Selepas megunjungi Tesco Sungai Petani, aku anak beranak menyusuri pula Daerah Merbuk untuk ke Tanjung Dawai. Sekali lagi aku berenti kat Kampung Sungai Batu, Merbuk yg terkenal sebab penemuan beberapa tapak arkeologi baru yg dikenalpasti sebagai tempat peleburan besi tertua di Asia Tengara. Masa aku tgok tu dah kurang dah sikit pencarian mungkin sebab depa dok tumpu di tapak belah seberang jalan. Aku pun cuba la mendekati tapak arkeologi yg tak berpenghuni tu utk tgok dri dekat penemuan beberapa buatan tangan org2 dahulu di tengah2 ladang kelapa sawit nih. Banyak penemuan adalah batu bata dipercayai tapak jeti pendaratan bijih besi di tepi parit yg dahulunya mungkin sebuah sungai yg menjadi laluan bot2 bijih besi. Aku tak lama kat situ sebab seram tgok kaw. takdak org kat kawasan hutan kelapa sawit tu.
Lepaih tu singgah di Tanjung Dawai, setibanya di sana beserta bantuan kalkulator dri gajet keperluan manusia kini yg mempunyai pelbagai kemudahan dri telepon, kamera, kalkulator, torch light, penunjuk arah kiblat, sehingga menjadi salah satu senjata utk menghindar dri serangan anjing liar yakni henpon. Setelah didarab, dicampur, ditolak rupanyan banyak masa lagi, lalu aku mengesyorkan kat anak bini nak bg pengalaman kat depa nek bot kecik ke Pantai Merdeka yg terletak bertentangan pekan Tanjung Dawai lalu seraya itu kami menuju ke jeti bot penambang adanya.
Lama oooo...aku tak nek bot nih, sehinggat aku, masa sek. rendah last aku nek bot ke Pantai Merdeka, tu pun masa cuti 31 Ogos, Sebab masa tu la bru ramai org pi Pantai Merdeka. Tambang bot cuma Rm 2.00 sekepala satu trip (termasuk kanak-kanak), sapa2 yg nak rasa cabaran try la nek bot ni sebab bila sampai kat tengah laut tu, dia punya gelora bleh buat kita gayat, yg takut sgat bukan apa, takut bot terbalik ja bila kna lambung ngan ombak. Tapi jangan risau semua pemandu bot di sini berkemahiran belaka, dah jd permainan depa turun temurun. Ramai org mai berkelah kat Pantai nih dan mandi manda sebab pantai sini takdak selut. Suasana macam dulu jugak, cuma peniaga gerai la nih bertambah dan telah ada chalet utk sesapa yg nak menginap di sini serta disediakan kemudahan tandas dan tapak perkemahan.Pakat habih jadi serupa ikan masin sebab kna percikan ayaq laut masa nek bot tu, w'pun aku langsung tak terpikiaq utk beli ikan masin mahupun belacan masin.
No comments:
Post a Comment