Jangan Clik

Sunday, January 21, 2024

Sabar itu pendinding diri

 


Sedikit petikan dari laman pesbuk interior designer terkenal Anis Shuhada :-

Adab bila kita melihat rumah orang lain. Kadang2 hati memang teringin tapi tanamkan dalam hati. Kadang2 cantik dimata pemilik rumah tetapi tidak pada mata kita kerana Allah bagi kita perasaan & citarasa yang berlainan begitu juga rezeki .


Elakkan:


1- Mengkritik kenapa beli rumah besar mcm ni larat ke nak kemas? Kenapa beli kecik sangat kalau family datang mana nak duduk? Kecik ke besar tu soal rezeki jangan pertikaikan. Yang penting sabar.


2- kenapa guna perabot warna cerah? Kotor la macam ni. Kenapa guna perabot gelap nampak sempit rumah. Kadang2 kita ada impian dan citarasa berbeza cara kemasan & maintain kebersihan tu adalah cara & hak masing2


3- membazir je buat cantik2 ni simpan duit lagi bagus. Hidup kita tak lama tak ada salahnya bila kita belanjakan sedikit duit untuk keselesaan keluarga kita sendiri semua dapat rasa. Kita cari duit untuk kita rasa bukan simpan sampi sendiri pun tak rasa nikmat yg Allah bagi.


4- Kalau aku tak beli rumah macam ni, beli rumah ada tanah boleh buat garden boleh buat swimming pool. Cakap memng mudah beli rumah bukan macam beli cucoq sesiapa shj yg mampu beli rumah adalah 1 pencapaian tak kira la kecik ka besaq ka. Siapa yang tak nak rumah tepi rumah luas yang penting tepuk poket kita & kelayakan kita. Bukan beli dengan ayaq liuq.


5- Aku xminat perabot macam ni kalau boleh nak beli yang lagi mahal dari ni. Apa pon kita nk beli beli lah... jangan dikritik rumah orang lain sbb kena ingat tu rumah dia bukan rumah kita. 😅 Perabot rumah kita dah beli yang mahai ke belum?


6- kenapa beli rumah jauh sangat? Kalau aku tak beli kat sini beli dekat KL. Ni ceq... kita beli rumah modal duit bukan ayaq liuq. Beli rumah ni kalau ikut kita punya nak memng la smua orang nk duk bandar tapi berbalik pada kemampuan juga. Beli rumah tak rugi jadi aset yang RUGI bila kita terlalu memilih. 


7- Buat rumah cantik2 berlebih2 membazir. Baik sedekah. Ceq.... kita kalau tak tahu amal jariah seseorang jangan kita cari salah. Selalunya amal jariah, zakat, sedekah ada yang dalam senyap dan ada yang secara terang terangan. Berbelanja untuk keselesaan sekeluarga setelah bekerja penat tu tak salah pun.


8- “Rumah punya bersih nak masuk pun takut. Nak duduk mana ni?” Kebersihan amat dituntut dalam

Islam maka tak perlu takut dengan rumah yang bersih.


9- Cabinet ni hitam @ putih tak takut kotor ke nampak habuk ke? Warna apa pun kena bersihkan kena maintain kebersihan. Hitam ka putih ka biru ka hijau ka merah ka kena rajin😂


10- Beli rumah belagak la tu  tunjuk la tu. Sebenarnya apabila kita menilai sesuatu dari sudut positif bila kita lihat orang yang lebih berjaya dr kita akan menjadikn ia 1 inspirasi. Bukan kita ajak kawan2 lain membenci orang tu tanpa sebab. Berhenti menjadi manusia Toxic. Tiada gunanya. Yang berguna ialah bila kita lihat bagaimana usaha dia untuk terus maju dengan usaha yang tak pernah putus.


Ok cukup kita upgrade 10 dulu hari ni nanti kita sambung lagi hahahha mak selalu ckp orang nk beli apa pun biaq Allah bg depa rezeki kita usaha esok2 hang nk beli Gajah pon beli la anis🤣

Mak selalu ikut kami pi rumah deco mak ckp “segak no rumah depa ni boh lampu labuh teringin pulak mak tengok” Hari jadi tahun ni xbg apa kat mak adik yg kecik hadiah lampu segak untuk rumah mak dekat kampung abg pulak jd tukang pasang😆  Saya cukup kagum dengan mak & ayah sy mcm2 kerja depa buat untuk bina rumah di kampung hasil tabungan buat sikit2 ada rezeki sikit kami anak bantu mengecat beli kipas dan deco sikit2. Bertahun2 baru siap…

kadang2 memng kita akan teringin tengok rumah org lain cantik tapi dlm bab menghias ni buatlah sekadar mampu kita kadang2 ada keinginan yg tertangguh tp sabar itu indahh pelan2 lama2 siap inshaAllah🤲🏻



Sekadar renungan sbb bukan beliau ja penah kena, aku sefamili pun penah kena siap post di pesbuk lg hahaha... Awat beli rumah banyak2 la, beli rumah besaq nanti tua2 dok berdua ja, dok tambah hutang umoq tua2 ni sampai nak kena ikat perut buat apa, Beli rumah 2 tingkat nanti tua2 larat ka naik tangga... Eh.. Macam aku guna kaki dia plak naik tangga hahahaha.. 🤣 Katalah apa nak kata sbb org yg toxic ni mmg takleh tgok org lebih pada dia, kdg2 kita xperlu nk detailskn pun apa sebab suatu tindakan kita ambik adalah untuk improve kehidupan kita.😁 

No comments:

Post a Comment