ni kat jambatan apa nama pun aku tak tau, bergambaq sat sebelum nak masuk waktu Maghrib sebab nak bawak depa pi solat kat Masjid Putra dan lepak2 sat kat situ.
Sampai kat Masjid Putrajaya untuk solat Maghrib, turn aku dlu mgasuh Qazrin sementara wife, mak mentua dan anak menakan aku selesai pi solat. Jd aku bawak la dia pi jalan-jalan sekitar rounbout depan masjid. Pengunjung pun agak ramai tapi sebahagian kawasan nih tgah renovate jd tak berapa syok sangat nak pusing sebab tak nampak keliling sangat sebab telah dihalang pemandangan oleh zink2 yg dibina utk tujuan pegubahsuaian tersebut.
Seusai solat kami pun berjalan2 la sekitar masjid nih. cantik pemandangan putrajaya pada waktu malam dengan digenangi sinaran lampu neon yg menerangi setiap pelusuk bangunan yang sistematik dan menarik rekabentuknya serta jalan2 yg diterangi neon dri tiangnya yg agak eurodinamik.
Tasik bersebelahan Masjid ni la aku selalu mai ngan wife aku dlu, siap bli roti sebab nak bg ikan makan . tak ramai sangat org turun kat sini, maklumla ada kedai2 dan bahagian2 yg tgah direnovate jd org tak berapa nak turun kat bawah sini walaupun suasana kat sini syiok. Tgok wife aku buat tarian wayang kulit plak dahh...
Ni Masjid kedua di Putrajaya iaitu Masjid Al-Mizan, besaq masjid nih tapi tak ramai sangat pegunjung yg mai solat kat sini, mungkin sebab depa lebih tertumpu kat Masjid Putra yang mmg dah lama jadi tumpuan kalau ke Putrajaya. Pastu aku bawak heroku pi Alamanda, takdan nak tangkap gambaq sebab kalut dok berjalan. kat Putrajaya ni payah nak cari kedai mekanik atau Farmasi, klu adapun farmasi operasinya setakat pukoi 6.00 ptg, klu nak bli ubat malam2 alamatnya kna kluaq cari luaq putrajaya la. Seb baik kat alamanda ni ada klinik ble la amik ubat utk Qazrin yg kna selesema dengan batuk bila mai sini.
Lpas tu kami pun meluncur pergi ke bandar metropolitan Kuala Lumpur, destinasi yg dituju macam biasa la tempat2 yang banyak barang murah dan barang yang pelbagai pilihan utk dibawa pulang. Kami pi di Jalan Masjid India sebab kat sini mmg dikenali dengan pelbagai pilihan tudung, kain pasang dan barangan lain selain daripada Jalan TAR. Ramai sungguh org India kat sini sampai aku pun rasa macam aku berada di Batang Kali....ehhh Batang Kali tu kan kat Selangor....kat New Delhi la. Para peniaga mmg kebanyakannya orang India tapi pengunjungnya dari pelbagai bangsa termasuk diriku yang iras2 Inggeris -Belanda ini huahhuahuah...
Ni gerai jualan berhadapan Masjid india, ramai jugak la pengunjung maklumla musim cuti sekolah. tapi awas jalan2 kat sini pada waktu malam sebab takut kena taik burung yang pakat dok bertenggek kat ataih pokok di kawasan Jalan Masjid India nih yg menjadikan pokok tersebut tempat landing depa tatkala malam menjelang.
Eh...eh Qazrin dok ngan mapley mana nih...ooooooo....sib baik... diriku rupanya yg bersama Qazrin ingatkan mamat hindustan kacak mana plak yg menyamaq jadi diriku ini maklumla kat masjid India ni ramai yang agak2 seiras aku takut terklon la plak. Tak banyak sangat barang yg dibeli kat sini cuma aku bli kasut crocs dan dompet utk aku, utk Qazrin aku belikan kasut crocs ngan beg Ben 10 dan wife aku bli handbag la apalagi untuk koleksi peribadi yg ke berapa pun aku tak tau, buat koleksi handbag takpa jgan buat koleksi laki sudah, i tak rela dimadu uuuu...uhuk..
Pastu kami pi mana lg kalau bukan pi tempat yang boleh mengenyangkan isi perut kami di Restoran sate yang paling terkenal di Lembah Klang iaitu Sate kajang Hj Samuri. Dulu masa stadi kat shah Alam ada la aku teringgin nak bawak wife aku makan kat sini tapi takdan, ya la dulu nek moto nak mai sini mau kematu gak la pungkoq sebelum nak sampai sini.
Restoran sate ni terletak agak betoi2 tgah bandar kajang, tak susah mencarinya sebab ada sign board yg menunjukkan jalan ke sini. Aku order sate ayam ngan sate daging ja, nak order sate kijang takdak la plak.
Hehehe...heroku bab makan mmg no 1, dia tak bg org suap, klu bleh dia nak suap sendiri.Jangan risau hujung kayu sate yg tajam tu dah wife aku patahkan takut tercucuk dalam mulut Qazrin yg masih cemerkap dalam bab makan sendiri nih. Aku w'pun tgah amik gambaq dan la sambaq 4,5 cucuk masuk dlam mulut, nyam...nyam...makan bru 10 cucuk dah kenyang sebab sate dia besaq2.
Ada dua tingkat restoran nih, pengunjung boleh pilih sama ada nak makan kat aras bawah atau aras ataih, tapi setiap masa pengunjung mai penuh ataih bawah. Nih kat tingkat bawah punyala ramai sampai nak penuh tempat duduk, mai dengan satu tujuan murni...iaitu makan satay...
Parking kat sini pun agak luas dan terdapat juga gerai jualan barangan lain disediakan di hadapan Restoran ini. Apalagi wife aku bersama batalionnya pi usha tgok kot2 ada barangan yg berkenan di hati, perut dah kenyang berjalan sana sini la. Phuhhh... agak panjang post aku nih, sepanjang bulu ketiak siput kelemboi baka Taiwan. Apapun itu sahaja la aktiviti tatkala cuti sekolah penggal pertama bersama famili aku di Lembah Klang....org cuti sekolah balik kg, kami plak balik bandar hihihi...takpa la bukan selalu. Wasalammm...
No comments:
Post a Comment