Jangan Clik

Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Di kesempatan ini saya dan seluruh ahli keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon keampunan zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri saya serta keluarga juga kepada semua warga pembaca blog yang naif ini. Raya taun ni macam biasala, dirayakan di kedua-dua belah keluarga iaitu pagi di Kg. Santan, Perlis dan petang di Kg. Pida 8, Ayaq Hitam, Kedah. Tu beruntung menikah dgan org dekat, senang bila nak balik raya atau hal-hal yang lain takyah nak osom ka, dok mengkelai nak balik rumah sapa dulu ka, dlam satu hari raya dah ble pi beraya dua2 belah keluarga. Alhamdulilah persiapan raya semua dah disediakan, cuma tak berkesempatan nak beraya kat rumah sendiri ja lagi, insyaAllah tahun depan dapat la merasa beraya kat rumah sendiri. Persiapan raya pun ala kadar ja, sebab dok kalut nak buat persiapan nak terima orang baru dalam keluarga kami yang dijangka lahir awal bulan Oktober nanti, diharap semua berjalan dengan lancar dan selamat pada kelahiran yang kedua ini. Amin. Dengan itu saya Asrul Rizal dan Isteri Siti Azlina serta hero kami Qazrin Syakirin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin kepada semua adik beradik, saudara terdekat, sahabat handai dan juga sahabat maya dengan ingatan tulus ikhlas '10 jari ku susun untuk ku mohon seploh ringgit eh silap plak, untuk ku mohon kemaafan". ikhlas dari famili From Perlih with laugh.


No comments:

Post a Comment