Jangan Clik

Tuesday, August 23, 2011

Berbuka di Wong Solo @ Ayam Penyet Alor Setar

Ni kali kedua aku n famili berbuka kat luaq, first berbuka kat Nurha's Tomyam kat Jalan Langgar tapi takdan nak tembak gambaq sebab pi pun dah nak dekat waktu berbuka tambahan nak melayan karenah Qazrin jadi kalut la sikit, aku pi Nurha's dah nak dekat pukoi 7, seb baik ada meja kosong lagi klu tak jenuh cari restoran lain la utk berbuka. Masa berbuka semua meja full kat Nurha's, mmg meriah. Maklumla pakat lapaq seharian berposa.

Kali ni aku ajak wife ngan Qazrin berbuka kat Wong Solo @ Ayam Penyet di Jalan Sultanah Sambungan, kedai ni bersebelahan dengan Tat Nasi Ayam yg femes tuh. Aku ambik kesempatan ari cuti Nuzul Quran utk pi shoping raya serba sedikit kat Aloq staq sebab rasa aku kot-kot org tak ramai sebab warga Kedah Keja hanya warga Perlih ngan Penang ja cuti. Tapi jangkaan aku meleset sama sekali, dua kali dan tiga kali ehh merepek plak aku nih, masa aku nak pi Pasaraya Pasifik jalan jem, tempat parking full, seb baik aku dan gak parking klu tidak jenuh merayau. Nampaknya warga Perlih pun ambik kesempatan mcm aku nak beli belah jugak, maklum la baru dapat duit bonus kerajaan bg.

Memandangkan aktiviti beli belah famili aku habih dlm sekitar 6 ptg, jd aku pun dengan mee segera pi tempah meja utk berbuka kat restoran Ayam Penyet ni. Nasib aku baik sebab masa aku pi kat restoran ni balik pada pukoi 7, semua meja penuh ngan tempahan, siap org yg mai kendian terpaksa pi carik restoran lain utk berbuka sebab tempahan dah penuh, seb baik lg, klu aku merodong ja macam aku pi restoran Nurha's ari tu sahih makan tapau dlm keta la jawabnya. Kat Ayam Penyet ni aku order nasi ayam Penyet (Ayam bandaq) saja, dgan gado2 yg aku beli kat Bazar Ramadhan stadium Aloq Staq. Nasi dia mmg best, sebab dia guna beras bermutu tinggi, ayam ngan lauk lain macam sup,tauhu goreng, tempe, terung berlada mmg best cuma cabai dia pedaih sikit, tapi klu org yg suka makan pedaih mcm bini aku mmg terangkat la. Asyik dok tgok sinetron Indonesia saja apa salahnya kalau kita merasa juadah dari seberang ni, dok gitu, mmg tak rugi dan tak mustahil aku akan mai lg restoran nih.

No comments:

Post a Comment