Jangan Clik

Sunday, January 3, 2010

Liburan di P.Pinang

Minggu lpas bawak famili aku berlibur di P.Pinang. Kami menginap di Palm Inn Hotel dekat Butterworth berhadapan dengan Padang bandaran Dato' Sri Ahmad Badawi di atas yang sebelah sana tu Pulau Pinang, nampak bangunan Komtar tak? alaa bangunan yang paling tinggi kat Pulau tu. Kami menginap kat sini sebab senang dan murah, hotel belah batu Feringhi habis orang book, harga pun dah mahal sikit sebab musim cuti sekolah. Lagi satu aku nak bwak hero aku pi Zoo Taiping, dok belah darat ni senang sikit nak pi Taiping, lagipun aku dah lama tak pi Zoo ni last rasanya masa aku sekolah rendah, lama tu.
Belah petang bawak hero ku naik feri pi sebelah pulau, first time dia naik feri. Last naik feri masa dia dok dalam perut ibu dia lagi masa ibu dia dok ulang alik stadi kat USM. kami rancang nak pi Night Bazaar kat Batu Feringghi dan pusing2 sekitar George Town. Dan beli makanan kegemaran ibu dia....jeruk penang beli kat Lebuh Campbell berdekatan dengan pasaraya Maidin.
ni replika bot zaman silam macam bot portugis kat melaka rasanya restoran The Ship. cantik gak, nak try masuk emmmm rasanya dak kot macam mehei ja harga makanan kat sini, tourist banyak la makan kat sini.
Night Bazaar Batu Feringhi tak nampak gambar gerai sebab gelap sangat, panjang gerai2 dia sepanjang jalan di Batu Feringhi sampai lengguh nak jalan, pelbagai barangan dijual di sini dari spek mata, beg tangan, cenderamata, pakaian, cd, dvd, kasut dan pelbagai lagi semua harga berpatutan dan jangan lupa tawar menawar yer. Tapi kebanyakan penjual kat sini guna orang luar bukan orang tempatan sebab bule cam dialek bahasa melayu dia kureng skit. Meriah kat sini sebab banyak kenderaan dan orang ramai, masa aku nak mai sini jalan jem dari Tanjung Bungah lagi, naik lengguh kaki daki bukit seb baik keta auto, klu manual krem kaki ku.

2 comments:

  1. kami pi masa cuti krismas, cuti 3 hari, dok ingat msti ida balik ayaq Itam tu yang tak kontek tu

    ReplyDelete