Jangan Clik
Sunday, October 17, 2010
Jaga Masa Depan Anda
Petang kemarin dalam pukoi 4 lebih kurang, datang la seorang salesman warga Pakistan. W'pun kurang fasih berbahasa Melayu tapi dia cuba juga hendak menjual ayat2 Al Quran kat aku, tapi aku tak beli pun sebab satu harga dia RM 30, kertas sekeping ja, klu frame ok la jugak. Tapi bukan itu yg aku nak cuba sampaikan, apa yg aku cuba sampaikan adalah betapa gigihnya org luaq yg datang ke M'sia semata2 nak cari rezeki dengan berjalan kaki, naik gerek keliling kg nak jual barang depa. Maki hamun, caci maki dah jadi mainan depa, mental depa kuat tahan dari semua cabaran ni, sebab apa? sebab negara depa lagi teruk dari sini klu tidak takkan depa terdesak mai sini cari rezeki. Berapa kerat anak muda kita sanggup buat keja ni? bole kira dgan jari, semua tak mau, semua nak kerja yg senang. Bukan kata kat depa, aku pun macam tu la jugak, klu ble nak keja yg senang. Zaman la zaman meterial, zaman duit sebab tu org sanggup buat apa saja demi kelihatan hebat dan dapat benda yg diingini dengan jalan mudah, sebab nak nampak mewah mat2 rempit sanggup meragut (bukan meragut rumput cam kambing, tapi perangai ada la sikit2 macam kambin) untuk dapatkan wang mudah. Penah la aku menyembang dengan rakan mualaf bukan melayu, dia kata org melayu ni nak kaya cepat dengan usaha dan risiko yg minimum. contohnya buat MLM, dia tak kata MLM ni tak betoi, cuma yg kesian org bawah la (downline) yg senang org ataih. Dok layoq keta mewah, barangan berjama semata2 nak pancing join depa, yg ramai tersangkut, student IPT la ngan pekerja sektor bawahan. Kawan aku habaq MLM ni bukan jenis perniagaan long term, ia hanya bersifat short term sebab dia tak jual barang cuma cari org, bila dah ramai pakat masauk, sapa lg nak join downline kita? pehtu pakat tukaq jenama dan strategi lain plak, tapi cara buat untung sama ja macam MLM lain- pokoknya cari org. Majoriti yg masuk MLM ni Melayu sebab apa, sebab nak pakai merc, bmw, evo dengan cepat. Klu betoi bisnes ni kukuh dah lama kaum depa dah join bisnes ni, tapi tgok apa depa buat, depa masih dengan bisnes yg jual barang dan ada pelanggan. bukan bisnes cari org. Tapi memba aku habaq dlm MLM ni yg dok ataih skali adalah ca ya nun alif la jugak, sebab depa ni arif bidang bisnes dan tau nak memanipulasi org yg cetek ilmu bisnes ni, asal bisnes ni pun dari negara depa, Taiwan dan Hong Kong. Kesian kat org kampung, pekerja gomen, bergolok bergadai, hutang sana sini nak join skim ni, alih2 jenuh tanggung hutang, berenti kerja la dan sebagainya. Mmg skim ni kata MLM ni keja part time tapi percaya la dia kna buat full time, payah nak buat part time, nak buat part time gena mlm2 pun kna balik pukoi 2,3 pagi, mana nak tumpu keja tetap dengan buat bisnes ni, setiap masa kepala otak keja dok pikiaq nak cari org sampai keja sendiri pun terabai. Bagi aku klu nak buat bisnes ni biaqla jual barang yg kita nampak macam bekal barang ka, jual barang ka bg servis perkhidmatan ka, klu bab2 cari org ni tak berapa terjamin la dan peringatan dari aku klu nak buat jugak MLM tolongla jangan berenti dari kerja tetap kita, payah ooo ..klu nak masuk kerja tetap balik klu dah berenti. (ni pendapat aku la, klu sapa2 yg buat MLM tu jangan terasa plak)
Label
Kerjaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment