Jangan Clik

Wednesday, December 9, 2015

Bercuti di Cameron Highland

Percutian singkat penulis ke Cameron Highland ehh...ber penulis2 plak, ingat kolumnis sokkabaq ka hahaha...ok percutian singkat aku sefamili ke Cameron (bukan Cameroon negara Samuel Eto'o tu) Highland sebab aku ada jemputan kenduri umah sepupu wife aku kat Pantai Remis, Perak, jd sebelum pi kenduri tu ,famili kak ipaq aku ajak join depa pi tempat yg mempunyai kepadatan tanaman sayoq sayoqran yg tinggi ni utk berjimba2. Memandangkan hampir 6 taun dah tak mai sini jd aku bawak la anak2 teruna aku yg terbongkang lena sepanjang perjalanan yg dipenuhi aktiviti wajib depa, main, makan pastu lena dan camtulah berulang2 sehingga sampai ke destinasi tujuan. Ok destinasi singgahan pertama adalah di Ladang Teh Cameron Valley, mudah sebab tepi jalan ja. Suhu agak sejuk sebab cuaca masa aku pi asyik bergerimis. Lepaih minum teh ngan makan kek yg harga cam di Kota London, bergambar mesra, berbelanja beli serbuk teh sepeket dua habuan utk diri sendiri dan adik beradik kami pun bertolak utk mengechek in kan diri di hotel bg merehatkan badan dan membuang apa yg patut.
Kami menginap di Hotel Copthorne Brinchang yg ditempah melalui jaringan Agoda dengan kadar Rm 190.00 semalam. Kawasan Brinchang ni merupakan puncak tertinggi di Cameron ni jd suhu kat sini mmg berbelas celcius ja, tambah2 waktu malam. Aku cari jugak suis aircond dlm bilik tapi tak jumpa plak, gilo nak pasang aircond kat sini , beku la nanti hahahaha.....
Puas bilik dia, dah la luas siap ada balkoni lg, tp tu la tempat yg jarang pi sebab sseejjuukkk.... dri bilik ni yg berada di tingkat 10  dapat la tgok pemandangan cantik kawasan Brinchang yg dikelilingi ladang2 sayoq dan kabus2 awan komolonibus. Selain disediakan tempat parking bawah hotel yg banyak space, hotel ni jugak berdekatan dengan restoran dan juga hanya berjarak jalan kaki ja ke Kea Farm (tempat jual sayoq tu).
Pastu kami singah di Lavender Garden di Tringkap, bayaran masuk untuk dewasa adalah Rm 5.00 dan Kanak2 Rm 3.00. Taman yg penuh dengan bunga2 cantik ni mmg sesuai utk bergambar dihiasi bunga yg bermacam2 kaler, dekorasi yg cantik dan monumen2 yg kiut. Kat dalam ni jugak ada tanaman stoberi dan kita bole kutip sendiri buah tu pastu kna bayar kat kaunter, kita kna kutip buah stoberi sekurang-kurangnya 200 gram. Kat dalam ni jugak ada gerai2 jualan macam2 dari buah2an, menan, cenderahati, makanan dan jugak pakaian. Kat sini yg paling mabeles adalah buah stoberi bersalut coklat, mmg sedap, tiga batang Rm 5.00. Bg aku klu nak beli buah stoberi yg bersalut coklat baik beli yg macam ni, yg dicucuk di batang lidi berbanding buah yg dibubuh dalam bekas pastu depa tuang coklat sebabnya, klu yg dalam bekas tu coklatnya tak sekata dan tak menyaluti sangat buah tu, jd kureng sikit bg aku, yg cucuk lidi nih mmg pilihan la.
Masa aku pi tu ramai jugak la umat, maklum la time musim cuti sekolah plus weekend. Kalau nak beli cenderahati berupa makanan yg berbaloi bg aku adalah coklat yg dalam ada jelly tu yg ada perisa stoberi, blueberry, mangga, anggur dan sebagainya sebab sedap dan tahan. Sebab kalau beli buah2an ni maklumla ada buah yg mudah lebam atau lasu kata org utara, jd kualiti rasa tu kurang la sikit.
Pasar Malam Brinchang merupakan tempat yg mmg aku kepingin sangat nak pi sebab kat sini ada bermacam2 jualan dari buah2an, sayur-sayuran, makanan, cenderahati dan bermacam lagi dengan harga yg ditawarkan cukup murah dri tempat lain, sebagai contoh jelly bersalut coklat tu klu kat tempat lain ada yg 3 atau 4 kotak Rm 10.00 tp kat sini kita bole dapat 5 kotak Rm 10.00 jd dah untung kat situ. Yang leceh kat sini adalah nak cari parking, mmg jammed klu mai time cuti, jenuh cari parking, klu nak mudah dpt parking mai awai sikit, dlm pukoi 5 atau pukoi 6 petang.
Pasar Malam ni klu ikutkan hanya dibuka hari Jumaat dan Sabtu ja, tapi minachi yg keja kat Petronas situ kata kalau musim cuti sekolah depa akan buka hari2. Mmg luas pasar malam ni, jenuh jgak la nak berjalan. Apa yg spesel kat pasar malam ni berbanding pasar malam di tempat lain, sini kita ble jumpa sayoq celup tepung, berbagai2 ubi kukus, buah2an kering dan kalau kita beli apa2 makanan dia punya sayoq mcm kobis, salad, timun atau tomato mmg heaven, banyak depa boh, maklumla sini rega sayoq murah. Lg satu yg aku musykil kat sini depa jual makanan seafood cukup murah, ya la memandangkan kat sini kan jauh dri laut, tapi depa bole jual dengan rega tu mmg berbaloi la utk pengemar seafood klu nak ratah udang atau pun soton goreng celup tepung.
Esoknya awai2 pagi aku dah pi Kea Farm, sebab senang nak cari parking dan jugak mengelakkan kna saman Trafik. Tapi mai pg pun org dah ramai dah, maklumla sambil mai breakfast kat kedai mamak berdekatan lajak teruih la mai borong hasil dari tanah tinggi ni. Kat sini klu nak beli buah stoberi fresh, segala mak nenek sayoq ngan bunga2 atau tanaman ble la, sebab banyak pilihan.
Memandangkan anak2 aku teringin nak tengok pokok2 stoberi memberanakkan buah stoberi jd aku bawak la depa pi Raju Hill Strawberry Farm yg terletak btoi2 bertentangan dengan Hotel yg aku menginap, tapi jalan nak naik dia curam sikit, klu keta tranmisi auto tu ok la, klu yg gear manual tu mmg gayat la sikit. Sini kita bole petik sendiri stoberi, 1 kilo harga dia lebih kurang Rm 30.00 . Kat sini aku mai pekena buah stoberi fresh dri ladang dgan ais krim stoberi yg berharga Rm 7.00. Ruang kafe dan parking yg disediakan cukup luas untuk menikmati eskrim yg cukup mabeles tu.
Selanjutnya kami singgah di Lumut sebelum pi kenduri sepupu wife aku keesokannya di Pantai Remis. Kali ni aku menginap di Mornington Hotel, Lumut yg kadarnya Rm 90.00 semalam yg juga ditempah melalui jaringan online Agoda. Cantik dekorasi dalaman bilik hotel ni w'pun tak seluas bilik di Hotel Copthorne, Cameron. Selain berdekatan dengan kedai makan dan kedai 7E, hotel ni jugak tak jauh dari Aeon Mall , Giant dan juga Tesco Manjung.
Ruang bilik ayaq yg sungguh selesa utk memerut dan jugak mandi manda, tambah2 utk hero2 aku tu yg berejam kalau mandi tempat yg ada shower. Main ja lebih, mandi sikit ja.
Dah alang2 menyeluk pekasam biar sampai ketiak masam eewwaahh.... hahahaha...apalagi mai menyinggah ke Pekan Lumut la tgok laut dan berabih duit sikit beli makanan laut yg popular kat sini cam soton kering, ikan bilis, keropok, ikan kering dan juga macam2 lagi la sebelum pi makan kenduri dan teruih balik ke bumi tercinta Perlis Darul Naim kehkehkeh....

