Jangan Clik

Sunday, December 20, 2009

Family Day D Langkawi


Minggu lpas opis aku ada buat family day kat Pulau lagenda, langkawi. Rombongan seramai 83 orang kakitangan beserta keluarga telah berangkat ke Pulau langkawi melalui jeti Kola Perlih.Ramai sungguh orang kat jeti semua pakat nak pi bercuti, ada yang pi persendirian bersama keluarga, ada yang ikut rombongan maklumlah musim cuti sekolah.
Pulau Langkawi, pulau yang selalu menjadi destinasi utama pelancongan bukan sahaja kecantikan pantai dan pulaunya malah kemurahan barangan di pulau bebas cukai ni. Biasala bila musim cuti sekolah ni semua resort, hotel, chalet fully booking, kereta dan van sewa pun abih orang booking, rate hotel dan keta sewa murah ja kalau bukan musim cuti sekolah, bila mai time ni habih mencanak naik harga. Time cenggini la para peniaga nak buat duit. Tu pun ramai berpusu2 mai bercuti kat sini.

Singgah di galeria Perdana berkesempatan la jumpa dan bergambar dengan Presiden Cuepacs Tn. Haji Omar Osman. Dengan satu harapan dari kami untuk Tuan haji, mintak2 la taun depan dapat la bonus dari kerajaan ya tuan haji thihihihi....
Suasana malam di pantai Chenang penuh dengan tourist dan local tourist, pelbagai cenderamata dan barangan dijual di sekitar sini, jangan segan tawar harga kalau nak dapatkan harga yang setimpal. Kami menginap di Sandy Beach Motel, Pantai Chenang, senang nak buat aktiviti kat tepi pantai. Yang penting anak-anak buleh enjoy mandi laut.

Masuk underwater world Langkawi heroku bule bantai lena lak, kita nak bawak dia mai tgok ikan-ikan yang besaq pada dia kat sini, biaq dia tau ropanya ada lagi ikan yang lebih besaq dari babah dia.
Ibu " Lihat anakku sama tak corak kulit ikan kerapu tua tu ngan corak tudung ibu, untuk pengetahuan anakku tudung ibu di dibuat oleh kulit ikan kerapu tua tu la." Wahahaha anak aku penin mana satu ibu dia mana satu ikan kerapu, sebab corak sama wahahaha...(sori cayang abang lawak ja nti balik abang beli aih pop kat cayang, jangan mara tau ahaks)

Wife aku bwak hero ku mandi laut sebab dia teringin sangat nak berendam, selama ni dok mandi dalam baby tab ja bila tgok laut baru dia tau rupanya kat luaq sini ada lagi tab yang lagi besaq dari baby tab dia.

Antara aktiviti yang kami jalankan adalah lombat katak, w;pun muka aku ada gak iras2 katak pisang tapi aku tewas jugak sebab semua bukan lompat katak tapi pakat lompat kijang, habih la aku (hihihi tak mengaku kalah sebab stamina tak dak, dah tua ahaks)

Acara yang dinanti iaitu berendam dalam ayaq masin, seb baik anak babah takleh berenang lagi, nanti bila anak babah dah buleh berenang kita pi berenang tgah laut sikit tangkap ikan jaws bawak balik masak ngan megi key.
Ni bukan tukun tiruan atau Dugong terdampar yeee. ambik gambaq kenangan sebelum balik mandi kat motel sebab lama sangat berendam sikit lagi nak jadi macam ikan masin.

No comments:

Post a Comment