Jangan Clik

Wednesday, October 20, 2010

Rumah

Sebenaqnya dah lama dah aku dapat kunci rumah yang aku beli tu, cuma tak masuk duduk lagi sebab aku ingat nak renovate dulu sebelum masuk, lagipun aku tak tau lagi keputusan pertukaran wife aku ke Perlis dapat ka dak. Rumah aku ni dah lama dah siap tapi ada masalah sikit antara pemaju dengan MPK, kesnya pemaju buat longkang taman tak mengikut plan yg telah diluluskan oleh MPK tu yg proses mendapatkan CF lambat tu. La dah dapat CF dah, anytime bleh mai duduk.Dah ada 3 famili dah duduk situ dan kemungkinan ramai lg akan menyusul taun depan atau selepas siap depa renovate rumah depa. Ingatkan nak bli rumah ja pakai duit banyak, Nak masuk rumah pun nak kena pakai RM banyak gak, nak bubuh lampu, kipas, sapu cat, buat kitchen kabinet, wirering, bli perabot, masuk ayaq, masuk api fuihhh...banyak gak tu nak kna setelkan, bukan apa "rumahku syurgaku' jadi nak kna bg perelok la sikit sebelum nak menetap kat situ. Aku ingat nak buat deko sikit bg nampak kemas dan selesa. Plan nak ubahsuai apa tu dah ada dan dah bincang ngan wife aku, cuma tgu musim cuti sekolah hujung taun ni ja aku nak start buat semua tu. Walaupun nanti kalau wife aku tak dapat tukaq pun rumah ni kami ingat nak buat persingahan hujung minggu bila2 balik mai Perlih, aku klu bleh tak mau bg sewa kat org, takut rosak rumah. Aku yang plan bli rumah muda2 ( muda lg ka hhmm..dah nak masuk 30 an dah nih) ni bukan apa, dan la pinjaman perumahan tu setel sebelum aku pencen. Lagipun masa aku beli tu tahun 2007 memba aku yg keja ngan kontraktor dah pesan awai2 kat aku klu nak bli rumah baik bli taun tu sebab tahun 2008 rumah akan naik harga sebab bahan2 buat rumah dah naik harga, aku..apalagi cepat2 cari taman yg baru naik pastu teruih buat pinjaman perumahan . Tahun 2008 mmg rumah dah naik harga, rumah aku masa aku beli bawah RM100k bila tahun 2008 dia jadi RM100k ke atas, seb baik aku awai, memba2 keja aku yg amik satu taman tak pasai2 kna buat pinjaman Rm100k ke atas ikut harga pasaran semasa. Memandangkan ni merupakan pengalaman pertama ku beli rumah jadi banyak benda yg aku dulu tak tau la ni dah tau sikit2, dlu aku tak tau yg bli rumah kna bayaq yuran guaman, (la rasanya ada yg tak payah bayaq yuran guaman) bukan sikit nak kna bayaq, dekat RM3000 jugak, jenuh korek tabung. Lagi satu klu sapa2 yg nak beli rumah tu seelok-eloknya selidik dulu kawasan tapak perumahan tersebut (selalu berlaku banjir dak, tanah bendang ka, tanah bendang ni selek-eloknya pemaju kna tambun tanah dan biaq dekat setahun setengah bru ble naik rumah sebab tanah dia lembut, cepat mendap, klu naik lpas tambun alamatnya rumah tersebut akan cepat retak, kawasan dia kawasan rendah ka, klu tanah ladang getah jaga2 sebab anai2 akan mudah ada di tanah jenis tu,bukan apa takut menyesal lepas bli), selidik latarbelakang syarikat pemaju dekat Majlis Perbandaran tempatan, ok dak track rekod dia, penah kna blacklist ka dak. Cek dulu Surat Perjanjian Jual beli, ikut ukuran dan kemasan ka dak rumah tu dengan ukuran dan kemasan di dalam plan, saiz keluasan dalam dan luaq rumah, lantai , siling buat pada apa, pintu apa dan macam2 lagi la yg ada dalam plan tu, jangan pakai sign ja. Klu kita dah buat pinjaman tu seeloknya pi la jengok rumah tu masa tengah dok naik, pi tgok masa rumah dah naik 30% , 70% dan bila selesai, bukan apa, bila kita pi cek masa tgah dok naik tu la kita bleh tgok kerangka rumah kita, kukuh ka dak, kerangka bumbung guna besi ka kayu, sistem paip dan wirering elektrik kemas ka,bata guna bata merah ka bata pasiaq, ukuran setiap penjuru ada bengkok ka dak. Sebab apa , sudah kita sedia maklum para pemaju ni akan guna apa juga cara untuk cut kos pembinaan bg pihak dia sebab untuk dapatkan margin keuntungan yg tinggi, depa ni mmg banyak kecoh. Harap kepada sesapa yg baru nak bli rumah tu, semoga tips tersebut dapat memberi manfaat sebab pengalaman dari org yg pernah melalui akan membuatkan anda tidak mudah tertipu dan teraniaya.

No comments:

Post a Comment