Jangan Clik

Sunday, July 26, 2015

Jalan-jalan di Zoo Songkhla

Selain kedai menan, destinasi ni la antara tempat dlm wishlist anak2 aku, penempatan binatang liaq dlm kandang atau zoo. Tambahan plak anak aku slalu tgok rancangan ZooMoo dalam Astro jd cadangan aku ke zoo mmg dicalonkan menang tanpa bertanding  oleh depa. Kali ni aku bawak depa pi Zoo Songkhla Thailand, tak jauh mana dri Padang Besar, lebih kurang 74 kilometer atau 1 jam 50 minit perjalanan. Nak cari zoo ni klu tak perati betoi2 bole sesat, ni aku bg sikit arah jalan, kalau kita dari Hatyai teruih ja ke Songkhla, sampai ja kat pekan Songkhla kita akan jumpa simpang 3, (kat sini pun dah ada signboard zoo ni), kalau ke kiri ke Pantai Samila, kalau belok ke kanan ke Pattani, haa...kita ambik kanan...arah jalan ke Pattani ataupun Sakom Beach. Lebih kurang 2 kilometer kita akan jumpa pekan kecik yg ada shoplot, kita cari pintu gerbang Zoo Songkhla sebelah kedai 7E macam gambaq di atas, masuk situ kita akan melalui kawasan perumahan, pastu lebih kurang 1 kilometer sampai di kaki bukit baru la jumpa Zoo Songkhla ni.
Zoo Songkhla ni dibuka setiap hari dari pukoi 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Tiket masuk sini bg foreingners adalah 150 Baht (Rm 15.00) Dewasa, 70 Baht (Rm 7.00) kanak-kanak dan 50 Baht (Rm 5.00) utk kenderaan. First time masuk zoo yg bole bawak masuk keta dalam ni, sebab luas zoo ni, mau jalan kaki ka, 2 hari tak habih pusin. Bersama-sama tiket depa akan bg peta tempat2 menarik dan kandang haiwan liar dlm ni serta waktu2 pertunjukan haiwan dlm zoo ni. PERINGATAN bersama-sama tiket ni jugak depa akan stapler sekali resit kenderaan, kita kna simpan resit tu sebab resit tu kna bg balik masa kita nak kluaq nti.
Dalam zoo ni juga ada taman tema air dan juga permainan kanak-kanak yg lain, taman tema ayaq tu aku tak masuk sebab  hero-hero aku klu main ayaq berejam, jenuh la nak tgu. nak masuk water park tu free ja sebab dah termasuk dgan harga tiket. Tapi kalau nak mandi situ kna bawak baju mandi yg telah ditetapkan, klu tak bawak ataupun baju mandi tak ikut specs, bole sewa kat kaunter di water park ni. Bagi para Muslimin dan muslimat jangan risau jika dah masuk waktu di sana, sebab kat sini juga ada disediakan surau untuk menunaikan solat.
Ni checkpoint pertama kami, sebab masa aku masuk dah dekat pukoi 2 ptg jadi pi solat lohoq dulu kat surau yg disediakan pastu kami pun berkelah la dalam zoo ni sebab dkat parking lot ni ramai keluarga Melayu-Thai pakat dok berkelah, aku masa mai tu cadang nak berkelah kat Pantai Samila, tp smpai sini pun dah waktu tengahari, perut pun dah vibrate jd kita kin (bahasa Thai "kin" bermaksud makan)dulu la, tempat pun teduh, luas & banyak kawasan kita bole pilih utk berkelah. Majoriti pegunjung sini aku tgok adalah Melayu -Thai yg mai dri Pattani,Narathiwat dan Yala tambahan depa pun cuti ari sabtu -ahad, depa mai sini  kebanyakan naik pikap , slamba ja duduk kat belakang yg tak berbumbung dlm cuaca hangat lit2 ni hehehehe.... Klu yang tak bawak bekalan tu kat sini juga ada gerai2 yg jual makanan, cari ja gerai yg ada sign halal. Satu lagi tips bg muslim kalau nak cari restoran atau gerai makanan halal kat belah Thailand ni, cari ja Masjid, haaa...kat tepi2 masjid tu mesti ada restoran atau gerai makanan halal.
