Jangan Clik

Sunday, August 9, 2020

Jalan jalan Penang 2020


Memandangkan tahun 2020 ni famili aku tak penah planning bercuti lagi disebabkan pandemik covid 19, jadi kesempatan hujung minggu aritu aku bawak la anak2 aku pi tempat yang jauh sikit dari kerumunan org ramai dan bole buat aktiviti sendiri di dalam bilik. Jadi aku book siap-siap 2 malam menginap di Lexis Suite Hotel Bayan Lepas, Pulau Pinang. Lokasi hotel yang terletak agak jauh dari hiruk pikuk ibu kota Georgetown dan berdekatan dengan perkampungan nelayan menjadi lokasi sesuai untuk menghabiskan cuti hujung minggu dalam musim2 pandemik ni.
Lagi satu pasai apa hotel Lexis Suite ni jadi pilihan sebab hotel ni menyediakan private swimming pool kat bilik, jadi amat sesuai untuk bawak anak2 menghabiskan aktiviti depa dengan mandi manda dan  bole la aku mandi pakai g string tanpa jadi tatapan umum hahahahahaha..... Hotel ni ok la bagi aku, dengan bilik luas ada 2 katil king, siap devide bilik air dengan ruang leisure, ada swimming pool yang bole mandi siang malam sbb ayaq dia suam sepanjang masa dan ofkos la pemandangan luar yang sangat indah menghadap laut Selat Melaka.
Kawasan Bayan Lepas ni bersebelahan dengan perkampungan nelayan Teluk Kumbar yang sangat mendamaikan dan sangat sesuai untuk pengunjung yang ingin lari dari kesibukan kota. Lagi satu jalan Teluk Kumbar ni tak jauh dari Balik Pulau jadi dah ada kesempatan tu aku telusuri la jalan2 berbukit pusing pulau cari durian duri hitam yang agak femes tu.
Puas pusing pulau..tiba-tiba terjumpa plak 2 ekoq kaboi gergasi tengah dok gomoi kes tagline "tak hensem takpa, janji kaya". Entopia ni kalau tak salah aku merupakan transformasi taman rama-rama Penang dulu yang telah diupgrade jadi lagi cantik dan futuristik. Tiket untuk dewasa untuk pemegang mykad berharga Rm 44.10 dan kanak2 dari umur 4 hingga 12 tahun berharga Rm 26.10, kanakk2 bawah umur 4 tahun percuma.
Bukan setakat rama-rama yang banyak dalam ni, tapi juga pelbagai jenis serangga dan reptilia. Dengan suasana alami yang ditata cantik amat sesuai untuk bergambar kenangan selain disediakan ruang2 informasi berguna untuk kanak-kanak. Selain itu terdapat juga kedai cenderamata dan kafe2 makan minum untuk melepaskan lelah setelah penat berjalan keliling taman.
Tak jauh dari Entopia di dalam daerah Teluk Bahang ni juga aku berkesempatan singgah ke Toys Muzium Penang. Jalan masuk ke muzium ni agak tersorok tambahan papan tanda pun kecik sangat, tapi nasib baik aku google dulu sebelum mai sini. Tiket masuk untuk pemegang mykad berharga Rm 24.00 dan kanak2 Rm 18.00.
Destinasi ni merupakan port wajib bagi para kolektor mainan sebab kat sini majoriti mainan yang anda kumpul pasti ada kat sini, tambahan mainan dari tahun 80 an - 90 an. Banyak jugak aku snap gambar-gambar mainan dari generasiku macam mainan popular bagi kanak2 generasi 80-90 an iaitu mainan kartun M.A.S.K, lengkap watak wpun tak semua siap kotak lagi, mmg rare dan bernilai tinggi.
Selain patung2 watak2 filem dan kartun bersaiz gergasi kat sini terdapat juga beribu mainan saiz biasa yang menghiasi kabinet2 kaca yang mmg menjadi impian setiap para kolektor untuk display mainan dalam koleksi untuk dipertontonkan seperti ini. Antara mainan yang menarik perhatian aku adalah mainan Akira, joker Heath Ledger (watak joker terbaik bagi aku) , mainan Voltron dan juga mainan kartun  Biker Mice yang agak popular tahun 90 an dulu. 
Selain itu terdapat juga mainan yang aada dalam list koleksi aku seperti mainan He Man Master Of The Universe ni, tapi yang ni koleksi dari versi 2000 bukan versi Classic atau filmation yang bagi aku lagi cantik sculpting dia berbanding versi 2000 ni.
Aku dimaklumkan bahawa owner muzium ni mula mengumpul mainan2 ni dari umur beliau 18 tahun hingga la sekarang yang mana umur beliau sudah meginjak 50 tahun lebih, sebab tu beliau ada beribu koleksi mainan untuk dipertontonkan. Aku melangut kat sini dekat 2 jam jugak la tambahan aku sefamili ja yg ada dalam muzium ni jadi pakat raya sakan la. Bagi aku sejujurnya muzium ni perlu dipertingkatkan dari segi kebersihan, dekorasi luaran atau dalaman untuk menarik lebih ramai kanak2 atau peminat berkunjung, dalam muzium suasana agak panas wpun ada aircond, tandas yang berbau dan ruang menunggu depan agak berserabut dan bersepah dengan kabinet2 mainan yang macam tak pernah sapu sebab banyak mainan2 yang dah berdebu serta papan tanda tunjuk arah ke sini sangat kecik memandangkan lokasi muzium ni yg terletak agak ke belakang bangunan lain, serta kurang promosi mungkin menyebabkan muzium ni kurang dikunjungi .Tapi overall anak2 dan aku enjoy la lihat koleksi mainan yang sangat maveles dalam ni walaupun aku sedikit kecewa sebab mainan Thundercats dan Dino rider takdak dalam simpanan muzium ni. Jadi itulah serba sedikit percutian keluarga aku di sebuah pulau di atas samudera di bawah langit khatulistiwa...pulau mutiara...Penang.

No comments:

Post a Comment