjak ia diterbitkan di kaca tv bermula era tahun 80 an hinggalah ke siri terbaru yg diubahsuai ikut peredaran zaman yg diterbitkan pada tahun 2002. Tapi bagi aku keluaran siri kartun ni pada tahun 80 an merupakan kemuncak zaman emas siri ini apabila menjadi kegilaan kanak2 seluruh dunia. Siri ini dikeluarkan oleh syarikat Mattel dan membuat debut pada tahun 1983 hinggalah 1985.Ia mengisahkan  sebuah planet yg dikenali sebagai Eternia yang diperintah oleh King Randor dan juga Queen Marlena, baginda mempunyai sepasang anak kembar iaitu Prince Adam (He-Man) dan juga Princess Adora (She-Ra) dan mereka menginap di Istana Grayskull. Antagonis bg siri ini adalah Skelator and the gang yang cuba untuk menguasai istana Grayskull, tempat bersemayam bg Sang Skelator ni adalah di Snake Mountain.
 Masa aku kecik dulu aku ada simpan mainan kartun He-Man dan Skelator ni yg aku dapat masa beli Kotak harga singgit yg ada mainan mcm2 tu bersama kepok yg rasa cam tayar gerek. Tapi mainan tu dri China (mmg la semua mainan nih dihasilkan dri China termasuk la dri Mattel), kecik ja menan dia tp aku simpan nak main sebab minat ngan katun nih. Tp tu crita 20 tahun dulu la, mainan tu pun tah ilang pi mana tah. Ni antara koleksi mainan Master Of The Universe (MOTU) yg ada dlm simpanan aku setakat nih, tak banyak mana tp berjaya jugak la aku dapat watak utama ngan beberapa watak mainan yg cukup rare di pasaran. Ni aku nak perkenalkan beberapa watak utama MOTU ni yg ada dalam simpanan koleksi aku.
 He-Man (Prince Adam) dan Battle Cat.
 Merupakan watak utama dalam siri ini, watak hero dulu2 mmg wajib kna pakai spenda dan ada muscle yg sasa untuk menunjukkan kemaskulinnya macam watak Conan, Thundercat dan jugak He-man ni la. Nama sebenar bg He-Man ni adalah Prince Adam yg merupakan anak kepada Raja pemerintah Eternia iaitu King Randor dan juga Queen Marlena, watak asal Prince Adam ni adalah malas, penakut dan juga suka keamanan. Tetapi selepas dianugerahkan pedang  magic "Sword of Power" oleh ahli sihir diraja iaitu Sorceress beliau akan bertukar menjadi He-Man selepas mengangkat pedang dan berkata " By the power of Grayskull....I have the powerrr..." dan terus bertukar menjadi seorang hero Eternia yg gagah, berani dan bijak berbanding karakter asal beliau yg menyebabkan rakyat lain tidak mengesyaki bahawa Prince Adam itu merupakan He-Man. Haiwan kesayangan diraja peliharaan He-Man dan juga haiwan seperjuangannya adalah Battle Cat yg merupakan Harimau Belang warna hijau dan berbelang oren. Battle cat atau namanya Cringer juga merupakan seekor rimau yg agak penakut macam karakter Prince Adam tapi akan bertukar gagah dan berani serta dilengkapi perisai pertahanan apabila bertukar menjadi Battle Cat, saiznya juga menjadi besar berbanding sebelumnya untuk menakutkan pihak musuh dalam pertempuran mempertahankan Istana Grayskul dari dijajah oleh Skeletor serta konco2nya.
 Skeletor (Keldor) dan Panthor.
 Merupakan antagonis bagi siri ini, di mana beliau dahulu merupakan adik kepada King Randor yang bernama Keldor, selepas satu insiden mukanya terkena asid ketika bertarung dengan King Randor menyebabkan mukanya hanya tinggal tengkorak. dari situlah beliau menyimpan dendam untuk menakluki kota suci Istana Grayskull di mana kesaktian kota tersebut boleh menyebabkan beliau menguasai seluruh Eternia. Tempat bersemayam beliau adalah di Snake Mountain yg juga tempat segala perancangan jahat beliau dirancang. Binatang tunggangan beliau adalah Panthor iaitu seekor Harimau Kumbang gergasi yang akan bertarung dengan Battle Cat He-Man apabila bertarung.