13 comments:

  1. salam kak . nak tanya ... rm190 ni utk satu malam ke cemana kak ? saya nk book hotel utk ibu sy tapi xtahu sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya rm 190 utk satu malam. adik bole booking melalui jaringan online mcm agoda.com ataupun trip advisor. dapat murah sikit sebab kadang2 diorang buat promosi

      Delete
  2. Dkt copthorne kedai mkn terdekat dkt mana ea kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat copthorne kedai makan dekat ja, jalan nak masuk hotel ada satu restoran nasi ayam, dan jalan ke depan sikit , dekat2 Kea farm ada satu Restoran mamak jd senang la kalau nak pi sarapan pagi kat situ

      Delete
    2. Salam, nak tanya, dekat copthorne, kalau dinner , kat mana eh makan?

      Delete
    3. kalau dinner, dekat bawah hotel di deretan kedai jalan ke hotel copthorne ada satu restoran nasi ayam. di luar sikit berhampiran kea farm ada satu kedai mamak kalau nak cari dinner.

      Delete
    4. Thank you, senang sikit pegi kedai makan malam dedekat.

      Delete
  3. gud info bro..tq, bhsa utara mudah fhm..ha3

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah, saya mmg terbiasa guna Bahasa utara ni, tapi klu Bahasa utara yg pekat tu sya translate ke Bahasa rasmi la takut reader tak paham hehehe

      Delete
  4. Perkongsian yang bermanfaat bagi mereka yang sedang mencari destinasi pelancongan yang menarik...

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas info. Untuk lebih mudah, boleh cuba tempah tiket bas awal di www.malaysiabus.com. Tiket KTM/ETS juga boleh ditempah secara online!

    ReplyDelete