Awas di hadapan terdapat terowong masa di mana anda akan sampai di Planet ntahkatmanapunakutaktau hahahaha... ni terowong sebelum masuk Bandar Ipoh.
Memandangkan di Putrajaya payah nak cari hotel yg agak bajet ngan poket aku, maka aku try la cari homestay kat sana, senang.. luas pun luas ble masak plak tu lg jimat. aku try cari area Putrajaya, full booked plak dah tambahan plak musim cuti sekolah mmg berebut la, alih2 aku dapat homestay kat Puchong, nama ja kat Puchong tapi nak ke Putrajaya 8 km ja.. mmg dekat. Mmg aku suka pilih kawasan nih sebab dia dok tgah2 antara 4 tempat yg aku nak pi jenjalan iaitu Putrajaya, Kl, Shah Alam dan Kajang lgpun nak ke satu2 tempat tu tak jauh sgat.. kira strategik la.
Trima kasih la kat En. Razlan (owner Homestay) sebab sanggup tunggu kami utk tunjuk jalan sebab aku tak berapa arif jalan2 kat Puchong dan kemudahan homestaynya mmg cukup AA++ selesa, cantik, tempat pun tak crowded dan yg penting ada astro, hihihi...almaklumlah la kan musim Piala World Cup jd rugi la klu terlepas game2 yg menarik tu. Homestay nih menyediakan dapoq, peti ais dan aircond sesuai utk satu famili klu nak beriadah kat sini, sewa pun agak berpatutan.
Haaa...tempat pertama yg aku lawati pada hari pertama di Lembah Klang adalah ke Pasar Pagi di Stadium Shah Alam, dia dibuka pada hari ahad dari seawal 7.30 pg hingga la ke pukul 1 tengahari. Seeloknya mai awai la sebab tak berapa panaih sgat, klu mai lewat skit agak panaih, kesian kat bebudak. Tgok bukan kata barang keperluan macam sayoq, ikan , baju dll ja jual ..keta pun depa jual kat sini haaa..pilih2 yg mana berkenan di limpa..eh silap plak.. di hati. Semua ada jual cuma takdak org jual pantun ja klu tidak musti aku dah bli dah hahahaha...Pantun sekilo.
Kat homestay dah ada dapoq ngan peti sejuk jadi kami pun pi bli la barangan dapoq macam sayoq, ikan, ayam dan karburator myvi ehhhh... yg tu bukan keperluan dapoq, yg tu keperluan keta...hii..silap plak. Harga barangan dapoq di sini macam2 ada, banyak plak gerai utk buat pilihan dan yg penting harga pun berpatutan.
Sambil2 jalan tu terserampak la plak ngan Master Chef Sabri Hassan...ala yg mengacarakan rancangan masakan "Spices Routes" kat TV3 tu sedang buat pengambaran utk rancangan masakan apa plak tak la aku tau, yg aku tau mungkin rancangan tu disponsor oleh Agromas. Maka ramai la pakat dok tgok shooting nih, mungkin pakat nak tgok Chef secara life pun ada, yg tgu nak makan free yg Chef masak pun mungkin ada hahaha... aku tgok chef secara free cukup la. Kenyih Chef Sabri nih nak amik gambaq nih....sayyyyy...Cissss....Gerai2 kat sini banyak dan luas, penat la klu nak pusing perabih. Dlu masa stadi aku selalu la jgak mai sini dengan wife aku bli benda makan, tapi masa tu tak berapa banyak gerai sangat berbanding la nih, strategik la depa wat pasar pagi kat sini, dah la bermacam gerai barangan ada, tempat parking pun luas. Dah penat berjalan pakat singgah la kat gerai ayaq sebab nak hilangkan rasa perit kat tekak nih disebabkan cuaca yg agak panaih dan kna menapak pi jengok2 kat gerai yg agak luas nih seluas 8 kangkang dinosor.
Kesian heroku w'pun tak berapa berjalan sangat sebab aku yg banyak dukung dia, tapi dia dahaga ayaq lebih pada aku, beliau minum sampai nak habih satu bekas seb baik dia tinggal gak kat aku sikit klu tidak alamatnya aku borong sekali ngan tong ayaq la jawabnya hahahahaus...Sepanjang nak mai sini aku tgok Shah Alam pun dah agak banyak berubah, klu dulu tanah kosong tapi la nih dah naik bermacam projek dri taman perumahan sampai la deretan rumah kedai. Litar Batu Tiga Shah Alam pun dah naik taman perumahan dah. Tesco pun dah ada 2 kat Shah Alam, satu kat bekas pasaraya Makro dlu ngan yg baru dibuka bersebelahan Pusat Akuatik Shah Alam.
Selain dari gerai jualan sini juga disediakan gerai makanan yg siap dengan meja makan sekali utk pegunjung yg tak mau tapau dan nak makan kat sini. Merenyut org pakat dok makan maklumlah masing2 tak sarapan lg, nawaitu depa mmg nak mai bersarapan kat sini maka penuhlah meja dan kerusi dengan para marheim yang sedang memenuhkan temolok masing2
Bagi kaum hawa sini merupakan syurga la bg depa sebab banyak gerai yg menjual barangan khusus utk kaum hawa macam tudung yg pelbagai jenis, kain pasang, beg tangan dan berbagai lg. Bagi kaum adam pun banyak juga dari baju bundle, baju t-shirt kasut, aksesori henpon, barangan antik dan berbagai lg la, cuma perlu bawak Rm ja bg lebih sronok skit nak memborong.
Ni destinasi yg wife aku mmg nak pi iaitu Kedai Pak Mal nasi ayam kat Seksyen 11, nama kedai mmg nasi ayam tapi ada jual pelbagai makanan lg, aku klu mai sini selalu pekena soto dia ja sebab bg aku soto dia lg sedap dri nasik ayam. yang wife aku ajak sangat mai sini sebab satunya nak merasa makanan yg dah lama tak rasa nih lg satu nak mengungkap nostalgia zaman bercintun dulu la selalu aku bawak dia merempit mai sini tiap2 minggu pekena soto. Kesedapan soto dia mmg macam dulu lg betoi2 holiawwww..oooo. Ni baru posting aku untuk liburan di Lembah Klang di Shah Alam, tempat2 lain akan menyusul kemudian, key wasalam..
No comments:
Post a Comment