Nak masuk muzium ni kena perati betoi2 jalan masuk dia masa kat pekan Merbuk tu, sebab jalan masuk dia terlindung sikit, tapi la dah ok dah dah ada signboard penunjuk arah ke muzium ni, jalan masuk dia sebelah balai polis Daerah Merbuk, Pekan Merbuk dah ada kemajuan sikit dari zaman aku sekolah dulu.
Candi2 yang banyak di kawasan ini, menandakan dulu bahawa sungai Merbok merupakan persingahan awal pedagang2 terutamanya dari India yang bawa sekali agama depa ke sini dan depa mewujudkan tempat2 pemujaan serta patung2 dewa agama Hindu. Beberapa ukiran blog batu menarik perhatian aku contohnya seperti di atas, ukiran dia sungguh halus dan cantik, ini menadakan org2 zaman dahulu mmg mempunyai kemahiran ukiran yang tinggi.
Perjalanan nak ke muzium ni aku lalu ikut Sungai Petani dan melalui jalan baru Sungai Layar, selepas titi Sungai Merbok aku lihat adalagi projek carigali atau ekskavasi arkeologi di Kg. Sungai batu yang mana mereka baru menjumpai lagi kesan peninggalan zaman awal dahulu di sebuah ladang kelapa sawit dimana usaha carigali tersebut dilakukan oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia. Aku nak berenti jugak nak ambik gambaq, tapi segan plak sebab depa dok tgah buat keja satgi aku mganggu plak keja carigali depa tu, aku cuma tgok kot jauh la dari tepi jalan. Tapi kalu semua nak tgok apa yang mereka jumpa di situ bole layari http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/ di tajuk (Gambar-gambar ekskavasi terkini di Sg. Batu, Lembah Bujang, Merbok Kedah). Haa kat situ ada gambaq oleh penulis blog ttg apa yg ditemui di kawasan carigali baru tersebut.
yang ni Kepala tangga berbentuk naga
Antara barang2 sejarah seperti ukiran Gajah, Dewa Hindu dan manik2 yang dibawa oleh pedagang India.
Rasanya ni patung Dewa Gajah dan beberapa blok bata untuk pembuatan candi yang mempunyai kesan tapak kaki haiwan, rasanya tikus atau musang kot.
Lagi Patung Dewa dan ukiran candi di batu.
yang ni rasanya digunakan senagai tayar kot pada zaman dahulu, dibuat dari batu.
Tapak-tapak candi
Patung Dewa-Dewa Hindu yang diukir di atas batu, cantik ukiran org zaman dulu.
Miniatur kawasan di sekitar Sungai Merbok, Kedah megunjur sehingga ke Tanjung Dawai.
yang ni aku lupa alatan apa, tempat untuk pemujaan kot.
Candi Pendiat.
Candi Batu Pahat.
Tempat sembahyang, dulu masa aku mai kadang-kadang ada colok depa boh kat tgah tu utk sembahyang.
Bahagian sisi Candi Batu Pahat.
Candi Lembah Bujang.
Candi Bendang Dalam
Antara ukiran batu alatan yang terdapat di candi di sini.
Lagi peralatan yang dipamerkan yang dijumpai sekitar candi, dipercayai antara peralatan sembahyang, tapak tiang dan pelbagai lagi yang diukir menggunakan batu.
Air terjun yang terletak bersebelahan Muzium. Ada sejarah kat sini seingat aku, dulu ada pelancong mat saleh penah terjatuh dari air terjun ni dan meninggal di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan. Bahaya kalau lalu waktu musim ayaq banyak, kalu terjatuh alamatnya...selamat tinggal nek..
Waktu ayaq banyak, para pegunjung tidak dibenarkan melalui kawasan air terjun tersebut, takut jatuh, kalau nak mandi, ada disediakan tempat mandi di kaki air terjun ni, haaa situ selamat, tapi masa aku pi ayaq kering, tak berapa syok sangat nak mandi. Org yg pi berpiknik ramai jugak la. Jangan risau di kawasan ni juga disediakan Surau dan Bilik ayaq untuk mandi dan juga salin pakaian.
Dah alang-alang pi Merbuk tu tak sahih kalau aku tak pi singgah tempat permainan aku masa kecik-kecik dulu, di Tanjung Dawai. Tgok bot-bot nelayan tengah berlabuh baru balik dari memukat, untuk pengetahuan bot-bot di atas merupakan bot pukat bilis, yg juga tempat abah aku dan adik aku berkerja sehingga ke hari ini, bot pukat tenggiri, bot pukat udang saiz bot depa kecik sikit dari saiz bot pukat bilis. Sebabnya bot pukat bilis terpaksa menempatkan dapur masak yang agak besar untuk memasak ikan bilis tersebut selepas ditangkap. Pantai di seberang sana merupakan Pantai Merdeka.
Sambil-sambil tu aku lepak sat kat kedai classmate aku dulu Mat topui org panggil kat restoran tepi laut. Makan laksa ngan Lai Chi Kang ja. Tgok parut kat pipi anak aku, org pakat kata kena dera, hahah..yang dera bukan aku tapi dia sendiri, bebai punya pasai dok pi hantuk pipi kat tangga umah tok dia, berbekas la jawabnya, lpas nih mesti dia tak berani buat lagi, sebab takut sakit. ahahaha tau takutt.
No comments:
Post a Comment