Jangan Clik

Monday, February 22, 2010

Selamat Pengantin Baru Ieda & Rizal

Pada tarikh 13 Februari 2010 bersamaan hari Sabtu yg indah telah berlangsungnya Majlis gilang gemilang penyatuan dua jiwa iaitu Puan Ida dan pasangannya Encik Rizal yang juga merangkap sepupu wife aku.
Dengan ikatan tali pertunangan kira-kira 5 bulan kot maka terijab dan Qabul lah pasangan merpati dua sejoli ini setelah sekian lama menyulam ikatan sayang bersimpul kasih dengan disaksikan oleh keluarga, saudara, sahabat handai dan para hadirin yg datang memakmurkan majlis yg diberkati ini. Ewah macam ayat esei Tingkatan 4 Ciku plak...hihihi
Haaa...potong kek takpa, jangan potong double line sudah nti kna saman hahaha...aku dah lama mengenali pasangan ida ngan Rizal ni, ye la semenjak aku bercinta ngan wife aku masa kat Uitm Shah Alam dulu, Depa pun stadi sana gak jd slalu la jumpa memandangkan ida ni sepupu paling rapat ngan wife aku.
Setelah Pengantin baru habih posing maka Pengantin lama pun terhegeh-hegeh la nak enter frame sama, maklumla anak tgah lena, masa ni la nak amik kesempatan, sama cantik sama padan macam pinang dibelah treler hahahaha.....
Bergambaq kenangan bersama-sama bunga teloq sebelum beliau dihabiskan untuk dihadiahkan kepada para saudara terdekat dan oleh aku sendiri.
Akhir kata dari Asrul, Kak Na dan Qazrin kami mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina eh silap...Selamat Pengantin Baru kepada Ida dan Rizal semoga berkekalan ke anak, cucu, cicit, piut,miut,tiut, ciut, tuttt....dimurahkan rezeki dan cepat la dikurniakan cahaya mata, nanti bole berkawan ngan Qazrin yang tak sabaq nak main ngan anak Lang Da ngan Pak lang Rizal dia...dok gitu Qazrin
Qazrin:- Gitu-gitu...abah cak...cak...(cicak) (sambil tunjuk kat siling)
Abah :- mana cicak...tu bukan cicak tu tenuk cayang
Qazrin:- Abah la ccak..
Abah:- kurang asam..abah tak mo buat nenen dah (merajuk)
Qazrin :- tak kesssah abah bkan ada nenen pun..hakakhak
Abah:- hhmmmsss..(berlalu sambil menghempaskan badan ke atas katil sambil menangis teresak-esak) huhuhuhuhuhu....
(Artikel dialog di atas tiada kena mengena dengan tajuk posting ini, sekian)

2 comments:

  1. salam

    errk betul ke qazrin cakap macam tu?

    ReplyDelete
  2. hihihi takdelah, bapak dia yg slalu cakap camtu hahahaha

    ReplyDelete