 She-Ra (Princess Adora) dan Swiftwind
 Watak She-Ra : Princess Of Power merupakan adik kembar kepada He-Man yang telah diculik oleh Hordak ketika masih bayi. She-Ra ni kalau tengok macam versi He-Man tapi dalam bentuk wanita kerana beliau juga mempunyai pedang iaitu "Sword Of Protection" yang memberi beliau kesaktian untuk bertukar dari Princess Adora kepada She-Ra. She-Ra mempunyai kuda tunggangan bernama Spirit dan dia akan bertukar menjadi Swiftwind apabila Princess Adora bertukar kepada She-Ra. Mainan Swiftwind ni juga antara mainan yg agak rare di pasaran, klu ada pun harga dia hampir mencecah ribuan ringgit jika dijual bersama2 kotak asalnya, aku pun dapat mainan nih dari Austria dan harganya pun bole tahan, tp pejam mata ja la sebab tak lengkap She-Ra klu takdak haiwan tunggangannya nih.
 Hordak
 Dalam She-Ra : Princess of Power kuasa kejahatan diterajui oleh Hordak iaitu ketua Empayar Evil Horde. Beliau juga merupakan guru kepada Skeletor di mana beliau boleh mengatur setiap anggota badannya menjadi senjata dan alatan yang berbahaya. Berbanding anak muridnya Skeletor, Hordak banyak menggunakan kuasa Sains dan Teknologi berbanding kuasa sakti untuk memerangi seterunya. Dalam siri katun 80an ini Hordak ditonjolkan dengan warna biru berbanding kartun 200x yg mana beliau bewarna kelabu dan figure dia pun ada dua kaler dihasilkan tapi aku beli satu ja la yg kaler kelabu ni.
 King Grayskull dan Battle Lion
 Merupakan leluhur ataupun tok wan kepada He-Man yang pernah memerintah Eternia bersama isteri beliau bernama Sorceress Veena. Beliau mempertahankan Istana Grayskull dari ditakluki oleh kuasa kejahatan yg dipimpin oleh King Hiss serta Hordak. Haiwan tunggangan belia adalah Battle Lion yang mempunyai kuasa mengesan pihak musuh menggunakan deria hidunya, dia juga dikurniakan ngauman yang boleh menakutkan pihak musuh serta mempunyai gigi serta cakaran yg sungguh tajam, dia juga mempunyai kekuatan lompatan dengan jarak yg amat jauh.
 Bow, Arrow dan Kowl
 Merupakan sahabat baik Princess Adora dan juga pemanah terhebat di Etheria yang menentang empayar Evil Horde bersama haiwan tunggangannya iaitu kuda Arrow. Pengikutnya Kowl merupakan haiwan terbang dari planet Etheria hasil campuran 'Koala' dan 'Owl' yang terbang menggunakan telinga beliau yg besar. Merupakan pengikut setia kepada Bow dan merupakan salah seorang dari 3 org dari Etheria yang mengetahui bahawa Princess Adora adalah She-Ra.
 The Sorceress Of Castle Grayskull
 Sorceress ni juga antara karakter mainan yg sangat rare di pasaran klu ada pun harga dia berkali ganda dengan harga asal. Aku dapat dri penjual kat Malaysia ni jugak tapi tak lengkap sebab tongkat sakti dia ilang.Sorceress ni nama betoi dia Teela Na yg merupakan ibu kepada karakter Teela dan juga penjaga kuasa mistik di Istana Grayskull. Sorceress tidak boleh meninggalkan Istana Grayskull untuk tempoh yg agak lama kerana beliau akan bertukar rupa menjadi Helang Falcon atau Zoar . Beliau juga org yg bertanggungjawab  menganugerahkan kesaktian beliau dalam pedang 'Sword Of Power' kepada He-Man.
