Jangan Clik

Wednesday, January 24, 2024

Budaya 'Select'

 


Budaya " Select" dalam group wasap, persatuan, rakan sekolah, rakan pesbuk , rakan sekerja ni benda biasa cuma aku bersimpati la terhadap mangsa2 keadaan ni. Aku juga pernah alami situasi camni tapi buat dono ja, benda simple buat apa nak serabutkan pening2 kepala. Kalau kita tanya depa tak jawab pun takpa, klu jawab pun takpa, tapi setakat la klu aku tanya tu mmg tak pernah tak berjawab la hahaha.. Dan jangan kita terkejut klu dlm satu kelompok tu ada pecahan 2,3 group wasap, itu biasa. Kalau di pejabat kita akan ada yg official kan, dan akan ada lagi 2,3 pecahan group wasap plak, group sukan la, group pantry la, group comel , group kutu la dan ahli2 mmg yg terpilih ja la ikut sapa admin group tu, dia nak add klik dia ja ka, nak add best pren dia ja ka. Macam kes group pekerja Kieda Crepes aritu yg mana terkantoi ngan Kieda yg pekerja2 dia dok kutuk belakang dlm group rahsia hahaha..benda tu biasa dlm sesuatu organisasi.

Sebenaqnya ok ja group2 "Select"ni , pilihan masing2 kan, tapi tu la yg kesian adalah yg menjadi mangsa. Sbb klu buat apa2 sama2 rakan group tu pandangan aku elakkan la post kat media2 sosial sbb banyak hati nak kena jaga, contoh ada satu group di opis buat makan2 sambil camping group depa saja, sahih akan berbunyi org lain, awat tak ajak dia la, awat kami tak tau pun, awat...awat...awat... hahahaha...jd utk mengelakkan perkara macamtu tu , elok tak payah la post di media sosial , simpan utk diri sendiri ja. Tapi tu klu org jenis pikiaq org lain la, klu jenis pentingkan diri sendiri tu terpulang la, sbb selalunya yg tak jadi mangsa ni mmg ego tinggi sikit, ya la bukan dia yg jadi mangsa, mmg dia tak peduli la hahahaha... ikut jenis org, klu kita jenis yg berkawan dan baik ngan semua tanpa pilih bulu ni elakkan la perkara begini, klu jenis org hidup ngan klik2 dia ja tu ikut ampa la. Sebab jenis ni klu tegoq pun bukan dia dengaq hahaha...

Cuma aku ni mewakilkan bagi pandangan terhadap yg jadi mangsa keadaan atas sikap kronisme ni ja, itu hak masing2 nak "select" cuma bila ada mangsa keadaan bagi pandangan dan komen post pasai geng2 "select" ni kat post ampa jgan la kecam membuta tuli, cuba jawab la jawab elok2 sbb yg tak jadi mangsa ni dia tak sedaq, cuba dia plak jadi mangsa kompom dia pun tak puas hati, nak post2 apa2 dgan geng2 "select" ampa tu terpulang, aktiviti makan2 ka, berkelah ka, video call group ka tapi jaga sensitiviti rakan2 lain. Buat video call group rakan2 sekolah lama tapi yg join ada berapa kerat ja, rakan2 lain tak dapat jemputan join pun, bila ditanya oh ni bukan group sekolah tapi group lain , tapi muka2 yg join semua muka2 memba2 sekolah tak ka pelik. Tambah2 klu admin group sekolah yg utama tu selama ni bertungkus lumus kumpul kawan2 balik utk merapatkan silaturrahim tapi baru tau rupanya ada group asing rakan2 sekolah yg lain, yg ahli2 dia hanya ada org2 tertentu sahaja, bila terkantoi dok pakat bahan membahan si polan mangsa keadaan tu plak hahahaha..sebab tu org kata klu buat sesuatu jgan bagi pengharapan atau berlebihan nanti kelak kecewa bila dapat tak spt yg diharapkan , sbb tu tu perkara paling penting adalah famili kita, sbb susah senang, sakit pening hanya famili kita yg tanggung, bukan rakan2 "select" kita ni. 

Jadi bila depa dok buat budaya "select" depa kita pun balas balik la budaya "select" depa tu sebab aku jenis simple, macam mana layanan ang kat aku, camtu jugak la layanan aku kat ang. tak lebih tak kurang sbb benda tu bukan menjejaskan hidup aku pun, bukan depa yang letak nasik atas meja makan aku, tapi bila bab apa2 info hampa tau dulu tu terpulang, klu tanya aku aku hanya habaq taktau ja la kan sbb mmg tak tau pun, kadang2 org dlm group tu ja yg tau info dulu, sbb benda ni bukan ble sorok, lama2 akan terbuka pekung jugak, jadi kita buat relaks ja, kalau aku dapat tau info setakat noted ja la.Dah org tak hegeh ngan kita, takkan kita nak terhegeh-hegeh ngan depa plak, jadi hampa hidup la ngan rakan2 select group wasap ampa tu, aku ngan hidup aku cuma yg aku paling pantang bila nak guna kita utk kepentingan depa baru mai cari kita, yg tu sori aku mmg tak layan, harap jgan terasa sbb pasai apa ampa select bole aku nak select tak bole? hahahaha..... ppooddaahhh...

Ni hanya pendapat peribadi aku, tak tuju kat sapa2 pun, aku meraikan kepelbagaian pendapat, cuma aku menyuarakan suara2 mangsa2 keadaan yg teraniaya akibat perbuatan yg hanya mementingkan diri sendiri ini saja, bila guna baru cari, bila tak guna tauk tepi, soriii la braderr.... pis no war ...

No comments:

Post a Comment