Jangan Clik

Wednesday, April 10, 2013

Restoran Ikan Bawal Goreng Kelapa Sawit Juru, Pulau Pinang

Khamis lepaih atas tiket urusan kerja , aku kna pi P.Pinang lalu ternawaitu la di hati aku nak pi try rasa kat Restoran Ikan Bawal Goreng Kelapa Sawit yang terletak di Juru Auto City. Sebab ramai memba opis dan kengkawan lain dah pakat merasa kat restoran nih, dan depa bg simbol tangan ibu jari ke atas (like la) lepaih pekena ikan bawal tu, tu yg nak try sangat tu. Orang agak ramai tambahan mmg masa makan tengahari, menu utama aku semestila ikan bawal goreng + teloq masin,dan ayaq nyoq (lauk masakan lain pun ada klu nak). Dengan ikan panaih2 serta dikelilingi pokok kelapa sawit membuatkan makanan tengahari ni laju ja memasuki anak tekak yg sedia lapaq nih. Restoran nih terletak betoi2 sebelah signboard Kampung Tok Kangar dan berhadapan kedai makanan cina iaitu Restoran Tambun. Takdak yg spesel sangat ikan bawal nih, cuma ikan nih  di goreng panaih2 dan ranggup kes tu yg sedap sgat tu tambah2 klu cicah ngan sambal toyu(kicap). Harga ikan sini ikut saiz, yg kecik rm 4.00 yg besaq sikit rm 5.00 dan restoran nih dibuka dri pukoi 11.00 pg hingga 3.00 ptg. Klu sesapa yg nak bru nak mai sini dan tak mahir jalan2 kat sini ble sesat jugak la, nih aku bg direction klu nak mai pekena bawal goreng panaih2 nih.

Penunjuk arah jalan (kalau naik highway dari arah Kuala Lumpur)
- Exit ikut Juru Auto City
-jumpa simpang ambik kiri.( ke arah rumah kedai pekan Juru Auto City)
-jumpa simpang tiga yg ada restoran McDonald sebelah kiri.
-Ambik kiri dan terus hingga melintasi jambatan kecik.
- Cari singboard Kampung Tok Kangar atau pun Restoran Tambun, hhaaaa...restoran ikan bawak goreng nih terletak betoi2 tepi jalan, kita dah bole nampak keta berderet parking tepi jalan.

Penunjuk arah jalan (kalau naik highway dari Alor Setar)
-Exit ikut Juru Auto City.
-Jumpa simpang, ambik kanan.( ke arah rumah kedai pekan Juru Auto City)
-Lepaih tu jumpa simpang tiga yg ada restoran McDonald sebelah kiri
-(ikut direction seperti di atas)

No comments:

Post a Comment