 Buzz-Off
 Watak yg diambil dri karakter lebah yang nama sebenar beliau klu ikut sebutannya adalah Tzzzzzt zzz  zzztttzzz.... hahahaha....kalau dalam siri kartun 200x beliau merupakan kapten bagi angkatan pertahanan Andreenos yg setia mempertahankan Eternia dari kuasa musuh dan kalau dari siri kartun 80an beliau merupakan puak dari orang lebah yg berasal dari Mystic Mountain dan merupakan pengintip untuk he man disebabkan kelebihan beliau yang bole terbang dan juga mempunyai sepasang mata serangga yg memudahkan beliau untuk mengintip pergerakan musuh.
 Beast Man dan Griffin
 Beast Man merupakan manusia separa haiwan (macam beruk makyeh pun ada) yg mempunyai kuasa telephatic mengarahkan semua haiwan bekerjasama bersama beliau dan Skeletor untuk memerangi He-Man. Beliau juga merupakan orang kanan Skeletor dan begitu mahir dalam teknik pertarungan. Beliau juga mempunyai seekor haiwan tunggangan bernama Griffin iaitu haiwan hasil gabungan Singa dan burung helang yang selalu menjadi haiwan untuk Beast Man melarikan diri apabila tewas dalam pertempuran.
 Gygor
 Sekutu kepada Skeletor dan merupakan ketua pemerintah Vine Jungle. Kekuatan dan saiz badan adalah kelebihan beliau. Diambil sempena watak Gorilla gunung cuma kaler dia la pelik sikit warna kuning dan hijau dan  mungkin juga merupakan penyokong kuat skuad  Kedah sebab tu dia cat satu badan kaler hijau kuning hahahahah....
 Sebab utama aku beli watak ni bukan sebab role dia dalam siri MOTU nih, cuma aku kagum dengan saiz badan dan ketinggian karakter nih, ketinggian dia lebih kurang 10 inci tinggi berbanding karakter lain, mmg la ada karakter lain yg lebih besaq cam Granamyr (Naga tua pakai helmet) dan juga Tytus (manusia gergasi) tapi watak tu nampak kurang menarik di mata aku berbanding beliau si Gygor abang bulu nih.
 Flogg
 Sekutu Skeletor yang juga ketua puak alien dari planet Denebria. Beliau merupakan seorang yg panas baran dan akan melibas sesiapa sahaja dengan cemeti kuasanya apabila beliau marah.
 Clawfull
Watak yang diambil dari menatang ketam ni mempunyai watak kebudak-budakkan dan kurang cerdik akalnya tetapi dikurniakan kekuatan fizikal yg agak kuat walaupun mempunyai sepasang but kaler biru. Walaupun karakter koleksi mainan MOTU aku taklah banyak tapi klu nak kumpul smua nih mau ambik masa bertahun gak, bukan apa nak kumpul mainan nih pun nak kena kumpul modal jugak sbb rega sekoq2 figure nih agak bole tahan la price dia. Jadi sampai sini dulu la coretan antara koleksi mainan tahun 80 an dan 90 an aku , nti2 kalau ada tambahan figure plak aku akan update dalam post kat sini. Okay wasalam....

6 comments:

  1. Replies
    1. Makasih, sori sbb koleksi tak banyak mana, kira tak complete sangat, akan diusahakan untuk melengkapkan koleksi nih pd masa akan datang klu tiada halangan kewangan cceewaahh...hahaha...

      Delete
  2. hi bro... kat maner bole dapat koleksi ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dapat koleksi ni banyak dri ebay, saya ada 2 figure nak jual, satu Griffin dan Hordak, klu berminat ble la wasap atau call saya di 012-4653054

      Delete
  3. Replies
    1. Castle? yang version 200x ataupun version Clasic? berapa harganya gan?

      Delete