Untuk2 pelancong-pelancong dari Malaysia tak payah risau sebab kat sini semua papan tanda ada tulisan Bahasa Melayu. Selain tgok papan tanda kita kna jugak cek peta yg depa bg tu takut terlepas kandang haiwan2 yg menarik.
Selain laluan pejalan kaki yg biasa kat sini juga dibuat laluan kanopi di mana kita bole tgok haiwan2 dari kedudukan tinggi sikit, teduh pun teduh nak jalan sebab laluan ni berada bawah pokok2 rimbun. Ni antara menatang yg anak aku mai beraya ngan depa, Binturung, Kijang ngan Burung Kawasaki eehhh...tu jenama moto, silap plak...Burung Kasawari la hehehehe....
Sempat jugak la bawak anak aku tgok pertunjukan anjing laut (kita bole cek detail waktu2 pertunjukan haiwan dlm peta yg depa bg tadi). Seronok anak2 aku tgok anjing laut dok buat aksi macam2 walaupun tak berapa faham bahasa siam yg dituturkan jurulatih dia, tapi anjing laut tu paham kira ok la hahahaha....
Kandang Badak Ayaq yg ternganga sepanjang masa sebab dok tunggu pegunjung baling makanan masuk dalam mulut luas dia tu, ni kalau baling tembikai sebijik pun dia telan sekali harung ja ni hahahaha... Memandangkan Thailand kan Negara gajah putih semestinya la kna ada gajah dlm zoo ni walaupun beliau mmg tak layak jd model produk Qu Putih sebab gajah ni tinted sikit hahahahah....
Dalam zoo ni ada juga dijual makanan untuk dijamu pada binatang2 sini yg dijual antara rm 2.00 hingga Rm 3.00. Makanan ni ikut binatang, klu kambin depa jual rumput, klu gajah dia jual pisang, klu badak ayaq atau seladang depa jual ubi, klu semut depa jual gula hahahaha....
Ni maskot pasukan Bolasepak Perak, Boss Gaurus ataupun nama manjanya Seladang, bapak besaq seladang jantan ni, cukup untuk panggilan 3000 org klu buat kenduri nih. Yang bawah plak Badak Sumbu  w'pun sumbu dia memang tak ble cucuh api  tatkala malam 7 likur menjelma sebab mungkin mengakibatkan anda dirojoh berulang kali di rusuk kanan tanpa belas kasihan oleh badak bapak randok ni hahahah...sebab sumbu dimaksudkan adalah tanduk di hidung beliau.
Okey kita layan pak belang plak yg relaks dok melepak bawah pokok sebab cuaca panaih sungguh waktu tengahari kat sini. Yang harimau belang putih plak dok berendam dalam ayaq, bukan apa takut kaler dia itam terbakaq dek sinaran ultra lembayung. Klu ikutkan ada pertunjukan "Flying Tiger" tapi dah aku pi waktu selepas show, yg ada hanyalah "Sleeping Tiger" ja la hhahaha...(PESANAN:- Tiger Show dengan Thai Girl Show adalah dua benda berbeza w'pun bunyi sebutannya seakan-akan sama kehkehkeh...)
Di sini juga terdapat papan-papan tanda maklumat dan sedikit info tentang binatang-binatang di sini, dan di sini juga ada disediakan gerai2 makanan dan minuman jika dahaga dan lapar menerjah ruang usus anda.
Memandangkan zoo ni terletak di ataih bukit , jadi kita terpaksa mendaki sikit la masa nak naik tu. Dekat Water Park tu kita bole tgok pemandangan Bandar Songkhla dari atas bukit, cantik menghadap Laut China Selatan.
Dah alang2 mai Songkhla ni jadi aku pun bawak la ayahandaku dan bondaku tgok patung duyung topless kat Pantai Samila dan bawak makan-makan makanan dlm sampan kat Klong Hae Market sebelum balik sebab border imigresen belah Padang Besaq tutup pkoi 10 mlm waktu kita.

2 comments: